HomeBlogBenarkah Melancong Baik untuk Kanak-kanak?

Benarkah Melancong Baik untuk Kanak-kanak?

Bercuti atau melancong, kesannya akan lebih dirasai oleh orang dewasa. Namun, bagaimana pula dengan kanak-kanak? Adakah si kecil juga akan mendapat manfaat melalui percutian?

Percutian adalah sesuatu yang didambakan oleh orang dewasa bagi merehatkan minda daripada tekanan kerja, rutin harian di rumah ataupun lari sebentar daripada hiruk-pikuk kota dan aktiviti seharian. Manfaat percutian kepada orang dewasa tentunya jelas kelihatan. Berbeza halnya dengan kanak-kanak.

Segelintir ibu bapa menganggap bahawa percutian dengan anak kecil adalah suatu perkara yang rumit dan tidak memberi kesan positif kepada anak tersebut. Walhal sebenarnya, tidak kira apa yang dilakukan oleh si kecil semasa tempoh percutian tersebut, kanak-kanak ini akan mendapat banyak manfaat melalui masa yang diluangkan bersama keluarga sepanjang percutian.

Erti Percutian Keluarga

Jangan jadikan alasan ‘ada anak kecil’ sebagai satu halangan untuk anda bercuti seisi keluarga. Motif untuk anda membawa anak pergi bercuti adalah untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan lari sebentar daripada rutin harian. Tidak kiralah di mana lokasi percutian, dekat atau jauh bukanlah suatu faktor halangan untuk anda membawa keluarga. Tidak semestinya anda perlu membawa anak bercuti ke luar negeri ataupun luar negara, dan juga tidak semestinya anda perlu tidur di hotel semasa percutian. Yang penting adalah masa anda bersama keluarga sepanjang percutian. Masa berharga inilah yang akan memberi makna kepada kehidupan kanak-kanak di samping mencipta memori bersama yang tersayang.

Menziarah saudara-mara

Percutian bersama keluarga tidak semestinya berlangsung di lokasi-lokasi percutian sahaja, sebaliknya anda boleh membawa keluarga anda bercuti di kampung ataupun di rumah saudara-mara. Selain dapat bercuti, anda sekeluarga juga dapat mengeratkan silaturrahim sanak-saudara.

Kepuasan

Ibu atau bapa yang jarang meluangkan masa bersama anak-anak mereka boleh rebut peluang bercuti ini. Kanak-kanak akan rasa gembira dan puas apabila melihat seisi keluarga berkumpul. Mereka akan rasa selamat apabila melihat ibu bapa mereka bersama-sama berseronok, bergelak ketawa, bermain dan bergurau senda. Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, namun apabila anak-anak dapat peluang sesekali bercuti begini, mereka akan dapat rasakan suatu kepuasan yang tidak terhingga sekali gus membantu memacu kehidupan mereka.

Alami Keseronokan

Bukan orang dewasa sahaja yang akan mengerti erti keseronokan semasa bercuti kerana lari daripada jadual harian dan kerja yang padat. Sebaliknya, kanak-kanak juga apabila sesekali keluar daripada rutin harian mereka, akan melahirkan keseronokan yang mendalam.

Percutian keluarga membolehkan kanak-kanak untuk melihat aspek kehidupan yang berbeza, di mana si kecil anda akan belajar bahawa orang dewasa memerlukan masa rehat untuk diri sendiri. Mereka juga akan belajar bahawa walaupun kerja dan sekolah penting dalam kehidupan, namun setiap orang perlu meluangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Pengalaman Baru, Menghiburkan

Percutian keluarga boleh membantu kanak-kanak untuk menikmati tempat baru, mencuba makanan baru dan aktiviti yang tidak ada dalam rutin harian mereka. Anak anda juga akan mengimbau kembali aktiviti dan tempat percutian jika lokasi tersebut pernah mereka jejaki sebelum ini. Jika anda beritahu lokasi percutian sebelum pergi bercuti bersama anak, mereka pasti akan rasa teruja dan tertanya-tanya apakah aktiviti dan bagaimana keadaan lokasi percutian mereka nanti. Sekali gus, menerbitkan rasa ingin tahu untuk kanak-kanak menerokai serta mencuba pengalaman baru di tempat tersebut.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan