HomeBlog6 Tips Penting Sebelum Membeli Buaian Buat Si Manja Anda

6 Tips Penting Sebelum Membeli Buaian Buat Si Manja Anda

6 Tips Penting Sebelum Membeli Buaian Buat Si Manja Anda

Buaian adalah satu kelengkapan buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Ianya memudahkan urusan kerja seharian kerana bayi akan cepat tidur apabila diletakkan di dalam buaian. Bayangkan jika bayi anda meragam dan diminta untuk didodoikan selama berjam-jam, pasti penat bukan? Terdapat bermacam jenis buaian yang ada di pasaran yang boleh membuatkan anda rambang mata. Dari buaian konversional, buaian elektrik, buaian mudah alih dan bermacam lagi. Usah rungsing, kami akan berikan anda tips berguna dalam memilih buaian mengikut kesesuaian anda dan bayi.

Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat sebelum membeli buaian buat si manja. Keselamatan dan keselesaan adalah tuntutan utama yang perlu diambil kira. Buaian juga bukan lah satu keperluan wajib, tetapi jika anda bercadang untuk membeli, cuba lihat tips-tips yang disediakan seperti berikut.

6 Tips Penting Sebelum Membeli Buaian Buat Si Manja Anda

1. Bajet

Sebelum anda pergi ke kedai barangan bayi dan meninjau, anda perlulah menetapkan bajet agar ianya masih lagi di bawah kemampuan diri. Buaian tidak semestinya perlu berjenama hebat dan mahal, buaian yang murah juga boleh memberikan keselesaan yang sama taraf. Tetapi, jangan lah terlampau kedekut sehingga membeli buaian yang tidak memenuhi ciri keselamatan bayi. Buaian yang terlampau murah, kemungkinan besar bahan yang digunakan cepat rosak, atau mungkin skrunya tidak kukuh dan menimpa bayi saat digunakan.

Berbelanjalah dengan bijak dan mengikut kemampuan diri. Selepas anda menetapkan bajet, barulah anda dapat menapis buaian yang masih di bawah bajet. Tidak lah anda akan rambang mata dan tidak dapat membuat keputusan.

2. Jenis buaian

Kalau dahulu terdapat buaian konvesional sahaja yang digunakan sejak turun-temurun, tetapi kini ibu bapa dilambakkan dengan pelbagai pilihan. Teknologi pembuatan barangan bayi makin maju dan semuanya bertujuan untuk menyenangkan kehidupan seharian. Terdapat pilihan buaian gantung, buaian manual, buaian automatik menggunakan bateri atau elektrik malah buaian automatik yang lengkap dengan musik sekali.

3. Saiz

Jadi yang mana satukah jenis buaian yang menjadi pilihan anda? Perlu diambil kira juga dengan keluasan rumah anda dan ruang yang mahu diletakkan buaian. Jika ruang tersebut terhad, maka buaian yang terlalu besar akan memakan ruang, buatlah pilihan yang bijak. Jika rumah anda tidak sesuai untuk buaian gantung kerana siling yang terlampau tinggi, jadi ianya tidak termasuk dalam pilihan anda.

4. Material buaian

Pilihlah buaian yang dibuat daripada bahan yang kukuh dan tahan lama. Ini kerana anda mahu gunakan buaian untuk tempoh masa yang lama dan juga jika ianya berkualiti, anda boleh simpan dan gunakan untuk anak pada masa hadapan tanpa perlu membeli yang baru. Memang harga buaian yang murah akan menarik perhatian kita tetapi semak dahulu material buaian tersebut. Asas yang kukuh akan membuatkan ianya utuh dan tahan lama. Buaian plastik amatlah tidak digalakkan. Bahan yang merbahaya untuk kesihatan bayi juga perlu dielakkan sama sekali.

5. Keselamatan

Keselamatan adalah penting buat si bayi. Jika anda memilih buaian jenis elektrik, adakah ianya selamat dan telah disahkan selamat untuk digunakan? Untuk buaian jenis gantung, adakah ianya kuat untuk menampung berat bayi anda? Sebelum membeli, semak dahulu kapisiti muatan bayi yang boleh ditampung oleh buaian tersebut. Semak ciri keselamatan lain seperti adakah terdapat tambahan keselamatan untuk mengelak bayi anda daripada terjatuh? Jika anak anda aktif bergerak, pilih buaian yang mempunyai harness untuk mengelak mereka daripada terjatuh. Tinggi buaian ke lantai juga perlu diambil kira.

6. Senang dibawa ke mana-mana

Jika bayi sudah terbiasa didodoikan menggunakan buaian, maka mereka akan berasa sukar jika tidak tidur didalam buaian saat melancong. Jika anda sering bergerak ke pelbagai tempat seperti sering menziarahi rumah keluarga di kampung, maka ianya satu pilihan yang tepat untuk memilih buaian yang mudah alih. Pilih buaian yang mudah dilipat, bersaiz kompak dan muat untuk dimasukkan ke dalam ruangan kereta. Cara ini akan menjimatkan wang anda daripada membeli 2 buaian berbeza – satu untuk digunakan dirumah dna satu lagi untuk dibawa ke mana-mana. Pastikan juga buaian jenis mudah alih ini mudah untuk dipasang dan tidak rumit.

Tips keselamatan menggunakan buaian bayi

Buaian digunakan untuk menenangkan dan mendodoikan mereka dengan mudah. Tetapi penting untuk anda memastikan ciri keselmatan merka terpelihara agar dapat mengelak sebarang kemalangan berlaku. Pertama sekali, pastikan anda membeli buaian yang mempunyai rangka berbentuk 4 segi kerana ianya lebih stabil daripada rangka yang berbentuk 3 segi. Sebelum menggunakan buaian, pastikan anda meletakkan tilam atau bantal sebagai alas jika bayi terjatuh dari buaian.

Laraskan buaian serendah yang mungkin bagi mengurangkan risiko kecederaan kritikal jika bayi terjatuh daripada buaian. Jika anda menggunakan buaian elektrik, pastikan motor buaian itu selamat dan tidak senang untuk jatuh ke atas bayi. Pastikan juga kawasan tersebut luas agar kepala bayi tidak terhentak ke dinding saat dibuai. Kes bayi mati secara mengejut sering kali berlaku akibat mereka lemat ditutup oleh selimut atau bantal. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan letakkan bantal atau selimut di atas muka bayi.

Jangan tinggalkan bayi tanpa pengawasan sama sekali. Jika fabrik buaian itu diperbuat daripada kain kapas bebenang, pastikan ianya tidak mudah untuk ditarik agar bayi tidak tercekik disebabkan oleh benang. Jika anda bercadang untuk membeli buaian, semak dan baca dahulu ulasan daripada pengguna-pengguna di luar sana sebelum membuat pilihan bijak. 100Comments menyediakan platform untuk pengguna berkongsi pendapat mereka mengenai sebarang produk.

Leave a comment