HomeBlog9 Katerer Perkahwinan Sekitar KL Yang Disarankan

9 Katerer Perkahwinan Sekitar KL Yang Disarankan

Jika dulu, tidak banyak pasangan pengantin yang mengguna perkhidmatan katering perkahwinan kerana masih mengekalkan tradisi gotong royong rewang dan mengupah tukang masak untuk menyediakan menu kenduri untuk jemputan.

Namun mengguna perkhidmatan katering perkahwinan sudah menjadi trend di setiap majlis perkahwinan sekarang ini.

Ini kerana pihak katerer perkahwinan biasanya menawarkan pakej-pakej tertentu dengan harga berpatutan, bergantung kepada bajet yang disediakan oleh pasangan pengantin. Ada juga yang menyediakan sekali pakej khemah.

Selain menyediakan menu yang bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan, pihak katerer perkahwinan juga menyediakan peralatan seperti pinggan mangkuk, sudu, garfu, gelas dan sebagainya. Pihak katerer perkahwinan juga turut menyediakan pelayan yang akan membantu dalam penyediaan hidangan lauk-pauk kenduri, mengemas meja tetamu, membuang pinggan mangkuk yang sudah digunakan dan memastikan keperluan tetamu dipenuhi sehingga majlis berakhir.

Memang senang mengguna perkhidmatan katering perkahwinan ini tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik.

Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, saya kongsikan beberapa katerer perkahwinan yang boleh digunakan nanti.

Antaranya:

Nurul Izzah Catering Sdn Bhd (NIC)

Sudah 15 tahun menyediakan perkhidmatan katering yang meliputi katering perkahwinan, katering majlis korporat, katering majlis swasta dan banyak lagi. NIC juga menawarkan ruang/lokasi outdoor seluas satu ekar yang dinamakan Laman Pengantin untuk pelanggannya mengadakan apa jua majlis, lengkap dengan perkhidmatan katering, pelayan dan sistem audio beserta persekitaran laman yang cantik.  Selain itu NIC juga menawarkan pakej khemah.

NIC mampu menyediakan tempahan makanan di antara 20,000 hingga 25,000 orang dalam satu-satu masa. Katerer ini juga menghidangkan makanan Halal dan segar sahaja kerana NIC lebih menumpukan kepada kauliti makanan yang dihidangkan.

Keistimewaan NIC adalah mereka mempunyai team memasak yang diketuai oleh Cef berpengalaman dalam bidang masakan masing-masing, begitu juga dengan staf yang cekap mengendalikan majlis kahwin.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/nurulizzahcatering

Nirwana Caterer Sdn Bhd

Beribu pejabat di Ampang, Selangor, katerer perkahwinan ini menyediakan pakej katering bermula dengan harga serendah RM10 hingga RM20 seorang dengan jumlah jemputan tidak kurang daripada 1,000 orang.

Bagi pengantin yang mengambil pakej katering perkahwinan di bawah RM11 mereka akan menerima peralatan majlis, stesen buffet, pelayan majlis, hidangan pengantin, set VIP dengan Dome secara percuma. Jika memilih pakej RM11 dan ke atas pula, mereka akan menerima pakej pelamin, sepasang busana pengantin untuk lelaki dan perempuan beserta Andaman manakala bagi tempahan jemputan 1,500 orang dan ke atas, set fotograpi dan album gambar perkahwinan diberikan secara percuma.

Menariknya, Nirwana Caterer ini mengadakan Food Tasting setiap hujung minggu kepada orang ramai terutamanya bakal pengantin untuk merasai hidangan yang disediakan sebelum membuat tempahan.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/nirwanacatererdeco

Seri Keningau Sdn Bhd

Bermula dari hanya sebuah restoran di daerah Keningau, Sabah pada tahun 1990, ia kemudiannya melebarkan sayap hinga memiliki lebih daripada lapan rangkaian cawangan di Sabah dan Semenanjung dengan menyediakan pelbagai juadah makanan Malaysia, Cina, India, Thai dan juga Barat. Seri Keningau juga mempunyai juadah dan minuman signature yang tiada di tempat lain iaitu Nasi Kapal Karam, Nai Gearbox, Chicken Barbara, Pelangi Senja dan Little Pond.

Kini, selain menumpukan pada hidangan restoran, ia mula menyediakan pakej katering perkahwinan, katering untuk majlis akikah, katering rumah terbuka, katering untuk majlis-majlis keraian dan bermacam-macam lagi. Seri Keningau turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap dan perkhidmatan perunding perkahwinan.

Dengan jumlah jemputan minima 1,000 orang, perkhidmatan katering perkahwinan ini menyediakan lebih daripada lima menu utama, menu makanan pengantin, pakej khemah dan kelengkapan majlis dan pakej pelamin.

Di bawah Seri Keningau Wedding, ia menyediakan tiga pilihan pakej perkahwinan bermula dari Pakej Asas hinggalah Pakej Keseluruhan.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/serikeningau

Melati Catering & Services

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pemakanan, tidak hairanlah ramai yang mengguna perkhidmatan katering perkahwinan ini kerana keenakan juadah yang disediakan.

Dengan nilai pakej bermula pada RM8.90 untuk seorang, Melati Catering menyediakan juadah untuk jemputan minima 1,000 orang. Ia juga menawarkan Pakej Nilai Hebat untuk pakej dewan dan pakej kanopi.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/melaticateringservices

Anjung Catering

Mempunyai Master Cef yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang Kulinari dan Katering, kelengkapan dapur yang besar dengan kapasiti lebih 15,000 pax sehari, hub sehenti untuk Katering & Event Management, signature dish Nasi Arab Yamani dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan serta tempahan pakej online yang mudah dan pantas menjadikan Anjung Catering pilihan lebih daripada 4,000 pelanggan malah ada yang menempah berkali-kali perkhidmatan katering perkahwinan ini.

Anjung Catering menyediakan Pakej Dewan dengan hiasan eksklusif, Pakej Kanopi, Pakej Kanopi Arabia lengkap dengan hiasan khemah eksklusif dan Custom Order untuk kesesuaian bajet pasangan pengantin.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/anjungcatering

D Qayangan Catering

Bagi pasangan pengantin yang mencari perkhidmatan katering perkahwinan berkualiti dengan harga berpatutan, bolehlah memilih katerer ini.

Menyediakan 10 seleksi Pakej Katering Perkahwinan untuk dipilih sama ada Pakej Indoor iaitu Pakej Dewan dan Pakej Outdoor atau Pakej Kanopi. Pakej bermula dengan harga serendah RM5.90 seorang lengkap dengan pelamin dan persalinan.

Bergantung pada pakej yang diambil, pasangan pengantin akan diberikan kek kahwin dua tingkat atau kek kahwin tiga tingkat secara percuma. Bukan itu sahaja, bagi penghantaran di sekitar Lembah Klang juga tidak dikenakan sebarang bayaran.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/dqayangancatering

Bizmilla Catering

Menawarkan sajian untuk jemputan sehingga 1,000 orang, pasangan pengantin yang ingin melangsungkan majlis bersanding bolehlah menempah katering perkahwinan Menyediakan tujuh hidangan utama berupa nasi Arab atau nasi Beriyani, nasi putih, daging masak rempah Bizmilla, ayam masak merah atau ayam goreng rempah, dalca sayur, acar sayur dan papdom yang pastinya memiat selera semua jemputan.

Pasangan pengantin juga tidak perlu memikirkan menu makan beradap kerana semuanya disediakan oleh katerer perkahwinan ini. Menu yang disediakan juga menarik iaitu ikan siakap ‘Roullet’, udang Bahtera ‘Triochili’, buah-buahan campur dan aneka kuih-muih. Begitu juga dengan kek pengantin. Kek pengantin tiga tingkat disediakan untuk pengantin yang mengambil pakej katering perkahwinan yang disediakanini.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/bizmillacatering

Felda D’Saji

Menawarkan lebih daripada 10 lokasi perkahwinan yang eksklusif di mana setiap lokasi menyediakan pakej katering perkahwinan Ada yang menawarkan pakej untuk minima 500 jemputan dan ada juga yang menawarkan minima jemputan bermula 1,000 orang.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/dulangselerafeldadsaji

Segi Seri Catering

Segi Seri telah menjalankan perniagaannya selama 10 tahun. Oleh kerana itu, mereka mempunyai pengalaman luas serta mempunyai anggota kerja yang berpengalaman dan terlatih. Tak kira apa jua acara-acara atau perkahwinan besar kecil, semuanya boleh dibuat dengan penuh dedikasi.

Pelbagai pengiktirafan telah di terima oleh Segi Seri, sebagai bukti yang mereka memberi kepuasan sepenuhnya kepada pelanggan. Mereka menjaminkan perkhidmatan yang cepat, layanan yang cukup dan pilihan yang tepat, bersesuaian dengan moto syarikat tersebut.

Untuk melihat pakej, sila layari > https://kahwin.feedmyguest.com/katerer/segiseri

Penggunaan katering perkahwinan untuk sesuatu majlis lebih-lebih lagi berskala besar seperti majlis kahwin lebih berbaloi memandangkan sekarang ini semakin sukar untuk membuat gotong royong rewang memandangkan orang-orang lama sudah semakin berusia dan tidak larat lagi turun ke dapur untuk membantu seperti dulu. Golongan muda pula lebih menyukai perkhidmatan pantas dan mudah seperti ini.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan