HomeBlog5 Lokasi Tumpuan Untuk Membeli Persiapan Baju Raya

5 Lokasi Tumpuan Untuk Membeli Persiapan Baju Raya

Sedar tak sedar sudah tinggal kurang dari sepuluh hari sahaja lagi bulan Ramadan bakal meninggalkan kita. Masing-masing pasti sedang sibuk membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya dan ramai juga yang gemar melakukan “shopping last minute” kerana dikatakan suasananya lebih meriah dan jika bertuah boleh dapat diskaun yang jauh lebih murah.

Jika anda tiada masa untuk membuat persiapan raya demi tuntukan kerja, jangan risau kerana terdapat beberapa lokasi “hot spot” yang dibuka sehingga lewat malam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Anda boleh mencari baju melayu selepas pulang bekerja malah pada malam Hari Raya juga! Jika anda bercadang untuk ke lokasi-lokasi bazar raya ini, pastikan anda rancang dahulu perjalanan untuk mengelak kesesakan.

1. Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)

Jalan TAR mungkin sudah tidak asing lagi bagi anda semua kerana ianya cukup popular apabila menjelang bulan puasa dan juga Hari Raya. Ianya menjadi pilihan utama buat mereka yang tinggal atau juga bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Bazar raya di Jalan TAR ini cukup meriah dengan pelbagai jenis kedai menjual baju raya, kuih-muih dan sebagainya pada harga yang jauh lebih murah. Ramai yang mengambil peluang untuk datang ke Jalan TAR pada lewat malam untuk membeli-belah kerana ianya dibuka sehingga lewat pagi. Keadaan yang cukup sesak mungkin agak tidak sesuai untuk membawa anak kecil.

2. Jalan Masjid India

Jikalau anda ke Jalan TAR, sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untu berkunjung ke bazar di Jalan Masjid India juga. Ianya terletak berdekatan dan boleh berjalan kaki sahaja. Tempat ini tidak begitu sesak seperti di Jalan TAR, jadi anda boleh memilih baju dengan lebih selesa. Pelbagai barangan persiapan raya boleh didapat di sini termasuklah barang perhiasan seperti songkok, tudung, sampin dan bermacam lagi.

3. Bangi Sentral

Jika di Kuala Lumpur terkenal dengan bazar Raya di Jalan TAR, di Bangi pula amat terkenal sekali dengan Bangi Sentral. Kawasan ini menjadi tumpuan pembeli apabila menjelang raya dan ianya menjadi amat sesak sekali terutama sekali pada waktu hujung minggu. Apa yang menariknya di Bangi Sentral ini adalah anda dihidangkan dengan bermacam jenis kedai dan butik pakaian di sana yang boleh membuatkan anda rambang mata. Ianya menghimpunkan butik-butik online di bawah satu bumbung. Jika anda berminat membeli belah online tetapi mahu melihat sendiri pakaian tersebut, boleh datang ke kedai mereka di Bangi Sentral.

4. Seksyen 7, Shah Alam

Terletak berhadapan dengan UiTM Shah Alam, Seksyen 7 ini menjadi tumpuan pengunjung bukan hanya pada waktu bulan puasa. Lokasinya yang strategik menjadikan ianya mudah buat para pelajar di Shah Alam untuk membeli-belah. Terdapat pelbagai jenis butik pakaian daripada butik biasa sehinggalah eksklusif yang menawarkan pelbagai jenis rekaan baju. Salah satu tumpuan pengunjung ke sini adalah kerana Jakel di Seksyen 7 besar dan selesa untuk membeli kain baju raya. Pastikan anda rancang perjalanan kerana tempat letak kereta sedikit terhad.

5. PKNS Shah Alam

Tumpuan lain bagi penduduk sekitar Shah Alam sudah tentunya plaza PKNS. Kawasannya yang luas, mudah untuk mencari tempat letak kereta dan selesa untuk membeli-belah menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung. Plaza PKNS menawarkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang jauh lebih murah berbanding di butik. Jika anda bercadang untuk membeli belah di kawasan yang tidak sebegitu padat, boleh lah ke plaza PKNS Shah Alam.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan