HomeBlogANAK EKZEMA? Kenal pasti tahap ekzema si kecil

ANAK EKZEMA? Kenal pasti tahap ekzema si kecil

Adakah anak anda mengalami simptom-simptom seperti ini; tompok-tompok merah, kulit kering, kasar dan gatal-gatal pada kulit? Jika ya, mungkin si manja anda mengalami ekzema.

Fahami ekzema anak

Aduh! Jika orang dewasa pun kita akan rasa kesian apabila melihat kulitnya kemerah-merahan, inikan pula bayi. Bayi hanya dapat menyuarakan rasa ketidakselesaan dan sakitnya melalui tangisan. Kulit kemerah-merahan, kering, kegatalan adalah beberapa tanda seseorang itu mengalami ekzema. Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia dan jantina.

Ekzema di kalangan kanak-kanak lazimnya berlaku semasa usia mereka enam bulan hingga lima tahun. Ramai ibu bapa yang risau jika anak mereka mengalami ekzema kerana penyakit ini bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada si kecil bahkan juga ada kalanya meninggalkan parut dan menyakitkan tubuh anak anda. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami tahap ekzema anak anda.

Terdapat beberapa jenis ekzema yang boleh dihadapi oleh kanak-kanak. Dan, ekzema yang kerap melanda kanak-kanak dipanggil ekzema atopik atau atopic dermatitis (AD). AD adalah keadaan ekzema yang kronik di mana berlakunya radang pada kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit pada si penghidap. Jadi, penting untuk ibu bapa mengetahui tahap ekzema si manja dan simptom serta cara menanganinya. Dengan cara ini dapat membantu anda untuk mengurus dan merawat keadaan anak anda.

Bagaimana anak saya boleh mendapat ekzema?

Ekzema lazimnya dialami oleh satu nisbah lima orang di mana penyakit kulit ini dikatakan berpunca daripada faktor pemakanan, persekitaran dan beberapa faktor lain. Namun, faktor utama yang sering dikaitkan dengan ekzema ialah genetik atau keturunan. Bagi ibu atau bapa yang pernah mengalami ekzema, bayinya juga berkemungkinan menghidap ekzema.

Tanda-tanda ekzema kepada bayi baru lahir sama seperti orang dewasa iaitu muncul tompok-tompok kemerahan pada kulit bayi. Ibu bapa boleh memerhatikan perubahan pada kulit bayi bagi mengenal pasti sama ada si manja mengalami ekzema ataupun tidak. Walau bagaimanapun, usah risau kerana ekzema boleh dirawat, malah ada banyak kes ekzema yang dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak beransur-ansur hilang apabila mereka meningkat usia.

Beza ekzema pada bayi, anak kecil dan kanak-kanak besar

Gejala ekzema di kalangan bayi dan kanak-kanak berbeza mengikut peringkat usia mereka. Malah, tahap ekzema juga berbeza apabila mereka semakin meningkat usia. Tidak mustahil juga, ekzema mereka akan hilang semasa mereka remaja dan dewasa. Jadi, penting untuk anda tahu akan tahap ekzema anak mengikut peringkat usia mereka.

Bayi (6 bulan pertama)

Ekzema selalunya muncul ada muka, pipi, dagu, dahi dan kulit kepala. Ia juga boleh merebak ke bahagian-bahagian lain pada tubuh. Namun, ia amat jarang muncul pada kawasan lampin. Kulit pada ketika ini kelihatan kemerah-merahan dan melepuh.

Bayi (6 hingga 12 bulan)

Pada peringkat ini, ekzema sering muncul pada siku dan lutut si manja- tempat pada tubuh yang mudah untuk digaru atau bersentuhan dengan benda lain semasa mereka sedang merangkak. Jika ekzema melanda, tubuh bayi anda akan muncul kerak berwarna kuning yang kecil dan kelihatan bernanah pada kulit.

Anak kecil (2 hingga 5 tahun)

Di usia dua tahun, anak yang mengalami ekzema, kulitnya akan kelihatan berkedut pada bahagian siku dan lututnya, di pergelangan tangan, buku lali dan tangan si kecil. Juga, akan kelihatan ruam pada sekitar mulut dan kelopak matanya. Kulit anak anda akan mula kelihatan kering dan bersisik.

Kanak-kanak besar (lima tahun ke atas)

Ekzema selalunya muncul pada lipatan siku dan betis. Kadangkala pada bahagian tangan si kecil. Juga, muncul bintik kemerah-merahan dan gatal pada belakang telinga, kaki atau kulit kepala anak anda. Ini juga tanda-tanda AD, namun mungkin juga simptom penyakit lain seperti seborrheic dermatitis, yang mana akan mencetuskan ekzema. Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti keadaan ekzema anak anda bagi mendapatkan rawatan yang terbaik.


Sumber: nationaleczema.org

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan