“Aduh peningnya kepala bila kena fikir warna tema majlis kahwin nanti. Bukan apa, kena suaikan agar sepadan dengan kulit bakal suami yang sawo matang. Tersalah pilih warna, ‘tenggelam’ pulak pengantin lelaki. Kesian nanti jadi bahan usikan saudara mara dan kawan-kawan.

Punyalah banyak  warna di dunia ni pun masih ada masalah hendak memilih. Aduhai, macam mana ni, lagi dua bulan je majlis kahwin. Banyak kerja  tak setel gara-gara warna tema tiada lagi.”

Jangan panik!

Banyak laman web yang berkongsi idea mengenai pemilihan warna unntuk tema kahwin. Antara yang menarik adalah laman web www.elegantweddinginvites.com,  yang menyenaraikan beberapa warna TERHANGAT  yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk majlis kahwin anda. Menarik bukan?

Terdapat pula satu laman web pengantin tempatan yang menyarankan bukan dua kombinasi warna TETAPI tiga warna untuk anda guna pada majlis kahwin! Lagi banyak warna, lagi meriah majlis kahwin anda nanti. Warna-warna yang disarankan pula lebih kepada warna-warna ceria yang pastinya menambah seri suasana di majlis kahwin.

Rata-rata warna yang disarankan adalah kombinasi dua dan tiga  warna yang kontra dan nampak agak mustahil untuk dipadankan tetapi apabila digunapakai sebagai tema di majlis kahwin, terserlah keserian aura mewah, segar, elegan dan yang penting, tampil lain dari yang biasa.

Belum cuba, belum tau bukan?

Inilah warna-warna gabungan yang disarankan oleh kedua-dua laman web pengantin tersebut:

Dusty Rose + Hijau

Perempuan memang sinonim dengan warna merah jambu kerana ia tampil feminin. Namun tidak semua juga menyukai tema dan warna yang terlalu terang ini kerana terlalu menonjolkan sifat ‘feminin’. Jika anda di golongan kedua, maka anda boleh guna kombinasi warna Dusty Rose yang tidak terlalu kuat warna merah jambunya bersama warna hijau. Ini kerana warna hijau yang sinonim sebagai warna alam memang sesuai untuk apa jua suasana majlis malah dapat membangkitkan suasana alam yang harmonis.

Lavender + Lilac

Ungu adalah warna yang ceria dan garang. Untuk tampil lebih menarik, gabungkannya bersama warna Lilac yang lembut. Kombinasi warna segar Lilac bersama ungu garang dengan sedikit sentuhan warna putih terutama di hiasan pelamin dan bunga-bunga sekeliling pelamin pastinya memberi  impak menakjubkan. Cubalah sendiri di majlis kahwin anda dan pasti menyukai gabungan warna-warna ini.

Hitam+Putih+Emas

Bagi yang sukakan tema klasik, warna ini untuk anda. Kombinasi warna yang simple tetapi impaknya mampu menambah seri dalam majlis perkahwinan lebih-lebih lagi jika penggunaan deko dan aksesori pengantin rona Emas digunakan dalam majlis kahwin. Penggunaan permaidani tebal daripada warna itu di sekeliling pelamin juga mampu menaikkan seri di majlis kahwin. Pengantin lelaki juga pastinya nampak cukup segak jika memakai persalinan dari ketiga-tiga warna tersebut.

Merah Vintage + Peach

Bagi pasangan pengantin yang mempunyai personaliti yang lincah, aktif dan bubbly, digalakkan memilih rona ceria ini. Warna merah misalnya memang sinonim dengan agresif dan lasak. Tidak semestinya memakai busana pengantin dari rona merah yang pastinya memukau semua mata jemputan yang datang tetapi boleh sahaja dipadankan rona ceria ini pada dekorasi bunga-bunga di sekeliling pelamin, bunga pahar dan aksesori pengantin yang lain bersama rona Peach yang lembut.

Biru Gelap + Mauve

Ada juga pasangan pengantin yang kurang suka dengan warna-warna ceria dan kontra lebih-lebih lagi pada tema dan busana pengantin kerana bagi mereka ia terlalu menonjol dan menimbulkan rasa tidak selesa. Kombinasi warna ini sesuai untuk golongan sebegini kerana warna-warnanya yang lembut bukan sahaja memberi suasana redup malah dapat memberi ketenangan sepanjang majlis kahwin.

Champagne Gold + Wine Red

Wine Red seakan-akan warna merah bata ini adalah antara warna trend masa sekarang. Tidak terlalu garang dan tidak terlalu lembut menjadikan penampilan busana pengantin yang memakai warna ini berseri-seri. Warna emas kuning Champagne Gold pula memberi sentuhan klasik.

Biru

Biru sesuai dengan apa jua warna kulit lebih-lebih lagi dalam memilih busana pengantin yang sesuai. Jadi yang bimbang dengan pemilihan warna sesuai dan selamat, biru adalah warna yang tepat. Untuk kelihatan lebih menarik dan eksklusif, guna warna tona biru dari biru pekat hinggalah kepada biru cair.

Off White + Greenery

Warna tema berunsur alam semula jadi ini memang sesuai untuk semua majlis sama ada majlis kahwin, majlis tunang mah pun majlis keraian. Yang penting, sejauh mana kreativiti yang digunakan dalam majlis agar nampak elegan, segar dan menarik di mata tetamu yang hadir. Sesuai jika digunakan dalam majlis kahwin yang berkonsep Casual Garden.

Magenta + Poppy + Kuning

Hanya mereka yang berani sahaja boleh memilih kombinasi warna ini kerana tidak semua menyukai warna kuning yang terlalu menonjol. Namun apabila warna kuning digabungkan bersama dua warna ini, ia blend bersama dengan baik dan hasilnya pasti memukau!

Ungu+Burgundy+Oren

Warna-warna yang terang ini bukan sahaja menaikkan seri dan ketrampilan pengantin malah menghidupkan suasana majlis kahwin dengan warnanya yang ceria.

Tangerine+Oren+Kuning

Warna buah-buahan sitrus ini juga tidak kurang hebatnya. Ia dapat menyerikan majlis kahwin  dengan warna-warnanya yang terang dan ceria. Jika anda inginkan suasana yang HANGAT, maka pilihlah kombinasi warna ini.

Cinnamon+Kuning+Beige

Masih mengguna kombinasi warna kuning, kali ini ia dipadankan dengan warna-warna pastel yang lembut. Agak kontra, namun kombinasi ketiga-tiga warna ini menyerlahkan aura elegan dan eksklusif. Pasti pasangan pengantin berjalan dengan penuh keyakinan.

Aqua+ Merah Ceri +Khaki

Warna Aqua memang cantik dipadankan dengan Merah Ceri dan tampil lembut apabila digandingkan bersama warna Khaki. Pemilihan warna yang sesuai jika anda tidak suka warna yang terlalu ceria namun dalam masa sama, terserlah aura kecantikan.

Peach Rose+ Biru Quartz

Kombinasi kedua-dua warna ini turut dikenali sebagai warna Pantone. Warna ini semakin mendapat perhatian di Barat dan bakal terkenal di Malaysia kelak. Kelembutan warna Peach Rose pasti menjadi bualan ramai dan bertambah seri apabila digandingkan bersama warna Biru Quartz.

Moroccan

Idea Timur Tengah ini juga boleh dipilih bagi pasangan pengantin yang berani mencuba sesuatu yang baru. Ini kerana penggunaan warna-warna terang dan ceria ini dalam majlis kahwin memberi aura eksotik dan sangat menonjol. Penggunaan pencahayaan lampu-lampu dengan gaya Moroccan pasti menambah lagi suasana Timur Tengah yang vibrant dan energetic.

Shabby Chic

Gaya moden dan feminine dan dalam masa sama memberi suasana romantis. Ia biasanya melibatkan banyak dekorasi bunga dan lace yang memberi sentuhan feminin. Warna-warna pastel digandingkan dalam tema ini.

Tak cuba lagi, tak tahu kan.

Ada kalanya, pengantin perlu berani bermain dengan warna agar majlis kahwin yang diimpikan menjadi satu majlis yang bakal memberi banyak kenangan  manis dan indah malah tetamu yang datang juga terpesona dengan konsep tema dan warna yang diketengahkan.

Untuk pakej-pakej lengkap kahwin, dewan serta pelamin, sila layari kahwin.feedmyguest.com