Apabila membicarakan tentang pencemaran udara, yang terbayang di minda kita hanyalah udara di luar sahaja. Akan tetapi, tahukah anda bahawa udara di dalam rumah juga boleh jadi tercemar dan bahaya untuk kesihatan anda dan keluarga?

Membiarkan ruang kediaman anda terbuka supaya udara luar masuk adalah tindakan yang kurang bijak kerana udara yang masuk itu pasti telah tercemar oleh persekitaran sekeliling. Akan tetapi, jika anda sentiasa menutup kediaman anda kerana tidak mahu udara kotor di luar masuk juga tindakan yang pastinya tidak wajar dilakukan kerana sesekali ruang kediaman anda juga ingin bernafas.

Justeru itu, apakah yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kediaman anda sekaligus menjadikan kehidupan anda sekeluarga lebih sihat. Berikut merupakan langkah-langkah mudah bagi menjadikan ruang udara di rumah anda segar dan bersih.

Nyah debu, hama

Debu dan hama adalah musuh utama rumah anda selain daripada habuk. Haiwan perosak mikroskopik ini memerlukan kelembapan untuk terus hidup. Kajia menunjukkan kanak-kanak yang dikelilingi debu dan hama boleh menyebabkan mereka mengalami alergik serta membuatkan mereka asma.

Hama ada di tilam, bantal, cadar, mainan kain, karpet dan beberapa tempat lain sebelum hinggap di kulit manusia.

Bagi menyahkan hama di dalam kediaman anda, cara pertama adalah dengan mengawal tahap kelembapan di dalam rumah. Gunakan penyahlembap jika perlu.

Kerap vakum atau bersihkan perabot-perabot yang ada di rumah anda. Membasuh cadar atau sarung bantal dengan air panas juga membantu untuk menghilangkan hama.

Pilih cat VOC rendah

Cat mengeluarkan banyak gas- biarpun ia telah kering sepenuhnya dan semakin tidak berbau. Gas-gas ini termasuklah bahan kimia toksik yang tinggi seperti formaldehyde dan acetaldehyde.

Gunakan cat dan sapuan dengan VOC rendah. Ketika melakukan kerja-kerja mengecat di dalam rumah, pastikan semua tingkap dibuka untuk memudahkan peredaran udara.

Lebih baik lagi jika anda gunakan kipas ekzos untuk mengeluarkan gas. Awas! Jangan simpan bekas cat di dalam rumah sebaik sahaja anda memasang kipas ekzos.

Pengesan Karbon Monoksida

Gas karbon monoksida adalah beracun dan berbahaya kepada manusia. Pendedahan kepada gas ini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit. Kadangkala, simptom-simptom awal yang dihadapi oleh merekaa yang terdedah dengan gas ini ialah selesema. Jadi jika ada salah seorang daripada ahli keluarga anda yang mengalami masalah selesema seperti itu dan anda juga merasakan udara di luar lebih baik dari di dalam rumah, mungkin anda sekeluarga terdedah kepada masalah pendedahan gas karbon monoksida.

Tahap karbon monoksida boleh meningkat dengan cepat terutama di dalam kawasan yang tidak mempunyai peredaran udara yang baik.

Lindungi keluarga anda dengan memasang pengesan karbon monoksida berhampiran dengan bilik tidur anda.

Selain itu, pastikan semua peralatan bahan pembakar diselenggara oleh juruteknik yang berkelayakan sekali dalam setahun.

Pastikan peredaran udara sempurna

Tahap kelembapan yang tinggi di rumah anda akan meningkatkan pertumbuhan bakteria dan kulapok, yang mana bukan sahaja akan merosakkan rumah anda tetapi juga membahayakan kesihatan. Bakteria dan kulapok akan menyebabkan seseorang itu batuk dan mengalami asma terutama bagi mereka yang ada alahan.

Aktiviti harian di rumah- seperti memasak, membasuh dan juga bernafas- menghasilkan wap air, jadi anda perlu memastikan peredaran udara di ruang kediaman anda terpelihara bagi menghapuskan lembapan yang terdapat di udara.

Cubalah cara ini bagi menyahlembapkan udara di ruang kediaman anda:

A) Pasang kipas ekzos di bilik air bagi menghilangkan lembapan yang tidak elok dan menyahbau dari rumah anda

B) Pastikan kipas ekzos dilepaskan ke luar rumah dan bukannya menghala ke ruang lain dalam rumah anda

C) Baiki kerosakan yang disebabkan kulapok atau kebocoran

Pasang kipas pengalih udara di dapur

Aktiviti memasak merupakan punca utama yang menyebabkan pencemaran udara di dalam rumah, terutama jika anda menggunakan dapur gas. Kajian yang dilakukan oleh pakar menunjukkan aktiviti memasak satu hidangan pada dapur gas akan menghasilkan gas nitrogen dioksida yang mengandungi EPA, semestinya tidak selamat untuk anda bernafas.

Anda perlulah memastikan aliran udara di dapur anda bebas ke luar atau buka tingkap dapur ketika memasak.

Selain itu, carilah kipas pengalih udara yang direka khas untuk dapur.

Elak penggunaan karpet

Adakah anda suka ‘menghias’ lantai dengan karpet? Mungkin anda perlu meneliti balik kegemaran anda itu. Karpet adalah salah satu punca yang menyebabkan udara di dalam rumah anda tercemar.

Pembuatan karpet yang mengandungi kandungan VOC boleh membahayakan anda sekeluarga. Tentu anda ingat bukan bau karpet baharu? Itulah bau campuran kimia bagi membuat karpet.

Selain itu, karpet juga bertindak sebagai penyerap bahan kimia daripada keluar dari rumah anda.

Alihkan karpet yang telah lama diletakkan di lantai anda kerana banyak bau-bauan dan bahan tercemar yang tersembunyi di dalam dan bawahnya.

Sebaik-baiknya, kurangkan penggunaan karpet di rumah anda.