HomeBlogAdakah Si Manja Selamat?

Adakah Si Manja Selamat?

Cara untuk pastikan anak anda selamat di dalam perjalanan
Kadangkala, kita juga mendengar kes kematian kanak-kanak yang disebabkan oleh pengembungan beg udara. Berkali-kali telah terbukti bahawa kanak-kanak di dalam kenderaan cenderung untuk terdedah kepada kecederaan yang ketara dalam kemalangan kereta, jika mereka tidak diletakkan dalam kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai.

Di Malaysia, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan masih belum lagi diwajibkan, walaupun ia mungkin dikuatkuasakan dalam masa terdekat. Setakat ini, kerusi duduk tersebut merupakan cara yang terbaik untuk melindungi anak anda dalam perjalanan dan boleh mengurangkan potensi risiko kecederaan maut untuk bayi dan kanak-kanak, sehingga pra-remaja. Walau bagaimanapun, setakat memasang tempat duduk keselamatan kanak-kanak sahaja adalah tidak mencukupi.

Penggunaan yang betul juga perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Bagi mendapatkan tempat duduk keselamatan yang terbaik untuk anak anda, adalah penting untuk mengikut garis panduan penggunaan yang disyorkan untuk memastikan keselamatan anak anda. Anda tidak perlu membeli kerusi yang paling mahal untuk mendapatkan yang terbaik, tetapi hanya perlu pastikan bahawa kerusi tersebut adalah paling sesuai dengan umur, saiz, berat badan, ketinggian anak anda dan kenderaan anda.

Lazimnya, kerusi keselamatan yang mengadap belakang adalah direka khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Kanak-kanak pada usia ini mempunyai risiko lebih tinggi mengalami kecederaan kepala atau tulang belakang kerana tulang dan ligamen mereka masih dalam tahap perkembangan. Kerusi keselamatan kanak-kanak yang mengadap belakang berperanan untuk menyokong posterior batang tubuh keseluruhan, leher, kepala dan pelvis bayi atau anak kecil kerana cara ini mengedarkan tekanan rempuhan kemalangan di seluruh tubuh dan bukannya tertumpu hanya pada titik sentuh tali pinggang keledar. Apabila kanak-kanak diletakkan di kerusi keselamatan yang mengadap bahagian belakang, komponen kemalangan dari hadapan menyebabkan kepala kanak-kanak untuk bergerak lebih jauh ke dalam ‘kepompong’ kerusi kereta, ditambah dengan perlindungan dari sayap dari kedua-dua belah.

Sebaliknya, dalam kerusi keselamatan yang mengadap ke depan, kepala kanak-kanak bergerak lebih jauh dari tempat duduk, ekoran itu mengehadkan atau mengeluarkan faedah sayap sampingan. Apabila anak anda berkembang melebihi had ketinggian dan berat kerusi itu, ini adalah masanya untuk beralih ke tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang direka khas untuk umur dan saiz mereka.

Kerusi kereta yang mengadap ke depan biasanya digunakan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun, di mana golongan umur ini mempunyai badan belakang dan otot leher yang kuat. Apabila anak anda terus berkembang sehingga ke usia 12 tahun, pastikan tali pinggang keledar dipasang untuk anak anda dalam kerusi booster sehingga tahap yang sesuai dicapai.

Sebaik sahaja anda telah membeli kerusi kereta yang betul dan sesuai untuk anak anda, langkah seterusnya adalah untuk mengetahui cara untuk meletakkannya. Ramai ibu bapa sering membuat kesilapan yang biasa apabila gagal untuk memasang kerusi dengan betul, di mana kaedah ini lebih berbahaya kepada anak anda. Untuk memastikan keselamatan maksimum, tali pinggang keledar harus dipastikan ketat untuk mencegah kerusi tersebut daripada bergerak lebih daripada satu inci. Pastikan juga bahagian belakang dan bawah anak anda dirapatkan dengan kerusi keselamatan, apabila meletakkan anak anda ke dalam tempat duduk kereta.

Pastikan strap adalah ketat dan klip selaras dengan bahu atau ketiak bayi. Jika terdapat jurang antara tali dan pangkal paha anak anda, letakkan kain atau lampin yang siap digulung di antara ruang untuk merapatkan jurang selepas anak anda telah distrapkan.


DI MANA?
Tempat yang paling selamat untuk meletakkan kerusi keselamatan anak anda adalah di tengah-tengah tempat duduk belakang. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang duduk di tengah-tengah tempat duduk belakang adalah kurang mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan kereta berbanding dengan kanak-kanak yang duduk di kedudukan lain.


Walaupun beg udara boleh menyelamatkan nyawa, beg udara juga boleh membahayakan kanak-kanak dan bayi. Beg udara mengembung dengan serta-merta, dalam masa 20 milisaat sejurus selepas kesan impak. Oleh itu, adalah lebih baik jika kanak-kanak di bawah umur 14 tahun duduk di bahagian belakang untuk mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku perlanggaran.

Sama ada anda membawa anak anda keluar untuk suatu pemanduan yang singkat ataupun pergi bercuti, sekatan kerusi keselamatan kanak-kanak yang betul perlu digunakan sepanjang masa untuk memastikan anak anda tidak terdedah kepada bahaya yang bakal menimpa. Jadi, di masa anda berada di dalam kereta bersama dengan anak anda, pastikan untuk strap mereka sebelum anda memulakan perjalanan anda.
Selamat memandu!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan