HomeBlog5 Aktiviti Ko-Kurikulum Eksklusif di Sekolah Antarabangsa

5 Aktiviti Ko-Kurikulum Eksklusif di Sekolah Antarabangsa

Tahukah anda bahawa di sekolah antarabangsa, pelajar tidak hanya ditekankan kepada aspek akademik sahaja. Di sini, kanak-kanak berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum atau kurikulum tambahan.

Sekolah antarabangsa menyediakan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti luar kelas bagi melahirkan pelajar yang bijak dan aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum. Selain itu, aktiviti kurikulum tambahan ini juga disediakan bertujuan untuk membina karakter pelajar dengan menyertai serta mempelajari kemahiran-kemahiran baru, di samping menikmati aktiviti di luar kelas. Melalui aktiviti ko-kurikulum, kanak-kanak dapat membina hubungan kekitaan, belajar tentang kerja berpasukan, amalan bekerjasama serta bertolak-ansur.

Disebabkan itulah, kebanyakan sekolah antarabangsa turut mengutamakan aktiviti ko-kurikulum dalam pembelajaran mereka. Berikut merupakan lima aktiviti ko-kurikulum yang eksklusif terdapat di sekolah antarabangsa:

Kemudahan lengkap: Fasiliti ko-kurikulum yang lebih lengkap merupakan antara salah satu sebab mengapa ramai ibu bapa tertarik untuk menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa.

1. Renang

Kebanyakan sekolah antarabangsa menyediakan kolam renang untuk ahli kelab renang di sekolah. Kemudahan kolam renang yang disediakan memudahkan ahli kelab untuk menjalankan aktiviti, belajar dan berlatih berenang di sana. Dengan mengupah jurulatih renang profesional, anak anda akan bersedia menjadi pakar renang selepas ini.

Selain itu, kolam renang ini juga terbuka kepada setiap pelajar di mana mereka boleh menjadikannya sebagai salah satu aktiviti bersukan di waktu senggang.

2. Badminton

Salah satu sukan kegemaran pelajar ialah badminton. Di sekolah antarabangsa, para pelajar berpeluang bermain badminton di gelanggang badminton khas. Rata-rata dewan sukan yang disediakan keluasannya lebih kurang sama seperti dewan badminton yang ada di luar.

3. Muzik

Sekolah antarabangsa menyediakan kelas muzik untuk para pelajarnya. Dalam kelas tersebut, para pelajar berpeluang untuk belajar bermain alat muzik dan mempelajari kod muzik serta vokal. Di sini, kanak-kanak boleh memilih instrumen muzik yang ingin dipelajari seperti gitar, piano, keyboard, biola, dram, bass ataupun saksofon. Kelengkapan instrumen muzik yang lengkap dapat melatih kanak-kanak meminati muzik sekali gus mengasah bakat mereka dalam bidang seni. Jika bernasib baik, sekolah antarabangsa ada yang turut menyediakan bilik khas untuk para pelajar jamming.

4. Fotografi

Adakah anak anda minat menangkap gambar? Kebanyakan sekolah antarabangsa menyediakan kelab fotografi untuk pelajar sekolah menengahnya. Menariknya, anak anda akan berpeluang mempelajari cara menangkap gambar yang betul dengan menggunakan kamera DSLR (Digital Single-Lens Reflex) atau dalam bahasa Melayunya, Pantulan Lensa Tunggal Digital.

5. Seni Lukis

Sama seperti sekolah nasional, sekolah antarabangsa juga menyediakan kelab seni lukis untuk para pelajarnya. Namun, bezanya, kemudahan yang disediakan lebih lengkap di mana terdapat satu bilik khas untuk para pelajar ‘meluahkan’ ilham ala artis atau pelukis profesional. Dengan menyediakan kertas lukisan, papan lukisan, berus dan warna lukisan, anak anda tentu teruja mengeluarkan bakat seni yang ada dalam diri mereka. Oh ye! Tenaga pengajar yang ada juga sudah tentu yang mahir dalam bidang seni lukis!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan