HomeBlog9 Panduan Memilih Dekorasi Pelamin Impian

9 Panduan Memilih Dekorasi Pelamin Impian

Tak lengkap rasanya kalau pergi majlis kahwin tanpa menjenguk pelamin yang dihias indah. Maklum sahaja, sekarang ini banyak rekaan pelamin terkini dan serba moden yang ditawarkan oleh perancang majlis dan butik kahwin. Mana tahu idea rekaan pelamin boleh digunapakai untuk generasi anak-anak sendiri akan datang!

Tidak semestinya perlu mencari yang mahal hingga sanggup berhabis duit malah ada juga pelamin bajet murah yang cukup cantik dan anggun.

Pemilihan pelamin yang tepat adalah penting kerana ia bakal merakamkan kenangan indah sepanjang majlis kahwin bersama insan-insan yang tersayang. Tambahan lagi, ia bakal dikongsi bersama bakal anak-anak suatu hari nanti.

Jadi bagaimana memilih pelamin yang tepat mengikut kesesuaian anda?

Bajet kahwin

Sangat penting kerana ia yang akan menentukan pemilihan pelamin, konsep yang ingin diketengahkan dan dekorasi yang datang bersamanya. Besar bajet kahwin anda, maka banyaklah yang anda boleh buat pilihan. Kecil bajet anda, maka pilihan dekorasi pelamin juga akan menjadi terhad.

Guna khidmat Juruhias Perkahwinan

Tidak semua orang dianugerahkan kreativiti dan imaginasi yang tinggi dalam membuat rekaan dekorasi pelamin. Mengambil upah Juruhias Perkahwinan adalah langkah terbaik dalam memilih pelamin yang anda kehendaki. Anda boleh berkongsi apa yang anda ingini pada Juruhias ini dan mereka akan membantu anda merealisasikannya.

Konsep dan tema majlis kahwin

Tetapkan tema dekorasi majlis kahwin Apabila sudah ada tema impian anda, maka barulah anda boleh membuat pemilihan pelamin yang sesuai dengan cita rasa, impian dan bajet. Banyak option yang anda boleh pilih antaranya Islamik moden, shabby chic, garden, fantasi dan macam-macam lagi.

Pemilihan warna

Ini juga antara faktor yang penting kerana warna yang tepat memberi kesan eksklusif pada keseluruhan dekorasi majlis perkahwinan anda. Biasanya warna-warna lembut dan pastel menjadi pilihan ramai apatah lagi ia senang digandingkan dengan apa jua warna busana pengantin. Elak warna sedondon dengan busana pengantin kerana ia akan membuatkan mempelai nampak ‘tenggelam’.

Elak juga mengguna banyak warna pada pelamin dan hiasan dekorasi sekeliling pelamin. Ini untuk mengelakkan pelamin nampak sarat, padat dan berserabut. Sebaiknya hanya ‘main’ dengan dua atau tiga warna sahaja.

Pilih reka bentuk berdasar ruang pelamin

Ini juga penting kerana reka bentuk pelamin yang bakal digunakan nanti perlu mengambil kira ruang di mana pelamin akan diletakkan. Jangan pula mengambil pelamin yang bersaiz besar hingga tidak mampu masuk ke ruang tamu. Jangan juga mengambil pelamin yang berukuran kecil apabila ruang yang disediakan luas. Ini akan menampakkan pelamin yang terlampau kosong.

Pencahayaan

Tidak semua orang mengambil kira faktor yang satu ini. Pencahayaan juga amat penting dalam dalam pemilihan pelamin anda. Pencahayaan yang betul akan mencipta suasana yang senada dengan tema pelamin malah dapat membangkitkan pancaran romantic mahupun dramatik.

Pemilihan kerusi yang betul

Elak guna kerusi bersanding yang terlalu tinggi atau besar hingga menutup keindahan pelamin yang sudah dihias cantik. Tetamu yang datang juga tidak dapat menikmati kecantikan pelamin yang sudah digubah indah.

Ikut keluasan ruang

Pemilihan dekorasi pelamin juga perlu mengambil kira keluasan ruang yang ingin digunakan. Jika ruang kecil, pastikan anda mengguna konsep minimalis untuk mengelakkan pelamin nampak padat dan sesak.

Penggunaan aksesori yang sesuai

Aksesori-aksesori ini biasanya melengkapkan majlis perkahwinan apatah lagi apabila ia diletakkan di sudut yang berhampiran dengan pelamin. Bunga dan permaidani antara aksesori yang sering digunakan untuk menambah kecantikan di pelamin.

Elak membuat pemilihan dekorasi pelamin secara tergesa-gesa kemungkinan tinggi anda akan melakukan banyak kesalahan dalam membuat keputusan sehingga menjejaskan majlis kahwin anda kelak.

Apa pun yang penting, buat survey terlebih dahulu bersama pasangan anda sebelum membuat keputusan. Selepas ada kata putus, segera membuat tempahan kerana bukan sahaja majlis kahwin memerlukan penggunaan pelamin, malah majlis tunang pun ramai yang menempah pelamin siap-siap.

Untuk pakej-pakej lengkap serta pelamin, sila layari kahwin.feedmyguest.com

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan