Pengalaman kanak-kanak di prasekolah merupakan titik permulaan untuknya mengenal dunia pendidikan. Salah satu tarikan yang akan membuatkan anak meminati prasekolah mereka ialah guru. Justeru itu, ibu bapa perlu memastikan guru yang mengajar dapat membantu perkembangan si manja.

Namun, apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru prasekolah?

1. Tenang.

Guru prasekolah mesti memiliki sifat tenang supaya dapat mengawal perilaku kanak-kanak.

2. Kreatif.

Kanak-kanak tidak seharusnya diajar menggunakan medium buku sahaja. Sebaliknya, guru yang baik akan menggunakan pelbagai teknik atau alat bantuan mengajar bagi menjadikan sesi pembelajaran menyeronokkan.

3. Ingatan.

Berapa ramai pelajar di dalam satu kelas? Adakah guru tersebut ingat setiap nama pelajar? Guru yang baik bukan hanya perlu bijak tetapi juga mempunyai daya ingatan yang kuat.

4. Bersedia.

Guru perlu membuat persediaan mengajar dan cara menjadikan suasana pembelajaran tidak membosankan.

5. Komunikasi.

Guru yang berkualiti akan menggunakan teknik komunikasi dua hala dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru perlu tahu cara untuk menanyakan soalan kepada kanak-kanak dan bersedia dengan reaksi yang perlu jika kanak-kanak tersebut tidak dapat menjawab soalan.

6. Suara.

Salah satu kualiti yang perlu ada bagi guru prasekolah ialah suara. Guru perlu menggunakan nada suara yang pelbagai mengikut situasi seperti cara memujuk pelajar jika tidak mahu membuat kerja sekolah atau bersuara tegas ketika mengeluarkan arahan.

7. Tepati masa.

Guru yang baik adalah seorang yang boleh menghargai masa.

8. Persabaran.

Guru mungkin perlu mengulangi arahan atau pelajaran yang diajar berulang kali kerana bukan semua kanak-kanak cepat tangkap apa yang diajar. Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk melayan ramai kanak-kanak.

9. Penyayang.

Guru yang penyayang dan biasa dengan kanak-kanak akan tahu cara untuk menangani setiap perangai kanak-kanak.

10. Minat.

Guru yang meminati pekerjaannya akan mempunyai kriteria-kriteria lain yang disebutkan di atas.