Produk makanan dan minuman dari OCOC merupakan produk yang berasaskan coklat gelap dan bahan asli tanpa pengawet, perasa dan gula putih.  Ia diformulasikan khas oleh Dr Rizal Abu Bakar untuk seisi keluarga, dan menawarkan nutrien penting dan tenaga untuk para ibu.

Minuman berasaskan coklat gelap ini sesuai diamalkan oleh semua golongan wanita dari pelbagai peringkat umur. Bagi ibu mengandung yang mengamalkan minuman ini, mereka dapat membekalkan neuronutrisi yang baik untuk perkembangan otak janin. Antara faedah yang diperoleh termasuklah dapat menstabilkan emosi para ibu. Minuman coklat gelap OCOC sesuai untuk wanita yang hamil 5 bulan ke atas.

Minuman OCOC juga dapat membantu penjagaan diet para ibu, dan juga keluarga. Antioksida yang terdapat dalam coklat gelap seperti polyphenols dapat membantu baiki sel rosak dalam badan dan pembentukan bakteria baik (probiotik) untuk mengubati sembelit dan menjaga kesihatan perut di samping dapat mengelakkan masalah gastrik.  Flavonols dan Polyphenols yang terkandung dalam coklat gelap ini juga membantu para ibu untuk merawat sel-sel kulit yang terjejas akibat terdedah semasa bekerja diluar rumah.

Produk Minuman Coklat Gelap ini juga dapat membantu dari segi penjagaan sistem imun, kesihatan otak dan membekalkan tenaga untuk keperluan ibu sepanjang hari. Minuman coklat gelap OCOC dijamin menggunakan 100% bahan asas semulajadi iaitu coklat gelap 70%, Ginkgo Biloba, susu kambing dan gula kelapa. Manakala variasi yang mesra vegan pula menggantikan susu kambing kepada santan.

Semua produk keluaran OCOC dijamin 100% bebas pewarna, perisa tambahan, pemanis tiruan dan gula putih.. Herba jenis Ginkgo Biloba yang digunakan dapat membantu mencegah masalah kognitif dan Alzheimer.

Selain dari produk minuman, OCOC juga pengeluar Gula Kelapa Organik. Inulin yang terkandung dalam gula kelapa merupakan bahan semulajadi yang sihat dalam membantu menstabilkan paras gula dalam darah di samping rendah Indeks Glisemik berbanding gula biasa. Dengan glycemic index (GI) yang rendah, kandungan gula dalam badan dapat diproses dengan baik dan membuatkan para ibu yang mengamalkan gula kelapa OCOC untuk lebih kekal aktif sepanjang hari. Para ibu juga tidak akan mudah merasa letih setelah melakukan tugasan sepanjang hari.

Coklat sebenarnya merupakan manisan yang dapat memberi kebahagian kepada sesiapa yang memakannya. Namun begitu, coklat dan juga minuman coklat lazimnya mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan obesiti. Sebaliknya, cuba anda  menggantikan amalan tersebut dengan segelas Minuman Coklat Gelap OCOC. Kandungan Niacin dari 70% coklat gelap yang rendah gula bukan sahaja dapat meningkatkan hormon endorphin yang mengurangkan stress para ibu malah ia juga dapat mengekalkan paras gula dalam badan.

OCOC telah muncul sebagai pemenang untuk kategori Produk Organik Untuk Ibu, dalam BabyTalk Readers’ Choice Awards baru-baru ini.

Jenama OCOC amat komited terhadap kesejahteraan para ibu. Sudah terang lagi bersuluh, penjagaan kesihatan para ibu sangat penting. Oleh itu, bagi para ibu yang berminat untuk mendapatkan produk daripada OCOC, anda boleh hubungi talian Hotline atau Whatsapp di nombor (013-6281828) atau layari laman web rasmi www.ococ.my/shop bagi mendapatkan rangkaian produk OCOC.