HomeBlog9 Perkara Anda Perlu Semak Sebelum Meninggalkan Rumah Sempena Raya

9 Perkara Anda Perlu Semak Sebelum Meninggalkan Rumah Sempena Raya

Tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum raya menjelma. Minggu ini bakal menyaksikan anak-anak perantau sudah mula beransur pulang ke desa untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Jalan raya bakal sesak dan bagi yang merancang untuk pulang beraya, diharapkan agar anda betul-betul rancang masa perjalanan.

Tetapi sebelum anda balik kampung untuk bercuti, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan demi menjaga keselamatan rumah anda sepanjang ketiadaan. Jangan pandang ringan mengenai hal ini kerana khuatir berlaku perkara yang tidak diingini sewaktu musim perayaan nanti. Berikut adalah senarai semak yang perlu anda ambil tahu.

 

1. Tutup kepala tong gas

Anda bakal meninggalkan rumah untuk beberapa hari lamanya. Dapur gas sudah pasti tidak akan digunakan. Menutup api dapur gas tidak sepenuhnya selamat buat rumah anda, sebaliknya anda perlu buka kepala tong gas. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Jangan sesekali biarkan injap gas terbuka kerana takut boleh berlaku kebocoran.

2. Kunci pintu dan tingkap dengan mangga

Gunakan kunci tambahan atau padlock yang tahan umpil dan yang jenis besi padu. Pastikan grill koridor, tingkap juga dipasang padlock untuk mengelak sebarang kes pecah rumah sewaktu musim raya. Semak kesemua pintu, tingkap yang dimangga agar ianya berfungsi dengan sempurna.

3. Kosongkan air di dalam bekas di bilik air

Membiarkan air bertakung untuk jangka masa yang lama berpotensi untuk menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Anda tidak akan ada di rumah buat jangka masa yang lama, pasti anda tidak mahu pulang daripada kampung dijangkiti penyakit demam denggi. Bekas yang berisi air bertakung adalah kawasan yang paling sesuai sekali buat nyamuk bertelur. Oleh itu, kosongkan kesemua bekas yang berisi air.

4. Tutup suis dan soket elektrik

Pastikan sebelum pulang ke kampung, anda sudah periksa kesemua suis dan soket elektrik ditutup denagn sempurna. Cabut wayar daripada soket dan jangan dibiarkan ianya terpasang. Ini akan menyebabkan pembaziran elektrik dan juga boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku, iaitu kebakaran suis. Tutup suis peti ais dan pastikan anda bersihkan dahulu untuk mengelak daripada makanan menjadi rosak dan berbau busuk.

5. Simpan barangan berharga dengan

Pastikan anda menyimpan segala barangan berharga di tempat yang selamat. Jika anda rasakan perlu, anda boleh bawa bersama barangan kemas ke kampung. Tetapi sebelum buat keputusan sedemikian, tanya dahulu adakah selamat untuk bawa pulang ke kampung? Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara buruk berlaku.

6. Pasang lampu luar rumah

Salah satu tips yang boleh digunapakai sewaktu hari raya adalah dengan menggunakan lampu luar auto timer. Ianya akan menyala mengikut masa yang telah anda setkan. Setkan timer lampu koridor rumah pada pukul 6:00 petang sehingga 7:00 pagi agar kawasan luar rumah anda terang bagi mengelakkan sebarang kes rompakan dan pecah amsuk rumah.

7. Maklumkan jiran

Penting untuk anda amalkan sikap mengenali jiran tetangga dan beramah mesra. Maklumkan pada jiran terdekat bahawa anda bakal pulang beryaa di kampung buat beberapa hari. Boleh mereka awasi rumah anda dan perasan jika terdengar bunyi yang mencurigakan datang dari rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah. Berikan nombor telefon untuk mereka telefon jika berlaku sebarang kecemasan.

8. Jangan tinggalkan binatang peliharan

Jika anda mempunyai binatang peliharaan, dinasihatkan supaya jangan tinggalkan mereka sendirian di rumah jika anda bercuti lama. Bawa mereka sekali pulang ke kampung, atau jika ianya sukar untuk melakukan demikian, anda boleh hantar kucing anda ke pusat jagaan binatang peliharaan. Mereka akan dijaga dengan penuh kasih sayang dan diberi makan secukupnya. Jangan biarkan mereka di rumah kerana takut kehabisan makanan dan air.

9. Jangan sorok kunci pendua

Selalunya kita suka simpan kunci pendua di sekitar rumah untuk waktu-waktu kecemasan. Sebelum anda pulang ke kampung, pastikan anda ambil kunci pendua yang disorokkan di dalam pasu, bawah pelapik kaki, di bahagian atas pintu kerana ianya amat merbahaya untuk ditinggalkan sebegitu. Pencuri biasanya akan mencari kunci pendua dahulu sebelum memecah masuk.

Leave a comment