HomeBlog1, 2, 3, Sedia!

1, 2, 3, Sedia!

Rata-rata ibu bapa mula ‘pening kepala’ memikirkan prasekolah mana yang sesuai untuk si kecil. Segelintir ibu bapa mungkin telah mula membuat senarai beberapa tadika yang bersesuaian sejak usia anak tiga tahun lagi. Biar berapapun usia anak anda mula memasuki prasekolah, anda sebagai ibu bapa perlu mempersiapkan anak anda secara fizikal dan mental. Jadi, anak anda akan bersiap sedia menemui persekitaran baru.

Bersediakah anak anda?

Semua ibu bapa menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka terutamanya dari segi pendidikan. Sejak anak belum lahir lagi, ibu bapa sudah membuat perancangan awal mengenai masa depan anak seperti ‘bidang apa yang akan diceburi, kemahiran yang akan diserapkan sejak kecil atau di manakah mereka akan dihantar untuk menyambung pelajaran’. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, ada yang telah mula mencari tempat untuk menghantar anak mereka ke nurseri, playschool, pusat pengayaan dan sebagainya. Hal ini adalah disebabkan ibu bapa telah mula ‘celik’ melihat kesan pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Dalam keghairahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan awal yang terbaik, perlu diingat bahawa yang dihantar itu adalah seorang kanak-kanak kecil yang dunianya masih terbatas. Justeru itu, setiap ibu bapa perlulah meneliti sama ada kanak-kanak sudah bersedia untuk memasuki alam baru.

Persiapan mental dan fizikal

Keputusan untuk menghantar anak ke prasekolah merupakan satu tindakan yang sukar buat anda dan anak anda. Hal ini kerana ini merupakan kali pertama dia akan berjauhan dengan anda selama beberapa jam. Ini juga merupakan kali pertama dia bergaul dengan ramai rakan sebaya dan berjumpa dengan orang dewasa. Itupun jika anda tidak pernah menghantar anak anda ke nurseri sebelum ini. Tentunya anda juga tidak sabar untuk melihat perkembangan fasa baru hidup anak anda.

Justeru, bagi membantu anda membuat keputusan, kami bekalkan anda dengan tips untuk mempersiapkan anak anda ke prasekolah. Panduan ini bertujuan mempersiapkan fizikal dan mental anak anda untuk melalui tiga perkara penting semasa di prasekolah; dengar, ikut dan campur. Semoga tips ini dapat membantu anda dan si manja!

Ajak bergaul

Salah satu kriteria penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum menghantar anak anda ke prasekolah ialah melihat caranya bergaul. Sebelum memasukkannya ke prasekolah, eloklah jika anda mula melebihkan aktiviti sosialnya bersama rakan sebaya.

Rancang aktiviti pergaulannya bersama kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Biarkan anak anda mendapat pengalaman yang cukup seperti berkongsi mainan, menunggu giliran bermain dan bermain bersama-sama.

Mungkin ia kelihatan sukar pada awalnya, terutama jika anak anda merupakan anak tunggal. Apabila anda kerap melakukan aktiviti ini, anda akan lihat anak anda mempelajari pelbagai personaliti yang dia perlukan.

Baca! Baca! Baca!

Memandangkan kebanyakan prasekolah akan menumpukan kepada aktiviti membaca, maka luangkan masa membacakan buku cerita untuk anak anda selama 15 sehingga 20 minit sehari.

Kebanyakan kanak-kanak prasekolah masih belum lancar membaca, jadi mereka hanya akan mendengar pembacaan anda. Apabila anda bacakan kepadanya setiap hari, dia akan mula belajar untuk memberi tumpuan kepada cerita yang anda bacakan.

Situasi ini juga akan berlaku semasa di prasekolah. Jangan terkejut selepas dia pulang ke sekolah nanti dia pula yang akan bercerita tentang buku yang dibacakan oleh cikgunya di sekolah.

Memahami rasa takut

Orang dewasa kadang kala punya perasaan takut apabila berhadapan dengan perkara baru seperti semasa menghadiri temuduga. Tidak terkecuali, kanak-kanak. Pada masa yang sama, mereka akan rasa gementar dan teruja terutama apabila memikirkan akan berjauhan dengan ibu bapa.

Usah tambahkan rasa takut mereka! Buang rasa takut mereka dengan membekalkan mereka kata-kata semangat. Suntik semangat mereka dengan memberitahu keistimewaan prasekolah dan kehadiran rakan-rakan baru.

Selain itu, beritahu anak anda jadualnya ke prasekolah seperti jam berapa dia perlu bangun, siapa yang akan menghantarnya ke sekolah, apa yang akan dibuat di sekolah, siapa gurunya, dengan siapa dia harus minta tolong semasa di sekolah dan di mana kemudahan tandas jika dia mahu membuang air. Benda remeh sebegitu kadangkala dapat membantunya mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan situasi di sana.

Di samping itu, anda juga boleh luangkan masa untuk membawanya bersiar-siar di sekitar sekolah sebelum dia memulakan persekolahan. Justeru, anak anda akan merasa lebih selesa dan kurang gementar semasa hari pertama persekolahannya.

Semarakkan jari dengan seni

Adakah anda pernah melihat anak anda melukis, mewarna ataupun bermain tanah liat? Kesemua aktiviti ini merangsang kemahiran motor dan visualnya, lantaran ia diperlukan oleh kanak-kanak prasekolah. Aktiviti ini jugalah yang akan anak anda tempuhi semasa di prasekolah. Justeru itu, suntikkanlah minatnya dan berilah dorongan untuknya memantapkan lagi kemahiran yang ada.

Tepati masa!

Perkara pertama yang difikirkan oleh kanak-kanak apabila anda meninggalkan mereka di sekolah ialah anda tidak akan menjemput mereka kembali. Ada juga segelintir kanak-kanak yang berfikir anda akan lupa jalan untuk datang ke sekolahnya. Imaginasi dan rasa takut mereka tiada batasnya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk meredakan kerisauannya adalah dengan menenteramkan perasaannya. Anda boleh memberikan pelukan yang erat sebagai tanda melindunginya ataupun anda boleh memberikan ciuman kepadanya. Kata-kata seperti “Mama akan berada di sini sebelum adik keluar” sedikit sebanyak mampu menenangkan hati si cilik. Ingat! Tepati janji anda terutama semasa minggu pertama persekolahannya.

Jika kesemua kriteria di atas dipenuhi oleh anak anda, maka percayalah anak anda kini sudah bersedia menjejakkan kakinya ke prasekolah. Semoga berjaya!

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan