Semasa era pandemik ini, cara masyarakat menjalani kehidupan telah berubah, di mana kita telah mula menghargai dan memelihara perkara-perkara kecil yang sebelum ini kita anggap biasa, antaranya termasuklah kebebasan untuk bersiar-siar di bandar bersama keluarga, membawa anak-anak kita ke taman, pergi membeli-belah bersama keluarga, dan lain-lain. Ramai ibu bapa juga mula bimbang akan arahan duduk di rumah yang akan mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka.

Bersyukur dengan kewujudan kedai atas talian, ibu bapa masih berpeluang untuk melabur dalam barangan yang membawa manfaat seperti permainan yang memberi pendidikan untuk anak-anak! Terdapat pelbagai kedai atas talian di internet, dan salah satunya yang begitu terkenal dalam kalangan mereka yang mementingkan kualiti yang terbaik, buatan tempatan dan menghasilkan barangan mainan, adalah Malaysia Toys.

Malaysia Toys diasaskan dan diketuai oleh seorang ibu yang mendapat Pendidikan bertauliah dalam bidang Montessori yang mengetahui akan keperluan pasaran dan beliau berhasrat untuk memenuhi keperluan tersebut.(Ia memudahkan ibu bapa untuk mencari, dan membeli barang-barang yang dinginkan untuk anak mereka), Setelah menubuhkan dasar dan membuat perancangan yang teratur, kedai online ini telah  berkembang pesat dan semakin terkenal dengan koleksi mainan “Montessori” yang mengagumkan dan bahan yang digunakan adalah dari jenama tempatan, yang memenuhi pelbagai keperluan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Masud kami di sini adalah permainan yang dapat memenuhi imaginasi kanak-kanak serta dapat membantu mencetuskan kreativiti mereka, walaupun pada masa ini mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Malaysia Toys menonjol dengan pelbagai cara. Selain daripada sifat pendidikan, fakta penghiburan dan juga rupa yang indah, semuanya direka dan dipasang oleh pereka mainan tempatan yang berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut. Malaysia Toys juga mempromosikan kesinambungan, yang dapat mendorong pengguna menggunakannya dengan penuh tanggungjawab. Kit aktiviti, papan imbangan, kotak sibuk, bahan pesta, hadiah, mainan pendidikan yang khusus atau unik, anda  pasti tidak akan kecewa setelah  melihat semuanya ini di www.malaysiatoys.com.

Keseronokan pasti berterusan semasa anda membeli belah di Malaysia Toys. Di sini, kami juga menyarankan agar anda tidak terburu buru dan meneliti setiap bahagian di laman mereka, agar anda tidak terlepas dengan tawaran-tawaran istimewa. Sekiranya anda masih belum melihat “bundle” bertema dari Malaysia Toys, inilah masanya untuk melakukan demikian, agar anda tidak terlepas untuk membuat dulang permainan pendidikan sendiri di rumah, yang pastinya akan memberi manfaat kepada anak-anak anda. Kesan yang positif terhadap deria anak anda sudah pasti dapat dilihat setelah menggunakan permainan mesra pengguna ini.

Anda juga tidak akan mengalami sebarang masalah dalam mencari hadiah yang sempurna untuk si kecil, selagi anda membeli-belah di Malaysia Toys – anda hanya perlu menjawab  beberapa soalan mengenai penerima dan cadangan mainan terbaik akan muncul. Sekiranya anda berhasrat ingin megorak langkah ke hadapan, anda hanya perlu mendaftar untuk Kotak Langganan! Hanya perlu memilih dari langganan 3 atau 6 bulan, dan isi  maklumat dalam soal selidik untuk memberi maklum balas terhadap kedai. Selepas itu, Malaysia Toys menyenaraikan jenis barang yang mungkin disukai oleh anak anda (seperti kotak aktiviti, kit permainan, set buku & mainan, permainan tematik, dan lain-lain), dan   satu item atau lebih akan terus dihantar ke depan pintu rumah anda pada setiap bulan.

Dengan menyokong Malaysia Toys, ibu bapa bukan sahaja menyokong pembuat mainan tempatan semata-mata , malah anda juga akan memperoleh faedah seperti mata kesetiaan, diskaun kekal dan juga hadiah percuma.

Malaysia Toys baru-baru ini telah memperoleh anugerah BabyTalk Readers ’Choice Awards 2021, dalam kategori Mainan Pendidikan Kanak-kanak dan Kedai Mainan Dalam Talian.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web Facebook dan  Instagram.