HomeBlog12 Makanan untuk Kesuburan

12 Makanan untuk Kesuburan

Bagi pasangan yang merancang untuk hamil, perkara penting yang perlu anda ambil peduli ialah pemakanan anda! Pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi bakal melahirkan bayi yang sihat dan cerdas. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa bukan hanya isteri sahaja yang perlu menjaga pemakanan mereka, sebaliknya pemakanan sang suami juga perlu dititikberatkan.

Bawang putih
Bawang putih merupakan bahan penyedap yang kerap digunakan dalam masakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita kurang gemar meletakkan terlalu banyak bawang putih dalam masakannya dek kerana baunya yang kuat dan tidak merangsang mood romantik. Bawang putih mengandungi selenium dan Vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat. Sumber selenium ini sangat baik bagi kesuburan lelaki dan membantu mencegah kromosom dari terpecah.

Susu
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sumber kalsium ini dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Kajian di United Kingdom menunjukkan wanita yang menikmati sekurang-kurangnya satu sajian penuh dari produk tenusu setiap hari kurang berdepan dengan masalah kesuburan. Selain itu, banyak kajian yang dilakukan memperlihatkan kebaikan pengambilan kalsium yang boleh menyihatkan reproduksi wanita.

Daging
Daging mengandungi zink yang dapat membantu menghalang radikal bebas daripada mendekati dan mengurangkan kualiti sperma. Zink di dalam daging akan menghalang testosterone daripada bertukar menjadi estrogen yang akan menyebabkan kurang nafsu syahwat.

Tiram
Tiram kaya dengan zat besi yang diketahui sangat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan. Fungsi zat besi adalah untuk merangsang penghasilan sperma dan telur
yang berkualiti.

Tahukah Anda?
Menurut pakar, pengambilan 66 miligram zink sehari akan meningkatkan bilangan sperma pada lelaki yang kurang subur dan pengambilan 220 miligram zink sehari juga boleh membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

Ikan salmon
Minyak ikan yang terkandung di dalam ikan salmon adalah sumber asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang terbaik. Nutrisi ini memainkan peranan penting dalam melancarkan proses reproduksi pada badan wanita dan meningkatkan aliran darah. Selain daripada salmon, minyak ikan juga terkandung dalam ikan makerel dan ikan sardin. Minyak ikan bukan sahaja baik untuk wanita tetapi juga lelaki bagi meningkatkan kualiti sperma.

Madu
Khasiat madu untuk kesuburan sudah diyakini sejak beratus tahun dahulu lagi. Madu kaya dengan pelbagai sumber mineral dan asid amino yang dapat membantu mengekalkan kualiti kesihatan sistem reproduksi selain daripada berfungsi meningkatkan fungsi ovari untuk wanita.

Buah pisang
Buah pisang dapat membantu dalam meningkatkan bilangan sperma. Kandungan Bromelain, iaitu sejenis enzim yang terdapat di dalamnya membantu lelaki untuk meningkatkan pengeluaran testosterone. Buah pisang juga kaya dengan Vitamin B1, A dan C yang penting untuk menghasilkan sperma yang baik dan berkualiti.

Tauge
Tauge dipercayai dapat berfungsi sebagai peningkat kesuburan dalam kalangan wanita. Kandungan vitamin E
dan sifat antioksidan di dalamnya dapat melindungi daripada serangan radikal bebas dan juga sangat baik untuk
kesuburan rahim wanita.

Buah delima
Khasiat buah delima diketahui sejak turun-temurun lagi. Buah delima mengandungi bahan antioksidan yang dapat melawan sejenis kimia (malondialdehyde) dalam salur darah yang boleh membunuh sperma.

INFO
Pengambilan jus delima boleh memusnahkan radikal bebas dan berupaya meningkatkan kualiti sperma.

Telur
Tahukah anda, pengambilan telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma suami? Kandungan Vitamin E dalam telur juga dapat memperbaiki kesuburan. Kekurangan Vitamin E ini boleh menyebabkan kemerosotan tisu
buah zakar.

Sayur bayam
Sayur-sayuran hijau diketahui mengandungi banyak khasiat, termasuklah bayam. Kandungan asid folik di dalam bayam membantu untuk meningkatkan kuantiti sperma. Zat ini juga membantu penghasilan sperma yang sihat dan meninggikan kadar pergerakannya.

Buah strawberi
Buah strawberi merupakan buah yang mempunyai pelbagai gizi yang membantu melindungi sel-sel anda daripada rosak dan mencegah penuaan sel. Khasiatnya buat wanita yang sedang merancang untuk hamil ialah ia dapat mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem reproduksi anda. Pengambilan buah ini juga boleh menghilangkan racun yang akan mengganggu proses pengovulan berlaku.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan