HomeBlog4 Idea Mainan Kreatif untuk Anak (& Ibu)

4 Idea Mainan Kreatif untuk Anak (& Ibu)

Sudah menjadi sifat semula jadi kanak-kanak untuk gemar bermain. Jadi, ibu bapa boleh ambil peluang itu untuk memasukkan pembelajaran dalam aktiviti mainan si kecil. Kami himpunkan 4 idea mainan kreatif untuk anak anda dan juga untuk hiburan si ibu.

Setiap ibu bapa tentu mahukan aktiviti mainan yang dilakukan oleh anaknya bukan sahaja dapat memberi keseronokan, bahkan juga dapat merangsang perkembangan mental dan fizikal mereka. Tidak dinafikan, pengalaman bermain yang kreatif dan imaginatif memainkan peranan dalam membentuk perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Anda boleh merangsang kreativiti kanak-kanak menerusi mainan dan turut serta dalam aktiviti tersebut. Berikut merupakan beberapa idea untuk anda.

Olok-olok

Kanak-kanak memang gemar berimaginasi seperti berpura-pura menjadi cikgu, doktor, polis dan puteri raja. Dan, kanak-kanak prasekolah lebih suka gaya spontan dalam permainan mereka. Jadi, semasa anda bermain ‘olok-olok’ dengan si manja, biarkan dia yang mengemudi permainan. Ada ketikanya, anak anda mahukan anda untuk turut serta dalam lakonan ‘olok-olok’ mereka, jadi dengan cara ini anda boleh membantunya mengembangkan kemahiran dan memahami si kecil dengan lebih baik. Anda juga boleh menambah satu-satu insiden bagi mengajar si cilik menyelesaikan masalah dan menanganinya. Selain dapat mengasah minda kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan di antara anda, si cilik dan keluarga.

Bukan sekadar membaca

Membaca diketahui dapat merangsang minda kanak-kanak. Mulakan aktiviti dengan membaca buku yang mempunyai banyak warna bagi menarik minat anak anda. Ajak anak anda duduk sekali dan bukalah buku serta ajarnya membaca. Selain dapat mengeratkan hubungan, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran si kecil dalam mengenal huruf. Selepas habis membaca, berbincanglah dengan anak anda mengenai buku yang dibaca bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasanya.

Ubah cara menonton

Saluran media yang satu ini memang tidak boleh dipisahkan daripada kanak-kanak. Luangkan masa sekeluarga bersama kanak-kanak dengan memilih rancangan yang bercorak pendidikan bersesuaian dengan minatnya. Meskipun rancangan yang ditonton merupakan program kartun, anda masih boleh menguji pemahaman anak anda dengan memintanya bercerita mengenai apa yang ditonton. Ada sesetengah kartun yang memaparkan aspek negatif, ketika inilah anda perlu menjalankan peranan anda. Beritahu kesan negatif daripada watak kartun tersebut.

Uji minda

Kanak-kanak memang gemar bermain. Namun sebagai ibu bapa, anda perlu bijak memilih permainan yang sesuai untuk anak anda. Cari permainan yang mempunyai peraturan seperti catur, Monopoly dan Sahibba. Aktiviti seperti ini dapat mengajar kanak-kanak untuk bersabar, menunggu giliran dan berdisiplin.

Selain itu, anda juga boleh membelikan anak anda permainan menguji minda seperti teka-teki, silang kata atau jigsaw puzzle. Kebanyakan kanak-kanak menggemari permainan seperti ini yang dapat merangsang minda dan pergerakannya. Tak percaya? Lihatlah wajah gembira anak anda jika mereka berjaya menyelesaikan permainan tersebut.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan