Ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sejurus selepas meninggalkan hospital, pasti akan mendambakan penjagaan berpantang yang memberi keselesaan dan kesempurnaan kepada kesihatan mereka dan bayi. Pusat Penjagaan Berpantang Mesra merupakan solusinya.

Penjagaan ibu yang baru bersalin menjadi satu bidang kesihatan dan kesejahteraan yang utama dalam bidang perubatan. Ini kerana para ibu harus mengharungi suasana yang mesra dan merehatkan selepas fasa melahirkan anak yang turut digelar sebagai fasa hidup mati dalam kalangan orang tua.

Bagi memastikan para ibu baru bersalin dijaga rapi dengan mengambil kira pelbagai perspektif kesihatan tubuh dan mental, Pusat Penjagaan Berpantang Mesra (Mesra Confinement Centre) yang berlokasi di Melaka menjadi lokasi pilihan untuk ibu-ibu berpantang.

Tidak terhad kepada pelanggan di sekitar Melaka malah pusat ini turut menjadi perhatian ibu-ibu yang mahukan penjagaan berkualiti dengan tahap keselesaan yang optimum.

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada para ibu dan bayi bukan sahaja mesra dan selamat malah menepati segala aspek berpantang cara moden mahupun tradisional. Antaranya ialah dengan mengawal diet makan minum si ibu, dan amalan bertungku yang menjadi amalan tradisi penjagaan berpantang.

Apa yang lebih menarik mengenai pusat penjagaan ibu baru bersalin ini ialah ia mesra pelanggan Muslimah dan membenarkan ahli keluarga khususnya suami tinggal bersama isteri bagi melengkapkan lagi kesempurnaan penjagaan. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Pusat Penjagaan Berpantang Mesra menawarkan bilik suite peribadi dilengkapi tandas agar para ibu selesa dalam pengawasan penuh privasi.

Dari aspek diet, para ibu juga disediakan dengan makanan bernutrisi dan seimbang agar mereka kembali bertenaga dan sihat selepas tamat melalui sesi berpantang mengikut pakej yang disediakan. Bagi kebanyakan ibu yang mengikuti diet pusat ini, akui berjaya mengurangkan berat badan dan ini termasuk ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan ceasarean.

Kakitangan Pusat Penjagaan Berpantang Mesra juga amat mesra dalam berkongsi pelbagai tips dan nasihat penjagaan bukan sahaja tentang ibu berpantang malah, bayi baru lagi. Ini termasuk nasihat dan panduan menyusu badan oleh pakar laktasi yang berpengalaman dan bertauliah, penjagaan fizikal tubuh ibu, penyakit dan masalah berkaitan selepas bersalin untuk ibu dan anak baru lahir dan banyak lagi.

Dari segi keselamatan pula, ahli keluarga tidak perlu risau atau bimbang kerana para ibu dan bayi diawasi sepanjang masa oleh kakitangan bertugas dengan perkhidmatan penjagaan. Ini termasuk perlindungan 24 jam kamera litar khususnya di bilik bayi dan sekitar pusat tersebut.

Pusat Penjagaan Berpantang Mesra memberi jaminan bahawa ibu dan bayi dijaga sebaiknya oleh pakar penjagaan berpantang professional dan kakitangan lain dalam memastikan keadaan kesihatan ibu sentiasa dipelihara.

Bagi merancakkan lagi masa ibu-ibu di pusat penjagaan tersebut, Pusat Penjagaan Berpantang Mesra turut menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan mengenai asuhan dan penjagaan bayi termasuk senaman pelvik oleh pakar penjagaan.

Ahli keluarga, terutama sekali para suami tidak perlu risau dengan kesihatan isteri dan anak yang baru bersalin dengan adanya penjagaan kelas pertama oleh Pusat Penjagaan Berpantang Mesra.