HomeBlog8 Superfood untuk Tingkat Pengeluaran Susu Ibu

8 Superfood untuk Tingkat Pengeluaran Susu Ibu

Salah satu cabaran bagi ibu baru yang menyusukan anak adalah susu badan kurang atau sedikit. Jangan stress, Mama! Ketahui 10 makanan yang boleh membantu anda meningkatkan pengeluaran susu.

1 Oatmeal

Jika anda sedang mencari makanan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan anda, inilah dia! Semangkuk oatmeal dapat membantu anda rasa kenyang selepas sarapan pagi. Kandungan zat besi dalam oat membantu mengatasi masalah anemia yang lazimnya dialami oleh ramai ibu baru. Kekurangan zat besi boleh memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Elakkan memilih oatmeal segera kerana ia mengandungi ekstra garam dan gula.

 

2 Ikan salmon

Ikan salmon merupakan makanan yang cukup lengkap untuk dihidangkan kepada ibu baru kerana ia kaya dengan protein dan omega-3, di mana kedua-duanya amat penting untuk ibu yang sedang menyusukan bayi. Dengan mengambil salmon dalam hidangan anda dapat membantu meningkatkan hormon laktasi dan memastikan susu anda lebih berkhasiat. 

3 Kacang badam

Kacang badam bukan hanya mengandungi protein, malah kekacang ini juga merupakan sumber kalsium bukan tenusu yang baik. Ibu yang menyusukan bayi sebaik-baiknya mengambil 1000mg kalsium sehari bagi membolehkan susu yang terhasil nanti tinggi kalsium. Jika anda tidak mendapat kalsium yang mencukupi menerusi diet, nanti susu badan anda akan ‘mencuri’ kalsium dari tulang dan gigi anda.

4 Aprikot

Aprikot mengandungi serat makanan, vitamin A, vitamin C dan potassium; kesemuanya nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Dengan mengambil aprikot dapat meningkatkan prolaktin- iaitu hormon yang akan memberitahu tubuh anda untuk menghasilkan susu. Walau bagaimanapun, aprikot yang segar mengandungi sumber serat yang lebih baik daripada aprikot di dalam tin.

5 Kurma

Kurma adalah satu lagi makanan yang kaya dengan kalsium. Kurma diketahui amat baik untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu badan, kerana ia juga mengandungi prolaktin- sama seperti aprikot. Selain itu, kurma juga mengandungi serat yang tinggi dan manis semula jadi. Masukkan sekali kurma dalam hidangan pagi oatmeal anda.

6 Air

Ya, air secara teknikalnya bukanlah sejenis makanan. Akan tetapi, air merupakan aspek terpenting untuk anda menambah pengeluaran susu. Tubuh yang kekurangan air akan memberi kesan kepada penghasilan susu badan anda. Anda disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

7 Bawang putih

Tahukah anda bahawa dengan mengambil bawang putih dalam diet anda, bukan sahaja dapat memberi rasa kepada susu, tetapi juga akan meningkatkan pengeluaran susu anda. Bawang putih telah lama digunakan oleh ibu-ibu baru untuk membantu meningkatkan susu badan mereka. Malah, dalam menu berpantang juga, kebanyakan hidangan turut mengandungi bawang putih. Jika anda tidak boleh makan bawang putih, anda boleh cuba dapatkan suplemen garlic yang banyak dijual di farmasi.

8 Beras perang

Masih lagi teringin untuk makan nasi? Elakkan makan nasi putih dan bertukarlah kepada beras perang. Beras perang mengandungi banyak serat dan pelbagai lagi nutrien. Karbo kompleks yang ada di dalamnya membantu anda untuk rasa kenyang dan memastikan gula dalam darah anda berada pada paras konsisten.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan