HomeBlog4 Cara Kreatif Mengajar Anak Anda Agar Mahir Menulis Abjad

4 Cara Kreatif Mengajar Anak Anda Agar Mahir Menulis Abjad

Kanak-kanak kini perlu memahirkan diri dengan pelajaran asas agar tidak ketinggalan. Tidak dinafikan silibus pembelajaran kian sukar seawal Darjah 1 lagi dan mereka perlu cepat. Jika ibu bapa tidak memulakan dari rumah, maka mereka akan ketinggalan jauh di dalam kelas kelak.

Cuba minta anak kecil anda menyanyikan lagu ABC, mereka pasti dapat menyanyikan tanpa sebarang masalah. Tetapi, apabila diminta menuliskan abjad, mereka akan mengalami sedikit masalah dan ada yang hanya tahu untuk menulis abjad A,B dan C sahaja. Jangan biarkan anak anda ketinggalan dalam pelajaran dengan mengajar mereka menulis abjad dengan cara yang paling kreatif.

Selain daripada membelikan mereka buku-buku latihan, ada pelbagai lagi cara lain yang kreatif untuk menarik minat mereka untuk belajar. Memaksa mereka untuk menyiapkan buku latihan mungkin sedikit membosankan, jadi gunakan kaedah mengajar yang menarik dan menggembirakan. Berikut adalah 4 cara kreatif mengajr anak anda agar mahir menulis abjad yang anda boleh cuba praktiskan:

1. Gunakan objek-objek mudah

Sebagai ibu bapa, kaedah pertama yang anda boleh gunakan adalah mengajar anak anda dengan menggunakan objek. Tuliskan abjad pada kad manila dengan bersaiz besar dan minta anak anda isikan atau ‘warnakan’ abjad tersebut dengan objek yang bermula dengan huruf yang ditulis.

Sebagai contoh, jika anda menuliskan abjad “C” sediakan coklat di dalam satu bekas dan minta anak anda memnuhkan abjed tersebut dengan coklat. Ini dapat mengajar mereka mengenali abjed serta objek-objek yang bermula dengan huruf tersebut. Jika anda mahu menjimatkan kos, anda boleh beli papan putih di kedai MR. DIY yang berharga kurang dari RM5 dan tuliskan abjad dengan menggunakan pen marker.

2. Bentukkan abjad menggunakan play-doh

Kaedah kedua yang berkesan yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan aktiviti membentuk abjad menggunakan “pay-doh”. Kanak-kanak amat menggemari bermain dengan play-doh dan ini daapt memberikan mereka kebebasan bermain dan dalam masa yang sama menarik minat mereka untuk belajar. Mulakan dengan abjad-abjad yang mudah untuk mereka bentuk dahulu dan kemudian tingkatkan kesukaran membentuk dengan abjad-abjad yang sukar seperti “S”.

Aktiviti ini mungkin akan menjadi sedikit kotor, maka sediakan kain atau lapikkan atas surat khabar agar play-doh tidak melekat di atas lantai dan sebagainya. Play-doh boleh didapati dalam pelbagai warna menarik untuk menarik minat anak anda pada harga yang murah.

3. Mengeja abjad dengan bijirin sarapan pagi

Jika anda anda sudah mahir melakukan kaedah pertama dan kedua iaitu mengisi ruang kosong untuk menulis abjad, anda boleh naikkan tahap kesukaran dengan melatih mereka menulis abjad dengan sendiri tanpa penggunaan template. Aktivit ini boleh dilakukan di dapur sewaktu sarapan pagi dengan memberikan mereka semangkuk bijirin berwarna-warni dan minta mereka mengeja abjad di atas meja makan.

Pastikan anda memantau sepanjang aktiviti ini berjalan agar tidak berlaku sebarang kemalangan kecil seperti tercekik dan sebagainya. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan menyuruh mereka menuliskan beberapa abjad dahulu sebelum makan.

4. Gunakan deria sentuhan

Belajar menulis abjad pada buku latihan mungkin sedikit membosankan. Anak kecil juga masih tidak mahir untuk mengenggam pensel dengan sebaiknya. Oleh itu, anda boleh melakukan latihan pembelajaran dengan cara yang kreatif iaitu dengan menggunakan pasir berwarna. Ianya adalah aktiviti yang menyeronokkan buat kanak-kanak!

Untuk melakukan aktiviti ini, anda boleh sediakan pasir di dalam satu bekas leper dan berikan pada anak anda untuk memahirkan diri menulis abjad. Pastikan aktiviti ini dilakukan pada ruang yang luas dan juga senang untuk dikemaskan kerana pasti pasir akan jatuh disekeliling anak anda dan bertaburan.

Selain penggunaan pasir, anda boleh gunakan water colour juga agar lebih menarik. Mahu lakukan sesuatu yang lain daripada biasa? Gunakan objek yang boleh dimakan seperti coklat cair dan anak anda akan lebih menyukainya.

Jadikan pembelajaran satu aktiviti yang menyeronokkan!

Berikut adalah aktiviti yang boleh anda cuba praktiskan pada anak anda untuk mengajar menulis abjad. Tetapi pastikan juga anda mengajar mereka cara untuk memegang pensel dan menulis dengan betul. Anda juga boleh menggunakan alat permainan berilmiah untuk mengajar si manja mengenali abjad. Klik pada pautan untuk senarai pilihan permainan buat si manja yang mungkin anda gemari.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan