HomeBlog10 Makanan untuk Anak Bijak

10 Makanan untuk Anak Bijak

Ingin melahirkan anak yang pintar dan bijak? Ambil berat akan pemakanan anak anda kerana sesetengah makanan tertentu boleh membantu perkembangan otak, menajamkan minda, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.

Otak adalah organ pertama dalam tubuh yang menyerap nutrien daripada makanan yang kita makan. Pengambilan makanan segera dan makanan ringan yang berlebihan boleh menyebabkan anak anda mudah lesu, mengantuk dan lemah daya ingatan. Berikut merupakan 10 jenis makanan yang membantu perkembangan otak si cilik.

  • Ikan salmon

Ikan berminyak seperti salmon adalah sumber terbaik asid lemak omega-3 dan EPA- kedua-duanya penting untuk fungsi dan perkembangan otak. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu mempunyai minda yang tajam. Ikan salmon juga dapat meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.

INFO

Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil asid lemak dalam pemakanan mereka mempunyai minda yang tajam dan daya ingatan yang tinggi.

  • Telur

Telur ialah sumber terbaik protein. Kuning telur pula mengandungi choline yang membantu perkembangan daya ingatan. Telur juga merupakan sumber asid lemak EPA yang paling baik untuk kecerdasan otak.

  • Mentega kacang

Mentega kacang adalah sumber terbaik Vitamin E, yang mengandungi antioksidan yang berfungsi untuk melindungi membran saraf. Mentega kacang juga mengandungi thiamin yang membantu keperluan tenaga untuk otak dan sistem saraf.

  • Oat

Salah satu bijirin yang kaya dengan nutrisi penting untuk otak. Kanak-kanak yang makan oat semasa sarapan pagi dapat membekalkan tenaga kepada otak. Oat juga kaya dengan serat, Vitamin E, Vitamin B, potassium dan zink yang membantu meningkatkan perkembangan otak.

  • Beri

Strawberi, ceri, bluberi dan segala jenis beri mengandungi antioksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengambil bluberi dan strawberi dapat memperbaiki daya ingatan mereka.

  • Kekacang

Kacang mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan serat yang dapat membekalkan tenaga. Selain itu, kekacang juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan otak.

  • Sayuran berwarna

Tomato, ubi keledek, lobak merah, labu dan bayam merupakan antara jenis sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan. Khasiatnya adalah untuk memastikan sel otak berfungsi dengan baik dan sihat.

  • Susu

Makanan tenusu dilengkapi dengan protein dan Vitamin B- yang penting untuk perkembangan tisu otak. Susu dan yogurt menyediakan khasiat protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga utama untuk otak.

  • Bijirin penuh

Otak memerlukan gula yang secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Bijirin amat sesuai diambil pada waktu pagi bagi membekalkan tenaga seharian.

  • Daging tanpa lemak

Zat besi merupakan mineral penting yang membantu kanak-kanak kekal bertenaga dan memberikan tumpuan terhadap pembelajaran di sekolah. Daging tanpa lemak merupakan sumber terbaik yang dapat menyerap zat besi. Daging juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.


Sumber: www.webmd.com

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan