Muzik mempunyai kuasa dan makna tersendiri kepada bayi dan kanak-kanak. Muzik bukan hanya diketahui dapat membantu meningkatkan pelbagai jenis perkembangan si manja, bahkan juga muzik berperanan dalam menyokong pembentukan sambungan sel-sel penting dalam otak semasa tiga tahun pertama kehidupan.

Muzik dalam perkembangan awal kanak-kanak

Sama seperti pengalaman pembelajaran lain dalam kehidupan awal kanak-kanak, muzik dan aktiviti muzik dapat meningkatkan pelbagai perkembangan pada kanak-kanak di awal usia. Muzik dapat merangsang otak, emosi dan badan secara serentak. Dalam pertuturan, pergerakan dan ekspresi, muzik membawa banyak ‘nutrien’ dalam perkembangan fikiran kanak-kanak.

Mendodoikan bayi semasa tidur dapat merangsang perkembangan bahasa, mengeratkan ikatan ibu dan bayi serta menyokong perkembangan si manja tentang kesedaran ruang (contohnya, apabila tubuh mereka bergerak semasa mendengar bunyi muzik). Cuba masukkan muzik dalam rutin harian anak anda dan lihatlah tindak balas yang berlaku.

FIKIRKAN

Apa yang anda ingin si manja capai daripada pengalaman muzik? Soalan ini akan membantu anda untuk mencipta dan memilih aktiviti yang boleh menyokong pencapaian perkembangan kanak-kanak secara lebih spesifik.

KEMAHIRAN SOSIO-EMOSI

Muzik selalunya adalah tentang perkongsian pengalaman- semasa menyanyi, menari dan bermain instrumen bersama-sama. Secara azalinya, muzik memberikan pengalaman sosial di mana muzik dapat menghubungkan manusia. Melalui aktiviti tersebut, kanak-kanak akan dapat menonjolkan emosi sebenar mereka seperti gembira, sedih, marah, takut dan sebagainya.

Melalui aktiviti tersebut juga, kanak-kanak akan belajar mendisiplinkan diri. Contohnya, semasa menyanyi bersama-sama, mereka tahu giliran mereka untuk mula masuk lagu dan bekerjasama dengan ahli sepasukan.

KEMAHIRAN FIZIKAL

Sedarkah anda, semasa mendengar muzik, automatik anak anda akan menggerak-gerakkan badannya. Si manja akan bergerak mengikut irama muzik yang berbunyi. Hal ini sekali gus dapat menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan si manja.