HomeBlog6 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Cepat Berhenti Minum Susu Botol

6 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Cepat Berhenti Minum Susu Botol

Menjadi kebiasaan untuk melihat anak kecil berumur 3-4 tahun masih lagi mengisap botol susu. Kadang-kadang ada juga anak kecil yang sudah berumur 6 tahun dan masih lagi tidak berhenti menghisap susu. Banyak ibu bapa yang memperkenalkan anak dengan susu formula sebagai ganti kepada susu ibu. Tetapi tahukah anda bahawa anak kecil yang berumur 2 tahun ke atas sepatutnya sudah berhenti menghisap susu atas faktor kesihatan?

Kanak-kanak yang terdedah pada botol susu dengan terlalu lama boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan yang boleh meninggalkan kesan dewasa nanti. Berikut adalah 6 risiko jika anak kecil berumur 2 tahun ke atas masih menghisap botol susu:

1. Kerosakan gigi

Kesan yang paling utama sekali apabila si kecil menghisap susu dalam tempoh yang lama ialah ia akan menjejaskan pertumbuhan gigi. Rahang dan gigi anak kecil sedang dalam proses pertumbuhan dan ianya boleh terganggu akibat penggunaan botol susu yang berlarutan. Gigi akan teralih tempat pada asalnya terutama sekali di bahagian depan. Gigi pada bahagian hadapan akan terkeluar kerana puting susu yang menolak tumbesaran gigi.

Penggunaan botol susu juga menyebabkan cecair terkumpul lebih lama di dalam mulut. Ianya boleh menjadi lebih teruk jika ibu bapa membiasakan si kecil minum air manisan, teh atau jus menggunakan botol untuk menggantikan susu. Jika anda membiarkan si kecil tidur dengan menghisap botol susu, mulut mereka akan menghasilkan kurang saliva (air liur) yang bertindak membersihkan sisa makanan semasa tidur.

2. Kurang berminat untuk makan

Meminum daripada botol susu berbeza dengan memakan ‘solid food’. Meminum daripada botol susu hanya melibatkan proses menelan manakala memakan memerlukan mereka untuk mengunyah dan menggerakkan otot mulut. Apabila si kecil sudah terbiasa kenyang dengan cara minum susu, mereka akan hilang minat untuk makan makanan sebenar dan ianya membantutkan tumbesaran mereka.

Tindakan mengunyah makanan adalah penting untuk menguatkan otot rahang bayi dan sebab itulah anak kecil diperkenalkan dengan makanan tambahan apabila berumur 6 bulan lagi. Otot ini perlu digerakkan bukan sahaja untuk mengajar mereka mengunyah tetapi juga membantu mereka untuk bertutur.

3. Kurang bekalan nutrisi

Susu kaya dengan protein dan boleh mengenyangkan tetapi susu tidak terkandung kesemua nutrisi yang diperlukan. Anak kecil masih memerlukan makanan sebenar yang seimbang seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bermacam lagi. Anak yang minum susu formula terlalu banyak tidak akan mengalami masalah berat badan tetapi tubuh badan mereka tidak menyerap pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rambut, mata dan kulit boleh dilihat tidak bermaya kerana kekurangan zat besi dan nutrisi yang diperlukan.

4. Memilih makanan

Anak yang sering meminum susu botol akan menjadi sukar untuk mencuba makanan lain. Oleh itu, mereka sukar untuk menerima rasa baru dalam makanan. Ini merupakan punca utama mengapa kanak-kanak menjadi seorang yang suka memilih makanan.

Libatkan anak kecil anda sewaktu makan bersama keluarga. Pastikan juga jadual makan diikut dengan tertib dan hidangkan mereka dengan makanan yang dimakan oleh ahli keluarga yang lain agar mereka didedahkan dengan pelbagai rasa. Biasakan dengan rutin ini dan tidak lah mereka mengadu lapar lewat malam kerana mereka tidak makan waktu makan malam bersama keluarga tadi.

5. Perut tidak selesa

Selalunya anak kecil yang berumur 2 tahun sudah boleh memegang botol susu mereka sendiri. Sering kali kita lihat anak kecil tidak lepas botol susu di tangan walaupun botol tersebut kosong. Mereka sudah terbiasakan diri mengisap susu botol dan perkara ini boleh mendatangkan masalah kesihatan.

Menghisap botol susu kosong akan menyebabkan perut kembung kerana udara yang ditelan masuk ke dalam perut. Anak kecil yang mengalami perut kembung akan senang untuk meragam dan menangis kerana tidak selesa. Apabila ini berlaku, ianya akan menyukarkan ibu bapa.

6. Sukar untuk berhenti

Semakin lama dibiarkan anak kecil menghisap botol susu, makin lama untuk menghentikannya. Proses untuk menceraikan anak kecil daripada botol susu mengambil masa yang lama dan ianya melecehkan. Ianya teramat lah sukar dan mereka akan menangis, tidak mahu makan dan berkepit sepanjang masa kerana tidak diberikan botol susu. Bersabar lah buat para ibu sepanjang tempoh ini.

Proses ini hanyalah sementara. Mereka akan perlahan-lahan kurang menghisap botol susu dan cuba untuk tarik perhatian mereka dengan mengajaknya bermain atau melakukan perkara lain. Benar, mereka akan berhenti menghisap susu dengan sendirinya tetapi jika lambat ditegah, boleh terjadi mereka akan terus menghisap botol susu sehingga berumur 6 tahun.

Sebagai alternatif, para ibu bapa boleh mengajar anak mereka menggunakan ‘sippy cup’. Cuba perlahan-lahan dedahkan mereka dengan sippy cup berbanding botol susu. Sippy cup lebih selamat kerana ianya tidak mempunyai puting yang boleh merosakkan gigi dan prosesnya sama seperti minum air dari dalam cawan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan