HomeBlogAnak Suka Conteng Dinding? Ini Ada Satu Penyelesaian Terbaik Untuk Anda

Anak Suka Conteng Dinding? Ini Ada Satu Penyelesaian Terbaik Untuk Anda

Si kecil gemar untuk melukis dan mewarna dan apabila semua buku kosong sudah habis diconteng, mereka akan menconteng benda-benda yang berada disekeliling termasuk juga dinding rumah. Habis satu dinding rumah dicatnya sehingga tiada ruang lagi.

Walaupun anda sudah membersihkan dinding rumah, mereka akan tetap menconteng bagaikan dinding itu canvas kosong. Pensil warna atau krayon bukan semudah itu untuk dibersihkan dan ia akan tetap meninggalkan kesan. Perlukah anda mengecat kembali dinding dan berhabisan puluhan ringgit untuk mencantikkan dinding rumah secara berkala? Wang ringgit dan tenaga berhabisan untuk mengecat dan ianya bukan satu tugas yang mudah.

Buat ibu bapa yang sudah mengeluh dan menemui jalan buntu, ini ada satu perkongsian daripada seorang ibu yang ditulis di laman web Facebook.

Gunakan cat berkualiti tinggi

Daripada anda membuang duit membeli cat setiap kali raya untuk mencantikkan rumah, apa kata anda melabur sedikit duit untuk satu tin cat yang ajaib ini? Hanya sekali cat sahaja, anda tidak perlu untuk mengecat dinding kembali apabila si kecil menconteng. Cat yang dimaksudkan itu adalah cat Nippon Satin Glo. Ianya sedikit mahal jika dibandingkan dengan cat biasa lain. Tetapi, percayalah ianya satu pelaburan yang menguntungkan.

Cat Nippon Satin Glo amat mudah untuk dibersihkan. Ianya bertindak seperti papan putih dimana segala contengan boleh dibersihkan dengan menggunakan kain basah sahaja semudah A,B,C. Ada pelbagai warna yang boleh dipilih dan jika anda mahukan dinding rumah kelihatan seperti papan hitam kosong, maka pilihan waran hitam amat bersesuaian.

Anda tidak perlu untuk mengecat keseluruhan rumah, pilih satu panel dinding yang kerap mereka conteng dan jadikan ianya sebagai ruangan untuk si kecil berkarya secara reatif dengan menggunakan imaginasi tinggi mereka. Lihat bagaimana kesemua contengan boleh dipadam dengan sekali lap sahaja. Hebat bukan?

Bina ruang khas untuk bermain

Buat ibubapa yang lebih kreatif, anda boleh bina satu kawasan khas buat si kecil bermain dengan puas. Cari satu kawasan dan bina satu partition kawasan khas bermain dan ini boleh memudahkan anda untuk mengemas. Tiada lagi mainan bersepah daripada ruang tamu sehinggalah ke bahagian dapur.

Untuk bina partition, anda boleh beli chipboard mengikut ukuran yang dimahukan dan cat mengikut kreativiti anda.  Chipboard boleh dibeli di kedai dengan harga yang berbaloi.

Lukiskan atau hiaskan chipboard tersebut mengikut kreativiti dan cat menggunakan cat Satin Glo agar ianya boleh dibersihkan jika anak anda menconteng. Selepas siap, anda boleh memasang chipboard itu dalam bentuk petak dan alaskan kawasan itu dengan karpet atau puzzle lembut yang boleh menonjolkan lagi kawasan khas untuk anak anda bermain.

Lihat, ianya cukup mudah untuk dibina bukan? Sekarang anak anda boleh luangkan masa bermain di ruangan khas tersebut dan conteng dinding khas yang telah dicat dengan cat yang mudah untuk dibersihkan segala kotoran. Ibubapa tidak perlu lagi untuk bersusah-payah memikirkan bagaimana untuk membersihkan contengan si kecil pada dinding atau juga berhabisan duit membeli cat baru.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan