HomeBlog7 Khasiat Kurma Buat Ibu Mengandung

7 Khasiat Kurma Buat Ibu Mengandung

Ibu mengandung memerlukan pemakanan yang sihat dan seimbang agar dapat membantu tumbesaran bayi yang berada dalam kandungan. Pemakanan ibu memberi kesan kepada pembesaran bayi dan disebabkan itu lah ibu perlu mengamalkan diet yang seimbang dan tinggi nutrien.

Ianya menjadi kebiasaan buat ibu mengandung berasa cepat letih dan kurang bertenaga sepanjang mengandung. Para ibu akan berasa cepat letih apabila berdiri lama, berjalan jauh dan melakukan kerja-kerja berat. Untuk membekalkan tenaga yang secukupnya buat para ibu, ibu boleh mengambil kurma atau tamar pada setiap hari. Buah kurma terkenal sebagai salah satu superfood yang mengandungi pelbagai manfaat dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Buah kurma bukan sahaja makanan sunnah, malah 3 biji kurma sudah mencukupi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Berikut merupakan sebab mengapa buah kurma tidak seharusnya diamalkan pada bulan puasa sahaja. Ibu-ibu mengandung perlu mengamalkan buah kurma kerana ianya berkhasiat dan mempunyai kelebihan yang luar biasa.

7 khasiat kurma buat ibu mengandung

1. Membekalkan tenaga sepanjang hari

Ada sebabnya mengapa kurma diamalkan sepanjang bulan puasa. Hal ini kerana buah kurma berupaya membekalkan tenaga buat tubuh badan untuk bertahan seharian suntuk. Buah kurma mengandungi glukosa yang mencapai 50-57% iaitu kandungan glukosa yang amat tinggi dan disebabkan itu lah ianya tergolong dalam superfood. Tubuh badan kita memerlukan glukosa untuk membekalkan tenaga yang secukupnya. Oleh itu, kurma merupakan makanan yang sesuai sekali untuk mengelakkan ibu hamil daripada cepat berasa letih.

Buah kurma perlu diamalkan bukan sewaktu mengandung sahaja. Ianya amat sesuai sekali untuk diamalkan sewaktu hampir melahirkan anak kerana tempoh itu amat genting dan kita memerlukan sepenuhnya tenaga. Teruskan mengamalkan kurma dalam pemakanan seharian walaupun selepas bersalin kerana ianya mempunyai khasiat yang tinggi.

2. Membantu perkembangan bayi

Selain daripada mempunyai tahap glukosa yang tinggi, buah kurma juga mengandungi protein yang tinggi dan dapat membantu perkembangan bayi kerana ianya merupakan pembentuk utama sel manusia. Pemakanan ibu mempengaruhi perkembangan bayi jadi amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Buah kurma juga mengandungi kalium yang dapat meningkatkan rangsangan pada saraf. Ianya amat baik untuk membekalkan nutrisi bayi dalam kandungan.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Superfood ini mengandungi pelbagai nutrien penting buat tubuh badan. Ianya kaya dengan serat, riboflavin, kalium serta niasin yang membantu melancarkan sistem pencernaan serta mengelakkan sembelit. Sembelit adalah satu kondisi yang amat memeritkan buah ibu mengandung dan perlu dielak sama sekali. Tambahan pula, buat ibu yang baru selepas bersalin, sembelit akan menjadi satu penyiksaan buat mereka. Disebabkan itu lah pentingnya untuk mengamalkan pemakanan yang sihat.

4. Mencegah anemia

Sewaktu mengandung, badan anda akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi dan nutrien lain, tubuh anda mungkin tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang diperlukan. Masalah ini digelar sebagai anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Buah kurma dapat mencegah anemia kerana ianya kaya dengan zat besi yang tinggi serta kandungan kalsium yang turut menyokong perkembangan tulang.

5. Membantu pembentukan sel baru

Kandungan asid folik dalam buah kurma ini amat membantu pembentukan sel yang sempurna yang amat diperlukan untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Para doktor akan memberi ubat asid folik kepada ibu hamil untuk diamalkan pada setiap hari. Ini adalah penting agar bayi di dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup sifatnya. Selain ubat yang diberikan oleh pihak hospital anda boleh jadikan kurma sebagai tambahan sampingan.

6. Meningkatkan sistem imun

Mengikut kajian sains, buah kurma memiliki sifat anti-kanser. Ianya juga memiliki zat antioksidan yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Buah kurma dapat membantu menguatkan sistem imun badan buat ibu hamil. Dengan mengamalkan kurma, sistem imun ibu akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah diserang sebarang jangkitan.

7. Melancarkan penyusuan susu ibu

Kurma amat terkenal sebagai salah satu makanan yang dapat memproduksikan susu ibu. Terdapat pelbagai formula susu dipasaran yang menambah kurma di dalamnya kerana ia dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu badan ibu. Ianya adalah kerana kandungan nutrien yang tinggi dalam buah kurma membantu melancarkan penghasilan susu ibu.

Amalkan kurma setiap hari

Terdapat pelbagai cara untuk anda menikmati kurma. Cara yang paling mudah adalah dengan memakan sebegitu sahaja. Kurma amat manis dan lembut dan sedap dimakan sebegitu sahaja. Untuk cara yang lebih menarik dan kreatif, anda boleh campurkan kurma tanpa biji kedalam bijiran dan makan bersama susu. Selain itu, anda juga nikmatinya bersama oatmeal dan amalkan setiap pagi sebagai sarapan pagi. Jika anda mahukan sedikit kelainan dan berkelapangan, anda boleh mencuba membuat kek kurma ataupun biskut kurma. Tidak perlu ditambah sebarang gula kerana kurma itu sendiri sudah cukup manis.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan