HomeBlogBaik@ Buruk Teknologi kepada Kanak-kanak?

Baik@ Buruk Teknologi kepada Kanak-kanak?

Gusar anak lebih banyak menghabiskan masa dengan gajet berbanding belajar? Ini cara untuk anda manfaatkan teknologi kepada kanak-kanak!

Rata-rata ibu bapa akan memberitahu tentang kebimbangan mereka terhadap kuasa gajet kepada anak-anak. Bukan sahaja telefon pintar dan ipad atau tablet, bahkan juga televisyen merupakan gajet yang menjadi kegemaran anak. Tidak dinafikan, kebanyakan kanak-kanak masa kini amat terdedah kepada dunia teknologi. Ironinya, teknologi dianggap sebagai ‘musuh’ kanak-kanak kerana telah menjadi sentimen ibu bapa bahawa ramai kanak-kanak yang alpa apabila didedahkan kepada teknologi.

Walhal, jika dipandang dari sudut positif, teknologi boleh juga mendatangkan manfaat kepada para penggunanya, termasuklah juga kanak-kanak. Cuma, jika ingin mendedahkan teknologi kepada kanak-kanak, perlulah ditemani dan ditunjuk ajar oleh orang dewasa ataupun ibu bapa. Tanpa bimbingan daripada ibu bapa, si kecil akan menggunakan teknologi dengan melakukan perkara-perkara lain seperti bermain game yang tidak mendatangkan faedah kepada kanak-kanak ataupun berlebihan menonton program hiburan di televisyen. Mari kita lihat bagaimana teknologi boleh mengubah pembelajaran kanak-kanak (dalam bentuk positif).

Variasi alat bantu belajar

Pendedahan dunia teknologi kepada kanak-kanak membantu mereka untuk belajar. Banyak aplikasi pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma dan berbayar menerusi komputer, tablet atau telefon pintar. Bagaimanapun, fungsi komputer dan gadget ini tidak boleh menggantikan proses pembelajaran sebaliknya alat-alat ini hanya sebagai bahan bantu dalam pembelajaran. Aplikasi ini boleh digunakan sesekali sebagai variasi kepada alat pembelajaran anak.

Pelbagai aplikasi yang merangkumi subjek matematik, sains, bahasa, geografi dan banyak lagi boleh didapati untuk semua lingkungan usia. Aplikasi-aplikasi ini juga ada yang dilakukan secara santai seperti pembelajaran melalui permainan. Kesan bunyi dan grafik yang ada pada aplikasi dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Jadi, kanak-kanak tidak akan bosan belajar hanya melalui satu medium sahaja.

Belajar di mana-mana

Dengan alat peranti seperti tablet dan telefon pintar, kanak-kanak boleh belajar di mana-mana sahaja, bukan hanya tertumpu di dalam kelas dan rumah! Malah, ibu bapa boleh mengajar anak (secara menyeronokkan) di dalam kereta atau di taman.

Baik dan buruk

Setiap ibu bapa perlu memastikan perisian yang sesuai digunakan mengikut tahap umur dan perkembangan anak-anak. Ibu bapa dinasihatkan untuk membaca kandungan perisian terlebih dahulu sebelum membeli dan memuat turun ke dalam peranti. Sikap ibu bapa yang sambil lewa dalam memuat turun perisian dikhuatiri akan mendedahkan kanak-kanak kepada unsur negatif seperti keganasan atau seks.

Lebih maju

Pengetahuan kanak-kanak terhadap komputer dan gadget menjadikan mereka lebih cekap dalam mengendalikan teknologi. Memandangkan dunia masa depan banyak bergantung kepada teknologi, justeru ini adalah langkah awal untuk kanak-kanak terdedah kepada dunia teknologi. Apabila kanak-kanak aktif menggunakan teknologi, mereka secara tidak langsung akan turut berminat untuk mempelajari perkara lain yang berkaitan dengan teknologi. Sikap mereka yang gemar meneroka ini membantu perkembangan minda mereka dalam mengetahui kecanggihan dunia teknologi.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan