HomeBlogAdakah Usus Anak Anda Sihat?

Adakah Usus Anak Anda Sihat?

Kanak-kanak yang kerap membuang air besar tidak bermakna dia mudah untuk mengeluarkan najis. Anak anda tidak mengalami sembelit jika najisnya lembut dan mudah dikeluarkan, walaupun dia tidak membuang air besar setiap hari. Ada kanak-kanak yang membuang air besar lebih daripada sekali sehari, manakala ada juga yang hanya membuang najis selang sehari atau dua hari sekali.

INFO
Semakin membesar bayi, anda akan lihat kekerapannya membuang air besar berkurangan dan saiz najisnya juga akan semakin besar. Kanak-kanak di usia 3 hingga 4 tahun lazimnya akan membuang najis 3 kali sehari atau tiga kali seminggu

Masalah pergerakan usus yang sering dialami oleh kanak-kanak ialah sembelit dan cirit-birit. Antara punca kanak-kanak mengalami sembelit ialah:

• Perubahan corak pemakanan, terutama apabila anak mula makan makanan pejal

• Kurang serat dan kandungan air dalam badan

• Fobia membuang air besar

• Pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang

• Perubahan persekitaran

Pergerakan usus yang baik bukan sahaja bermakna sistem penghadaman mereka sihat, malah boleh membantu kepada tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Langkah-langkah untuk memastikan pergerakan usus yang sihat ialah:

Makan makanan yang sihat- bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ibu bapa perlu menggalakkan anak mengambil makanan yang tinggi kandungan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kekal aktif. Aktiviti fizikal seperti berbasikal, bermain badminton atau bersiar-siar boleh membantu kelancaran pergerakan usus.

Ajar anak tabiat membuang air besar secara berkala supaya menjadi rutin harian mereka.

Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.

Pengambilan susu yang mengandungi nutrien seperti probiotik dapat membantu kelancaran penghadaman makanan dan mengurangkan masalah sembelit.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan