HomeBlogAdakah Anak Anda Memerlukan Cermin Mata?

Adakah Anak Anda Memerlukan Cermin Mata?

Setiap kanak-kanak berhak mendapat penglihatan yang terang kerana mereka dalam proses untuk menerokai segala yang ada di sekeliling mereka. Kanak-kanak yang melihat dengan kurang jelas akan membawa kepada komplikasi kesihatan malah bakal memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Adakah anak anda mengalami masalah penglihatan atau myopia?

Rabun muda

‘Rabun muda’ adalah istilah yang boleh diberikan kepada golongan muda yang mengalami masalah penglihatan kurang jelas. Bukan orang dewasa dan remaja sahaja yang mengalami masalah ini, tetapi ada juga kanak-kanak yang sudah mula mengalami masalah rabun. Masalah rabun muda bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan dan pembelajaran, malah aktiviti sosial mereka juga turut terlibat. Kanak-kanak ini mungkin mengalami kesukaran semasa bermain seperti semasa menangkap bola atau berbasikal.

Kebanyakan kanak-kanak menderita masalah ini bertahun-tahun kerana ada ibu bapa yang kurang peduli akan masalah penglihatan anak-anak. Malah, ada keadaan di mana kanak-kanak itu sendiri takut untuk mengadu tentang masalah mereka kepada ibu bapa.

Tanda-tanda rabun muda

Sebagai ibu bapa, anda sendiri perlu perhatikan sebarang perubahan pada diri si kecil dengan mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan anak anda rabun.

• Minta anak anda untuk membaca buku di hadapan anda. Perhatikan sama ada dia mengecilkan matanya atau membawa buku menghampiri mata ataupun menjauhkan buku semasa ingin membaca.

• Minta anak anda memandang ke arah sesuatu objek dengan jarak sekurang-kurangnya 10 kaki ke belakang. Tanya anak anda apa yang dia lihat. Jika dia tidak mampu untuk memberi jawapan, mungkin dia mengalami masalah penglihatan.

AWAS! – Jika anak anda mengadu mengalami pening kepala atau sakit mata semasa membaca, jangan ambil mudah kerana dia mungkin mengalami masalah penglihatan!

Apa perlu anda buat?

Setelah mengenal pasti tanda-tanda rabun muda, bawa anak anda berjumpa pakar mata bagi mendapatkan pemeriksaan mata. Pakar mata akan memberitahu sama ada anak anda memerlukan cermin mata ataupun tidak. Minta pendapat doktor anak anda mengenai masa yang terbaik untuk mula membawa anak memeriksa mata.

Walau bagaimanapun, langkah terbaik adalah dengan mendapatkan pemeriksaan mata awal kerana masalah penglihatan ini mungkin berubah seiring dengan peningkatan umur anak. Jika benar anak anda mengalami masalah mata namun tidak memakai cermin mata, masalah penglihatannya mungkin akan semakin teruk.

Jika anda tidak melihat sebarang tanda yang menunjukkan anak mengalami gangguan penglihatan, anda masih perlu membawanya untuk pemeriksaan mata. Sebaik-baiknya, bawalah anak anda berjumpa pakar seawal usianya empat tahun.

TAHUKAH ANDA?

Pemeriksaan mata dibuat untuk menguji tahap penglihatan dan menilai tahap kesihatan mata.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan