Penularan virus Zika di seluruh dunia memberikan amaran di kebanyakan negara. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia adalah nyamuk yang sama yang mengakibatkan denggi, chikungunya dan demam kuning.
Bagi mengelakkan virus Zika, anda hanya memerlukan pelan sokongan untuk melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk. Terdapat beberapa cara untuk mengelak daripada dijangkiti penyakit ini walaupun cara yang paling berkesan adalah untuk mengelakkan daripada digigit.
Berikut adalah lima langkah untuk melindungi diri anda daripada digigit oleh nyamuk yang dijangkiti virus Zika:
Dapatkan ubat penghalau nyamuk dan gunakan setiap hari
Tidak kira sama ada anda di dalam atau luar rumah, sapukan ubat penghalau nyamuk di seluruh badan anda. Untuk kemudahan anda, ubat penghalau nyamuk kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk; semburan, losyen, roll-on balm dan juga patch pelekat. Sesetengah orang bimbang tentang bahan kimia yang terkandung dalam ubat penghalau nyamuk, tetapi ia adalah jauh lebih berisiko jika anda tidak memakainya.
Pakai pakaian yang bersesuaian
Semasa keluar rumah, elakkan memakai seluar khaki atau leggings ketat kerana nyamuk boleh menggigit melalui kain-kain tersebut, pilih kain yang lebih tebal seperti denim. Beralih kepada seluar panjang, baju lengan panjang dan kasut tertutup untuk perlindungan yang lebih baik.
Jaga rumah anda
Hanya dengan satu sudu air boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, hapuskan apa-apa kawasan air di seluruh rumah anda, termasuk pasu bunga, singki, botol, dan tong sampah.
Kekal hijau
Anda dinasihatkan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan dan pokok renek seperti rumput, pudina dan basil kerana mereka adalah penghalau serangga semula jadi dan boleh membantu untuk menutupi bau anda dan menghalau nyamuk dari anda.
Bijak merancang pengembaraan
Elakkan perjalanan ke negara-negara yang dijangkiti virus ini tetapi jika perjalanan tidak dapat dielakkan, maka pastikan anda tinggal di dalam rumah, tidur di bawah kelambu dan jangan lupa untuk menggunakan ubat penghalau nyamuk.