Ramai yang menggemari sardin tin untuk dijadikan sebagai lauk mudah jika kehabisan barang di dapur atau juga jika kesuntukan masa. Ada juga yang membeli sardin tin sebagai simpanan ketika kesempitan wang di hujung bulan. Buat mereka yang gemar membeli sardin tin, ada satu berita penting buat anda semua. Berhati-hati dalam memilih jenama sardin tin selepas ini.
Cacing dalam sardin tin yang dibeli
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan laporan bahawa terdapat cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin yang diimport dari negara China yang kian menular di sosial media. Pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk tersebut.
Berhati-hati dengan jenama sardin dalam tin ini
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa Kementerian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan analisis terhadap jenama TL Tan Lung serta TLC dan mendapati kedua-dua jenama ini tidak mematuhi akta makanan 1983. Jenama sarin tin ini mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp. Pihak KKM telah mengarahkan syarikat pengimport yang terlibat untuk menarik balik produk tersebut.
Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan pengguna agar mendapatkan pengesahan daripada pihak kesihatan untuk sebarang maklumat mengenai produk makanan. Pengguna juga boleh layari laman web untuk membuat sebarang aduan mengenai produk makanan yang tidak bersih dan selamat untuk dimakan.