HomeBlogBakal bergelar ibu? 10 barang wajib ada untuk breastfeeding mums

Bakal bergelar ibu? 10 barang wajib ada untuk breastfeeding mums

Bakal bergelar ibu? 10 barang wajib ada untuk breastfeeding mum

Usia kehamilan anda semakin meningkat. Berhasrat ingin memberikan penyusuan eksklusif kepada si manja? Mari kita lihat 10 peralatan yang perlu disediakan untuk bakal ibu yang ingin menyusukan bayi. 

  1. Breast Pads Honeycomb Pigeon

Bebas bergerak semasa berada di luar walaupun ketika aliran susu sedang banyak. Dengan bantuan polimer penyerap istimewa yang tahan lasak, kebocoran bukan lagi kerisauan dengan Breast Pads Honeycomb. Pelapik ini juga mempunyai lapisan ‘honeycomb’ yang membantu memastikan kulit sentiasa kering dan segar.

  1. Double Breast Pump Halford

Keselesaan semasa mengepam amat penting bagi ibu yang menyusu. Bagi pam yang mempunyai sedutan menyerupai bayi ini, pasti si ibu tidak akan merasa sebarang kesakitan atau ketidakselesaan. Bahkan, ianya boleh dilakukan sambil berehat atau ketika membuat kerja di pejabat. Ia juga beroperasi dalam mode senyap, tau! Bentuknya yang kecil itu memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

  1. Bantal penyusuan Theraline

Tidur malam bakal ibu pasti tidak lena tanpa bantal penyusuan Theraline yang mempunyai ciri tiada bau dan dihasilkan daripada jutaan manik mikro yang dapat memberi keselesaan kepada tubuh anda walau dalam posisi apapun. Selain itu, bantal ini juga boleh digunakan untuk menyusukan bayi.

  1. Botol susu Pigeon Peristaltic PLUS

Walaupun berjauhan, susu ibu tetap menjadi pujaan. Bentuk botol ini telah dilaraskan bagi tujuan memudahkan proses penyusuan. Bahan pembuatannya pula daripada poluphenylsulfone atau PPSU di mana menjadikannya tahan lasak serta boleh dipanaskan dalam suhu tinggi. Bagi memudahkan proses sukatan, botol ini dicipta dengan label yang terang dan mudah dibaca.

  1. Philips Avent 3 in 1 Sterilizer

Inilah cara paling mudah untuk membersih dan mencuci botol anak anda daripada sebarang bakteria. Philips Avent 3 in 1 Sterilizer boleh memuatkan botol pelbagai saiz dan hanya memerlukan 6 minit sahaja untuk membunuh segala jenis kuman yang mungkin terdapat pada botol dan peralatan menyusu yang lain. Alat pembasmi kuman semula jadi ini mampu membunuh sehingga 99.9% kuman berbahaya. Ia juga diperbuat daripada bahan Bebas BPA.

  1. Pemanas Botol Little Bean 2 in 1 Home & Car Use

Anda kini boleh memanaskan susu di mana-mana sahaja tidak kira semasa di rumah mahupun di dalam kereta. Alat pemanas botol ini selamat untuk digunakan. Malah, botol anda juga boleh dipanaskan tanpa menggunakan air. Jadi, tidak perlu risau jika berlaku tumpahan air semasa berada di dalam kereta.

  1. Beg lampin Skip Hop Grand Central

Simpanlah peralatan penyusuan anda di dalam beg yang penuh elegan dan kontemporari ini. Diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi serta rekaan luar yang menarik, ruangan yang disediakan muat untuk menyimpan botol susu, plastik simpanan susu bahkan juga boleh memuatkan pam susu anda. Beg ini boleh disandang pada bahu atau digantungkan padastroller.

  1. Malish Ilaria Double Electric Breast Pump

Ringan, praktikal dan senyap. Pakej lengkap bagi pam susu yang berkualiti dan kesemua ciri tersebut terdapat pada pam susu ini. Sedutannya pula boleh dilaraskan secara berasingan bagi kiri dan kanan pam untuk memastikan keselesaan si ibu terjamin. Pam ini juga direka dengan saiz yang kecil serta mempunyai lapisan silikon sebagai perlindungan daripada sebarang hentakan.

  1.         Kardigan Menyusu 2 dalam 1 CardiLatch

Kini, anda tidak perlu lagi risau untuk menyusukan si manja di tempat awam. Kardigan menyusu CardiLatch dari Milkwithlove, satu-satunya kardigan 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai kardigan dan juga ‘nursing cover’. Rekaan kardigan yang mementingkan pemeliharaan aurat ketika menyusu adalah sangat praktikal bagi bayi yang bencikan ‘nursing cover’. Ibu pastinya kelihatan trendy, tidak seperti mengenakan apron ketika menyusu menggunakan ‘nursing cover’ di pasaran.

  1. SuperBra Nursing

Bra penyusuan terbaru, SuperBra Nursing daripada Fertile Mind amat sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi. Dengan menggunakan campuran nilon, bra penyusuan ini memberikan keselesaan optimum untuk para ibu menyusukan bayi mereka di mana-mana jua. Hanya sebelah tangan diperlukan untuk membuka dan memasang kembali bra.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan