HomeBlogAjar Anak Jaga Kebersihan

Ajar Anak Jaga Kebersihan

Kuman dan bakteria ada di mana-mana dan boleh memudaratkan manusia, terutama sekali kanak-kanak.

Bayangkan anak anda bermain berkejar-kejaran di padang bersama rakan, ada yang jatuh dan kemudian sambung berlari dan menyentuh tangan anak anda, berehat sebentar sambil minum berkongsi cawan serta sambung berlari semula mencari serangga di padang.

Kehidupan kanak-kanak di peringkat usia mereka memang aktif. Normal jika anda lihat anak anda baru balik ke rumah selepas bermain dengan keadaan berpeluh-peluh serta muka dan pakaian menjadi kotor. Ibu bapa menjadi bimbang kerana disebabkan aktiviti ini, kanak-kanak mudah berjangkit kepada kuman dan bakteria. Malah, ada juga ibu bapa yang mengambil langkah untuk mengurangkan aktiviti luar kanak-kanak.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengajar anak tentang amalan kebersihan, namun rata-rata kanak-kanak tidak ambil peduli akan perihal kebersihan kerana kekotoran atau bersepah semasa bermain adalah suatu ‘nikmat’ bagi mereka. Malah, ianya juga menjadi sebahagian daripada keseronokan semasa alam kanak-kanak.

Sepatutnya, langkah pertama yang perlu diambil adalah mengajar anak anda mengenai kebersihan. Harus diingat, kanak-kanak perlu diajar dengan cara yang menyeronokkan bagi membolehkan mereka patuh dan mengingati peraturan yang diajar kepada mereka.

Tips ajar anak jaga kebersihan

Tetapkan peraturan

Ajar anak anda peraturan asas tentang kebersihan sejak usianya kecil lagi. Amalan asas kebersihan adalah seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun, menutup mulut semasa batuk atau bersin dan mandi tiga kali sehari.

Jadi contoh

Ibu bapa adalah role-model kepada anak-anak. Jadi, tunjukkan contoh yang baik kepada anak anda tentang amalan kebersihan seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, mengelap mulut dengan tisu atau sapu tangan selepas makan, tidak membiarkan rumah bersepah serta memastikan kawasan dalam dan luar rumah bersih.

Didik melalui buku

Sesekali, bacakan buku cerita yang berkisarkan tentang kebersihan seperti akibat tidak menjaga kebersihan diri atau budak yang pengotor. Masukkan unsur hiburan dan humor semasa bercerita bagi menarik minat si cilik.

Tiada lagi comot!

Bekalkan anak anda dengan sapu tangan bersih setiap kali dia pergi ke tadika. Pesan pada si manja supaya mengelap tangan dan mulut selepas makan menggunakan sapu tangan yang diletakkan dalam poket pakaian mereka.

Gosok gigi

Kebersihan oral dan gigi juga perlu diutamakan. Ajar anak anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali selepas makan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan