HomeBlog5 Pes Masakan Ini Boleh Memudahkan Kaum Ibu Di Bulan Puasa

5 Pes Masakan Ini Boleh Memudahkan Kaum Ibu Di Bulan Puasa

Bulan Ramadhan ini sudah pasti kaum ibu makin sibuk di dapur menyediakan juadah berbuka untuk seisi keluarga. Bayangkan anda pulang dari pejabat pukul lima dan terus menuju ke dapur untuk menyediakan lauk pauk. Sudah pasti anda akan berasa letih ditambah lagi dengan berpuasa.

Buat kaum ibu, anda tidak perlu lagi berhempas-pulas di dapur setiap hari menyediakan juadah berbuka. Puan Awien Arif telah kongsikan teknik untuk memudahkan dan menjimatkan masa serta tenaga ketika memasak di bulan puasa ini. Tekniknya di sini adalah dengan menyediakan pes-pes masakan yang sering kali digunakan terlebih awal dahulu. Sediakan pes dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti ais dan keluarkan sahaja apabila diperlukan. Ibu mertua tiba-tiba mahu berbuka di rumah? Tiada masalah, pes-pes masakan ini adalah penyelamat anda! Jom tengok bagaiman cara membuat pes-pes masakan dan kegunaannya.

1. Pes cili kering

Pes cili kering adalah salah satu pes yang wajib ada dalam peti ais kerana banyak masakan melayu yang memerlukan pes ini. Untuk memudahkan kerja anda, simpan bekalan pes cili kering agar mudah untuk digunakan pada bila-bila masa. Rebus cili kering mengikut kuantiti yang anda mahu dan kemudian toskan cili tersebut dan kisar sehingga halus. Kisar sekali bawang besar serta bawang putih bersama dengan cili kering tersebut. Anggarannya adalah cili kering lebih kurang setengah kilogram dan bawang besar empat biji serta bawang putih 10 biji.

Pes cili kering ini boleh digunakan untuk memasak bihun goreng, mee goreng, kuetiaw goreng, maggie goreng mahupun nasi goreng untuk juadah bersahur. Selain itu, anda boleh gunakan pes ini untuk memasak asam pedas dan beraneka jenis sambal seperti sambal sotong, sambal ikan, sambal ayam dan sebagainya. Pastikan anda simpan pes ini dengan rapi dan tutup dengan kemas agar ianya tahan lama.

2. Pes ikan bakar

Pes ikan bakar ini bukan hanya diperlukan untuk membakar ikan, malah anda boleh gunakan pes ini untuk pelbagai jenis masakan juga. Cara untuk membuat pes ini adalah dengan mengisar serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawnag besar, bawang putih serta cili kering. Kuantiti untuk kesemua bahan ini adalah bergantung pada anda dan dicadangkan untuk anda lebihkan serai kerana ianya mengeluarkan aroma yang wangi. Selepas anda selesai kisar kesemua bahan, pastikan anda masak dahulu dan masukkan gula merah dan garam secukup rasa sebelum disimpan ke dalam peti ais.

Keluarkan pes ini jika anda bercadang untuk memasak ikan baka, kerutuk, kuzi, ayam masak merah malah rendang ayam, daging mahupun kerang. Mudah betul! Anda boleh simpan pes ini untuk kegunaan hari raya kelak.

3. Pes masak lemak

Pes ini juga sama pentingnya kerana sering kali digunapakai ketika memasak. Cara-cara menyediakan pes ini adalah dengan sediakan bawang besar tiga biji, bawang putih lapan biji, halia, kunyit hidup, serta cili hijau bergantung pada tahap kepedasan masing-masing. Kisarkan kesemua bahan dan simpan di dalam bekas dan tutup dengan kemas. Anda boleh gunakan pes ini utnuk memasak pelbagai jenis gulai lemak seperti gulai lemak ayam, daging dan hanya perlu menambah santan sahaja.

4. Pes cili padi serbaguna

Pes cili padi ini amat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu mengisar cili padi bersama bawang merah kecil dan bawang putih. Ianya amat berguna untuk kegunaan di dapur dan anda tidak perlu lagi untuk mengisar cili dan mengambil masa lama untuk melakukan persediaan. Pes ini mempunyai banyak kegunaan seperti untuk memasak nasi goreng cili padi, nasi goreng cina, bihun goreng Singapore, maggie goreng, sambal ayam hijau, ikan sambal cili padi atau juga utnuk segala jenis tumis.

5. Pes kari

Buat peminat kari, apa kata anda mudahkan sesi memasak seharian dengan menyediakan pes terlebih dahulu? Pes kari ini amat mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu mencampurkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup yang telah dikisar bersama dengan serbuk kari ikan atau ayam yang boelh didapati di kedai. Anak anda mahu berbuka dengan lauk kari ayam? Tambahkan sahaja pes ini dalam masakan dan tidak perlu lagi untuk mengisar atau menumbuk bawang.

Pes ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan kari seperti kari ayam, kari daging, kari telur malah ikan bakar ala Portugis.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memudahkan tugas seharian di dapur di waktu bulan Ramadhan ini. Selamat mencuba ibu ibu semua

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan