Memandikan bayi merupakan antara perkara baharu yang menjadi detik termanis terutama sekali buat individu yang baru sahaja bergelar ibu bapa! Ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi bukan sahaja dapat dikongsikan semasa waktu tidur, malah, hubungan ibu dengan anak kecil ini juga dapat dieratkan lagi semasa memandikan mereka. Tambahan lagi, ia akan menjadi lebih lengkap sekiranya anda menggunakan sabun bayi yang bersesuaian.
Setiap di antara mereka yang baru atau sudah pun bergelar ibu bapa, sudah pasti telah merasakan betapa indahnya momen ketika memandikan si kecil. Masa terbaik ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa untuk berbual dan bergembira sambil bertentang mata dalam mengeratkan lagi hubungan dan ikatan kasih sayang bersama-sama dengan si kecil.
Ibu bapa perlulah memberi perhatian untuk lebih menghargai saat-saat bersama dengan bayi semasa mereka membesar kerana ini merupakan waktu paling berharga yang tidak dapat dijual beli. Momen indah ini mungkin boleh berubah sekiranya anda salah dalam memilih produk mandian untuk si kecil hingga boleh mengakibatkan kulit bayi tidak selasa, kulit menjadi kering dan ditumbuhi ruam. Masalah ini berlaku disebabkan oleh produk yang dihasilkan mengandungi bahan yang berbahaya. Apa yang menyedihkan lagi adalah apabila, walaupun sudah banyak amaran dan kesedaran yang telah dikeluarkan, namun masih ada sesetengah jenama produk mandian bayi terkenal yang menggunakannya sebagai sebahagian daripada ramuan.
Produk pemenang Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk 2021 dalam kategori produk mandian semula jadi bayi iaitu BZU BZU Head-To-Toe Baby Wash merupakan pilihan terbaik ibu bapa masa ini untuk kegunaan bayi mereka semasa mandi terutama sekali pada kulit bayi yang sensitif.
Jenama produk mesra keluarga iaitu BZU-BZU Head-To-Toe Baby Wash, merupakan antara keluaran produk mandian bayi yang bebas daripada bahan kimia seperti sulfat, kerana kami memahami bahawa setiap bayi memiliki kulit halus, sensitif dan masih menjalani proses perkembangan yang perlu dijaga dengan rapi. Perlu diingatkan bahawa bahan kimia seperti sulfat ini boleh menyebabkan kulit semakin kering kulit, serta menjadi lebih sensitif apabila ia kerap bersentuhan dengan kulit. Oleh itu, Ibu bapa tidak perlu lagi merasa bimbang untuk memilih jenama produk mandian bayi lain yang masih mengandungi bahan berbahaya yang boleh merosakkan kulit bayi, kerana.BZU BZU Head-To-Toe Baby Wash bebas daripada semua ini! Bukan itu sahaja, ibu bapa juga akan berasa lebih yakin untuk melihat bayi mereka gembira berendam di dalam tab mandi.
Pengguna bahkan tidak akan dapat menjumpai bahan berbahaya seperti Paraben, Alkohol, DEA, MEA, TEA dan Formaldehid! Seperti yang terkandung di dalam kebanyakkan jenama lain apabila menjadikan jenama BZU BZU Head-to-Toe Baby Wash sebagai pilihan utama.
BZU BZU Head-To-Toe Baby Wash mengandungi gabungan bahan semula jadi seperti ekstrak Qubaku, Peach Leaf dan Artichoke Leaf yang berfungsi untuk menenangkan kulit bayi, secara semula jadi daripada terdedah kepada kerengsaan. Selain itu bahan semula jadi ini juga membantu dalam menjaga dan melindungi kulit bayi semasa tempoh tumbesaran dengan berkesan. Di samping dapat menambahkan kehalusan dan kelembutan pada kulit bayi.Dalam memastikan supaya kulit bayi terhidrat dengan baik dan menghalang kehilangan lembapan, BZU BZU Head-To-Toe Baby Wash turut mengandungi bahan seperti Inositol, Vitamin E dan Vitamin B Complex.
Anda perlu membuat pilihan terbaik khususnya dalam memilih jenama produk mandian terbaik dan sesuai untuk si kecil bagi mengelakkan masalah seperti ketidakselesaan kerengsaan dan kekeringan kulit berlaku. Pilihlah jenama yang berkualiti dan bukannya produk yang hanya memikirkan keuntungan dan populariti. Keputusan terletak di tangan anda!
Kini, anda boleh dapatkan Produk Pemenang Anugerah iaitu BZU BZU di AEON, Lotus, Mothercare, Manjaku, Watsons, Big Pharmacy, Multicare Pharmacy, atau membuat pembelian secara atas talian di rangkaian store terpilih seperti Shopee dan Lazada.
Baru- baru ini juga BZU BZU telah muncul sebagai pemenang dalam dua kategori dalam BabyTalk Readers’ Choice Awards 2021, iaitu Natural Baby Wash (Kulit Sensitif), dan Natural Baby Powder.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram BZU BZU Malaysia atau laman web.