HomeBlogAjar Anak Membaca

Ajar Anak Membaca

Adakah anak anda lebih kerap memegang tablet atau menonton televisyen berbanding memegang buku? Bagaimanakah tahap pembacaan anak anda? Adakah dia dapat menguasai pembacaan dengan lancar seiring dengan usianya? Ikuti bagaimana cara untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak.

Tahukah anda, budaya membaca perlu dipupuk sejak kanak-kanak kecil lagi supaya minat membaca dapat ditanam dalam diri mereka. Membina budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak tidak memerlukan bahan yang mahal kerana perkara yang penting adalah penglibatan ibu bapa itu sendiri dalam membentuk kanak-kanak minat membaca.

Jika buku masih belum dapat menarik minat anak anda membaca, apa kata anda cuba gunakan kaedah lain. Tidak perlu berbelanja lebih, hanya luangkan sedikit masa untuk anak-anak dan lihat perkembangan mereka.

Kad Huruf

Walaupun anak anda sudah memasuki Tahun Satu, namun masih belum terlambat untuk anda membelikannya kad huruf yang banyak dijual di kedai buku. Hanya luangkan masa beberapa minit sehari dan mengajarnya mengingat huruf. Apabila kanak-kanak sudah biasa dengan huruf, kemudian anda boleh mula menggabungkan huruf konsonan dan vokal dan menyebut dengan membunyikan suku kata. Anda boleh lihat perkembangan bacaan anak anda!

Perpustakaan Mini

Jika tiada ruang untuk membuat perpustakaan mini di rumah anda, apa kata anda hias bilik anak anda dengan menambah rak buku dan ruangan membaca di dalam biliknya. Dengan adanya tempat khas yang membolehkannya duduk dan membaca, anak anda pasti akan bermotivasi untuk meluangkan masa setiap hari dengan membaca. Paling utama, hias ruangan membaca anak anda dengan warna yang menarik supaya dia lebih tertarik! Bagaimanapun, jangan biarkannya membaca seorang diri pada hari-hari pertama. Sebaliknya, sebelum dia dapat membiasakan diri dengan ruangan membacanya itu, anda perlu menemaninya dengan membaca bersama-sama.

Buku Berwarna, Kurang Teks

Kanak-kanak gemarkan sesuatu yang berwarna-warni dan bergambar. Jika anak anda penggemar kartun, cari buku cerita yang menunjukkan gambar seiras dengan kartun kegemaran anak anda seperti program kartun Tom & Jerry, anda boleh carikan buku yang mengandungi gambar kucing atau tikus. Bagi memulakan langkah menyemai minat membaca pula, anda perlu belikan buku cerita yang mengandungi teks yang sedikit. Sekali-sekala bawa anak anda bersama ke kedai buku bagi membolehkannya memilih sendiri buku yang ingin dibaca.

Kraf Bacaan

Sekali-sekala rajinkan diri anda untuk menggunting huruf-huruf daripada majalah atau surat khabar dan menampalnya pada sekeping kertas besar. Anda boleh ajak anak anda melakukan aktiviti ini bersama-sama. Contohnya, anda akan menggunting huruf dan menyuruh anak anda menampal. Setelah siap satu cerita pendek, ajaklah anak anda membaca hasil yang sudah ditampal itu. Bagi menjadikan hasil kraf anda lebih menarik, anda boleh mencari gambar yang sesuai dan ditampal pada kertas tersebut. Kreatif bukan? Teknik ini bukan sahaja mengajar anak anda minat membaca, tetapi juga dapat mengajarnya lebih kreatif.

Dengarlah

Jika anak anda sudah boleh membaca, jangan biarkannya bersendirian. Tunjukkan minat untuk mendengar pembacaannya. Anak anda lebih suka jika ada yang mendengar semasa dia sedang membaca. Malah, dia juga boleh terus bertanya kepada anda jika ada perkataan atau ayat yang tidak difahami.

Amalan membaca perlu disemai dalam diri setiap individu. Tidak kiralah apa jenis bahan pembacaan. Seharusnya amalan membaca perlu dipupuk dari rumah. Ungkapan buku ialah teman baik setiap orang pasti akan digunakan sampai bila-bila kerana dengan adanya buku anda tidak akan merasa bosan atau keseorangan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan