Adakah anda mengalami masalah anak cerewet memilih makanan? Kebanyakan kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran dan susu. Justeru itu, bagaimanakah caranya untuk anak anda mendapatkan nutrien dan vitamin penting yang diperlukan untuk perkembangan tumbesaran mereka? Jawapannya ada di halaman seterusnya…
Table of Contents
Gaya hidup kini
Sama ada kita sedar atau tidak, gaya hidup pada zaman kini cukup berbeza dengan zaman dahulu. Jika dahulu, ibu bapa kita lebih gemar menghidangkan makanan yang disediakan dari rumah dengan mengambil kira khasiat dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh, tetapi senario pada hari ini adalah kebanyakan ibu bapa lebih gemar mendedahkan anak-anak dengan makanan segera.
Sedarkah anda, walaupun ada ibu bapa yang memasak di rumah, namun mereka masih tidak lari daripada memilih bahan-bahan segera seperti makanan di dalam tin, pek segera atau pelbagai lagi makanan yang diawet. Justeru itu, bagaimanakah caranya anak-anak kita mendapatkan makanan yang berkhasiat?
Hal ini menjadikan penyediaan makanan untuk kanak-kanak pada hari ini sebagai sesuatu yang merumitkan dan mencabar. Perkara ini juga menyebabkan kebanyakan ibu bapa pada masa kini memilih untuk mengambil makanan tambahan kesihatan untuk kanak-kanak dengan harapan anak mereka mendapatkan zat dan nutrisi yang penting untuk perkembangan kanak-kanak.
Perlukah makanan tambahan?
Makanan tambahan dapat membantu bagi memastikan kanak-kanak mendapatkan sokongan nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat dan kuat. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh mereka. Makanan tambahan seperti multivitamin juga dapat membantu anak anda untuk mengurangkan risiko penyakit dan jangkitan selain membolehkan mereka cepat sembuh dari penyakit.
Terdapat pelbagai jenis makanan tambahan kesihatan yang dijual untuk kanak-kanak. Kesemuanya menawarkan fungsi yang berbeza mengikut jenis vitamin.
8 nutrisi penting untuk kanak-kanak
Vitamin A
Baik untuk perkembangan normal kanak-kanak, selain membaiki tisu dan tulang, menyihatkan kulit dan mata serta bertindak balas kepada imunisasi badan
Vitamin B
Vitamin B termasuklah Vitamin B2, B3, B6 dan B12- amat penting untuk menghasilkan tenaga dan membantu metabolisme badan
Vitamin C
Amat penting dalam pembentukan otot dan tulang yang sihat, menghubungkan tisu dan kulit
Vitamin D
Baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta membantu penyerapan kalsium dalam badan
Kalsium
Membantu dalam membina tulang yang kuat
Zat besi
Membina otot dan penting dalam menghasilkan sel darah merah yang sihat. Zat besi adalah amat penting untuk kanak-kanak khususnya kanak-kanak perempuan yang akan mengalami pengeluaran haid
Minyak ikan
Sumber utama yang ada dalam minyak ikan ialah Omega-3 yang amat baik untuk otak.
Carilah minyak ikan yang mengandungi gabungan docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)
Probiotik
Probiotik mengandungi yis dan bakteria baik yang dapat memperbaiki jumlah mikro-flora dalam badan kanak-kanak. Probiotik digalakkan diambil oleh kanak-kanak yang kerap mengalami masalah cirit-birit atau masalah pada penghadaman.