HomeBlogAdakah Rumah Anda Selamat?

Adakah Rumah Anda Selamat?

Memastikan anak-anak anda selamat semasa berada di dalam rumah merupakan tanggungjawab ibu bapa. Terdapat banyak cara untuk memastikan rumah anda dalam keadaan yang selamat terutama apabila terdapat anak-anak yang sedang membesar.

Penjagaan rumah

Rumah yang bersih dan tersusun belum tentu dapat menjadi rumah yang mesra kanak-kanak. Rumah anda mungkin berisiko untuk si manja. Justeru itu, pastikan anak anda selamat dengan mengetahui jenis risiko yang lazimnya berlaku di rumah bagi mengelak atau menyingkirkan risiko tersebut.

Semakin hampir anda dengan tarikh bersalin, anda perlu menyediakan persediaan untuk menyambut bayi baru. Persediaan ini bukan sahaja tentang menyiapkan kelengkapan anda dan bayi, tetapi juga tentang menyiapkan rumah menjadi mesra kanak-kanak. Kunci utama dalam menyediakan rumah mesra bayi atau mesra kanak-kanak ialah pemantauan dan juga persekitaran yang selamat.

Letakkan diri seperti anak kecil

Masukkan diri anda seperti kanak-kanak dengan memandang kawasan-kawasan yang berbahaya untuk anak datang dekat. Cuba anda merangkak dan melihat di sekeliling kawasan dalam rumah anda bagi mencari kawasan yang berisiko kepada si manja. Mungkin anda tidak boleh menjadikan setiap kawasan rumah mesra kanak-kanak, tetapi anda boleh mengehadkan kawasan-kawasan tertentu untuk anak anda bebas meneroka.

Kunci zon berbahaya

Letakkan pintu atau kunci kawasan yang bukan untuk kanak-kanak seperti bilik air, laci di kabinet dapur, bilik membasuh dan juga dapur basah.

BERSEDIA

Anak yang sedang membesar akan melalui perkembangan di mana dia akan meneroka setiap tempat di sekelilingnya. Jadi, pastikan rumah anda bersih daripada benda-benda tajam atau kecil (berkemungkinan si manja akan mengutip dan memasukkannya ke dalam mulut) terutamanya di atas lantai atau di tempat yang boleh digapai oleh anak.

Elakkan barang yang boleh terjatuh

Barang-barang besar yang berpotensi untuk menghempap si manja anda perlulah dielakkan. Perhatikan rak buku anda dan pastikan rak tersebut kukuh dengan tiada risiko untuk terjatuh. Begitu juga dengan pasu bunga di dalam rumah atau barang hiasan dalam rumah yang diletakkan di atas lantai. Sebaik-baiknya, jauhkan barang-barang berpotensi terjatuh ini daripada anak anda.

Barang elektrik, palam, wayar

Letakkan palam keselamatan atau tanggalkan palam yang tidak digunakan dan hadang dengan perabot. Simpan pengering, pembakar roti dan peralatan elektrik lain di tempat yang selamat. Ikat wayar telefon, peralatan komputer atau wayar yang panjang bagi mengelakkan dicapai oleh anak kecil. Letakkan wayar-wayar elektrik di belakang perabot.

Kesegaran udara

Rumah adalah tempat di mana anda sekeluarga paling banyak meluangkan masa. Jadi, anda perlu menitik beratkan pengudaraan di dalam rumah. Bagi memastikan udara di dalam rumah anda sihat dan segar, pasanglah penapis udara yang berfungsi untuk membersihkan udara yang kita hidu, mengurangkan virus, bakteria, bau dan kulat serta memastikan udara segar di dalam rumah.

Selain itu, pemilihan kipas angin dan penyaman udara yang betul juga dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman dan memastikan peredaran udara yang bagus di dalam rumah serta tahap kelembapan udara sentiasa di tahap normal.

Selamatkah air yang diminum?

Bukan sahaja udara, air juga merupakan sumber penting yang anda sekeluarga gunakan setiap hari. Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan air yang digunakan terutama dalam minuman dan masakan adalah bersih serta selamat. Buat ibu bapa, didihkan air yang hendak dimasak atau diminum dan sebaik-baiknya, gunakan penapis air untuk mendapatkan kualiti air yang bersih di kediaman anda.

Persekitaran dalam dan luar

Persekitaran dalam dan luar rumah yang kotor akan mengundang serangga seperti lalat dan nyamuk yang akan mendatangkan penyakit taun serta denggi. Bagi mengelakkan serangga-serangga berbahaya, patuhilah langkah-langkah di bawah:

  • Minum air yang dimasak dan gunakan air bersih untuk kegunaan harian seperti membasuh pinggan-mangkuk atau menggosok gigi.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan tempat pembiakan lalat dan nyamuk seperti tidak membiarkan makanan terdedah dan menutup bekas yang mempunyai air bertakung.
  • Amalkan mencuci tangan dengan sabun selepas keluar tandas. Gunakan sabun pencuci tangan yang betul bagi membantu melindungi keluarga anda daripada kuman.
  • Pastikan longkang diselenggara dengan baik dan tidak tersumbat.
  • Elakkan gigitan nyamuk dengan menyapu krim, ubat atau penyembur penghalau nyamuk.
  • Gunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk atau lalat.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan