HomeBlog101 Panduan Kesuburan untuk Bakal Ibu Bapa

101 Panduan Kesuburan untuk Bakal Ibu Bapa

Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi anda yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapat anak:

1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda.
Cuba kira BMI (body mass index) anda.

BMI = Berat badan (kg) ÷ Tinggi (meter)2

Pastikan BMI berada dalam lingkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda.

2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini juga dikira sebagai senaman. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan. Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan posisi seks tertentu dapat meningkatkan kadar kehamilan.

4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan pemakanan yang anda ambil seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning, oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein
dan kalsium.

5. Pastikan anda makan vitamin asid folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Asid folik boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.

6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Untuk meningkatkan peluang kehamilan, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan tekanan di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.

7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Cadangan doktor adalah untuk tukar kepada minum air teh, terutamanya green tea yang mengandungi antioksidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.

8. Sentiasalah ‘keep a positive mind’ dan cuba kurangkan tekanan harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepada-Nya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.

Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya, bilakah perlu berjumpa
dengan doktor?

  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin

INFO

Ketidaksuburan ditakrifkan sebagai tidak boleh hamil walaupun telah melakukan hubungan kelamin tanpa penggunaan sebarang kontraseptif selepas 1 tahun. Dalam masa setahun, biasanya 84% daripada pasangan akan hamil, manakala dalam masa 2 tahun, lebih kurang 90% daripada pasangan akan hamil setelah melakukan hubungan kelamin.

 


Pentingnya mendapatkan telur yang berkualiti

Kualiti dan mutu telur yang baik adalah penting untuk memastikan embrio yang terhasil dari persenyawaan dengan sperma berkualiti elok. Embrio yang sihat akan meningkatkan peratus kejayaan implantasi di dalam rahim. Pembentukan dan tumbesaran bayi yang terbentuk seterusnya diharapkan kelak adalah sihat dan normal.
Oleh itu, bagi pasangan yang ingin hamil terutamanya jika ingin melalui rawatan kesuburan, hendaklah mengambil langkah-langkah persediaan untuk memastikan kualiti telur yang terhasil adalah berkualiti tinggi bagi meningkatkan peratus kehamilan dan mengurangkan keguguran
daripada berlaku.

Faktor yang boleh memberikan impak kepada kualiti telur

Faktor umur dan genetik seseorang wanita bukan sahaja merupakan faktor penting yang memberikan impak kepada kualiti telur. Malah, gaya hidup dan pemakanan wanita tersebut juga memainkan peranan penting untuk memastikan mutu telur yang dihasilkan oleh kilang ovarinya. Memandangkan umur dan genetik tidak boleh diubah, anda perlu memastikan memakan nutrisi yang berkhasiat dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan
kualiti telur.

Tips untuk meningkatkan kualiti telur

  • Diet yang sihat

Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai antioksidan dan zat mineral penting yang diperlukan. Di samping itu, hendaklah mengambil makanan yang berserat atau ‘whole meal’. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, berminyak, karbohidrat yang sudah diproses (seperti roti putih), berkafein, beralkohol, gula dan ‘fast food’ atau ‘junk food’.

INFO

Terdapat kajian yang menyatakan ‘Mediterranean diet’ boleh meningkatkan peluang kehamilan di kalangan pasangan TTC. Diet tersebut dikatakan terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, kekacang, minyak zaitun dan makanan berserat yang kaya dengan minyak ikan omega-3 serta vitamin D.

  • Ambil suplemen asid folik

Ambillah asid folik (Vitamin B9) 400-800mcg setiap hari untuk meningkatkan kualiti telur anda. Di samping itu, asid folik adalah penting untuk menghindari kecacatan otak dan tulang belakang bayi dan perlu diambil sekurang-kurangnya 1 – 3 bulan sebelum hamil.

  • Suplemen vitamin D – cahaya matahari

Vitamin D adalah penting untuk kualiti telur dan juga proses implantasi embrio ke dalam rahim. Sebelum mengambil suplemen vitamin D, adalah lebih baik jika anda memeriksa dahulu paras vitamin D di dalam darah dengan membuat ujian darah 25(OH) vitamin D.

  • Suplemen CoQ10 (Coenzyme Q10) – pencetus tenaga sel

Coenzyme adalah bahan yang penting agar enzim penting di dalam badan dapat berfungsi dengan elok. Coenzyme Q10 sangat penting dalam kesihatan sel, tisu dan organ badan kita. CoQ10 juga sangat penting untuk kualiti telur dan proses persenyawaan telur, implantasi embrio dan perkembangan bayi pada peringkat awal.

Suplemen CoQ10 penting terutamanya bagi wanita berumur 35 tahun ke atas. Terdapat 2 jenis CoQ10 ubiquinol dan ubiquinone. Kebanyakan suplemen mengandungi ubiquinone. Jenis ubiquinol adalah 8 kali lebih poten daripada ubiquinone dan mungkin lebih elok diambil bagi wanita yang lebih berumur.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan