HomeBlogSi Kecil Terkena “Bell’s palsy” Hanya Disebabkan Oleh Korek Telinga

Si Kecil Terkena “Bell’s palsy” Hanya Disebabkan Oleh Korek Telinga

Seorang ibu bernama Puan Maizatul Amira berkongsi detik-detik kecemasan yang terjadi pada anaknya yang secara tiba-tiba mulutnya senget tanpa sebarang punca. Penyakit ini dikenali sebagai bell’s palsy di mana otot di muka menjadi lemah dan lumpuh dan kebiasaanya memberi kesan kepada kawasan sebelah wajah sahaja. Pengalaman ngeri ini dikongsikan di Facebook milik Puan Maizatul Amira tentang bagaimana dengan mengorek telinga anaknya boleh mengakibatkan mulut senget!

Mata berair seperti gatal

Pada malam anak Puan Maizatul terkena bell’s palsy, dia sering kali menggosok-gosok mata seperti mengalami kegatalan. Matanya berair tanpa henti dan dibasuhkan muka kerana disyaki terkena habuk atau apa-apa. Selepas dibersihkan muka, dia masih lagi menggosok-gosok matanya seperti tidak selesa. Semasa dia bermain, Puan Maizatul tersedar bahawa mulutnya sedikit senget dan diingatkan anaknya sedang berjenaka. Tetapi pada realitinya, anaknya sedang menahan kesakitan.

Mulutnya makin senget

Lala bangun pagi dan menangis tanpa henti kerana menahan sakit. Mulutnya bertambah senget daripada kelmarin dan terus bersiap ke klinik. Doktor memberitahu bahawa dia tidak pernah mengendali kes sebegini dan terus menulis surat untuk dibawa terus ke hospital besar. Pembantu Perubatan memeriksa dan memberitahu ianya adalah kesan akibat gusi bengkak. Diberikan antibiotik untuk dimakan sehingga habis.

Puncanya kerana mengorek telinga

Keesokkan harinya, Puan Maizatul tidak berasa puas hati dan terus pergi ke klinik swasta yang mempunyai doktor pakar kanak-kanak. Doktor memeriksa anaknya dan diberitahu bahawa ianya adalah disebabkan oleh bell’s palsy atau dalam bahasa mudah, sakit saraf ke-7. Ianya berpunca daripada mengorek telinga yang berkemungkinan besar terkena urat telinga. Doktor beri 3 jenis ubat untuk dihabiskan dan datang semula untuk pemeriksaan lanjut selepas 4 hari.

Tiada sebarang perubahan positif

Selepas 4 hari, seperti yang dijanjikan Puan Maizatul bawa anaknya semula ke klinik. Doktor memberitahu bahawa tiada sebarang perubahan. Doktor beritahu untuk terus pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebagai langkah keselamatan, mereka bawa juga ke HKL pada malam itu juga untuk pemeriksaan.

Bell’s palsy menyerang kanak-kanak selepas demam

Pegawai perubatan di bahagian kecemasan menerangkan bahawa ianya disebabkan oleh sakit gusi. Dia berikan antibiotik dan juga surat untuk berjumpa dengan pakar knak-kanak. Doktor pakar memberitahu bahawa ianya adalah disebabkan oleh bell’s palsy. Bell’s palsy selalu terjadi pada kanak-kanak selepas demam kerana pada waktu itu, virus senang merebak. Doktor berikan antibiotik dan juga steroid jenis tablet untuk dimakan selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, lihat sebarang perubahan dan juga datang kembali untuk pemantauan.

Nampak banyak perubahan pada Lala

Sepanjang tempoh 2 minggu, Lala berjaya habiskan ubat dan nampak perubahan ketara pada mulutnya. Mata juga sudah boleh berkelip seperti biasa. Malah Lal juga boleh bertutur dengan normal tanpa mulut yang senget. Dia sudah sihat sepenuhnya dan tidak perlu untuk datang ke hospital lagi. Pengajarannya di sini, jangan terlampau obses untuk membersihkan telinga si kecil. Ianya merbahaya untuk mengorek telinga kanak-kanak begitu dalam kerana takut terjadi perkara yang tidak diingini. Perlu diingatkan juga jika si kecil demam, terus bawa jumpa doktor dan jangan ditangguh-tangguh. Jangan biasakan diri untuk berikan ubat sesuka hati tanpa kebenaran doktor.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan juga peringatan pada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak kecil. Mereka tidak reti untuk mengadu sakit, oleh itu anda perlu lah perhatikan dengan teliti sebarang perubahan yang berlaku pada si kecil.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan