“Sayang, malam nanti kita tengok Netflix, nak? Tidurkan anak awal sikit. Lama kita tak duduk berdua, sembang-sembang mesra-mesra. Abang rindulah kat awak. Asyik-asyik balik, awak busy dengan anak. Nak masa awak sikit je malam ni.”
“Okay abang. Maria setuju. Maria pun rindu abang. Nanti Maria cuba tidurkan anak awal-awal ya. Abang belikan Snickers and ice cream Mc Donald boleh?”
Sudah 20 kali Farid rancang untuk ada masa berdua-duaan dengan isterinya, Maria. Namun 20 kali itu jugalah Farid dan Maria tertidur depan TV. Kami pasti ramai yang boleh kaitkan diri dengan situasi ini.
Kalau ketika kita masih muda remaja, waktu tidur adalah waktu yang paling kita ambil lewa. Ketika kecil mungkin kita tidak faham waktu tidur sangat penting untuk kesihatan diri. Dan ketika remaja, kita tidak pedulikan kepentingan keseimbangan hidup dan tidak menghargai waktu tidur. Kerana tanpa tanggungjawab lain seperti orang dewasa, kita boleh tidur bila-bila masa saja kita mahukan tanpa perlu fikirkan sebarang isu yang melibatkan anak atau orang lain.
Tetapi, sejak jadi ibubapa, REHAT DAN TIDUR kita memang tidak pernah cukup. Dan akibat tidak cukup tidur, kita yang kebiasaannya happy-go-lucky akan tiba-tiba :
- Cepat marah : Isu kecil pun jadi isu besar kerana kita sedang moody, grumpy dan cranky. Disebabkan penat dan mengantuk,
- Tidak dapat fokus : Disebabkan terlalu mengantuk, kita memang tidak akan dapat fokus kepada apa-apa pun. Kerana bila fizikal dan mental kita kepenatan, memori dan kepantasan kita menjadi lemah.
- Cepat lapar : Bila asyik tahan mengantuk, selera makan kita membuak-buak dan akan mula rasa nak mengunyah.
- Kepenatan : Seorang manusia memerlukan tidur yang cukup selama 8 jam sehari. Jika tidak cukup hari ini, maka esok perlu dicukupkan. Tetapi kebanyakan waktu tidur ibubapa muda tidak sempat untuk dicukupkan dan kepenatan itu semakin terkumpul bila setiap hari kehilangan tidur kerana terkejut bangun pagi-pagi menidurkan semula anak yang terjaga.
Kadang-kadang waktu tidur cukup, tetapi disebabkan sel-sel otak kita masih aktif dan ‘bangun’ serta risaukan anak atau kerja kita, jadi badan kita ibarat mesin yang masih beroperasi, maka kita akan masih rasa penat.
Sememangnya masa yang paling berharga untuk ibubapa muda yang sedang menjaga anak-anak kecil sebenarnya adalah WAKTU TIDUR. Lebih bernilai dari berlian. Dapat 10 minit tidur pun jadilah!
Persoalannya : BAGAIMANA IBUBAPA MUDA BOLEH DAPATKAN WAKTU TIDUR YANG BERKUALITI?
Tidur bila anak tidur
Biasanya bayi atau anak kecil akan tidur siang 2-4 jam. Jadi, eloklah jika ambil kesempatan ini untuk tidur juga. Namun adakalanya sukar sebab ada anak-anak lain yang masih berjaga. Tapi, cubalah untuk tidur siang beramai-ramai supaya anda juga dapat berehat.
Tunda kejap kerja rumah
Kebimbangan rumah berselerak apabila keluarga, suami pulang atau kawan-kawan datang melawat, jangan difikirkan. Mereka faham anda kepenatan dan kenapa rumah anda dalam keadaan begitu. Nobody is judging. If they do, let them be. Think about yourself.
Bahagikan tanggungjawab jaga anak di waktu malam
Anda suami isteri boleh berkongsi tugas untuk beri makan anak, tukar lampin dan apa saja tugas di waktu malam untuk pastikan anda tidur dengan selesa. Ibu-ibu yang masih menyusukan anak boleh pamkan siap-siap susu badan anda supaya suami boleh bantu anda dan membenarkan anda rehat.
Letakkan katil anak berdekatan katil anda
Berlari ke bilik lain ketika anak terbangun dari tidur adalah sangat memenatkan. Jadi, mungkin idea yang bernas juga untuk letakkan katil anda di bilik anda sementara waktu, terutamanya jika mereka selalu terbangun di waktu malam. Jimat tenaga anda!
Minta bantuan ahli keluarga atau kawan-kawan yang dipercayai
Mungkin ada hari yang anda betul-betul perlukan tidur yang cukup, jadi hubungilah ibu, adik, kakak atau kawan-kawan yang pandai jaga kanak-kanak untuk bantu anda jagakan anak anda. Ajak mereka tidur di rumah anda sehari dua dan berikan tugas tersebut pada mereka.
Praktikkan pemakanan yang sihat untuk jaga tabiat tidur
-
- Elakkan kafein : Minum kafein selepas pukul 12 tengahari adalah sesuatu yang bakal menyusahkan anda di malam hari nanti. Anak sudah tidur, kita masih terkebil-kebil lagi tidak tidur. Maka waktu rehat anda pun terbazir. Jangan lepaskan peluang untuk tidur bila anak pun tidur.
- Tutup handphone sebelum tidur : Selagi handphone masih on, notification Whatsapp, Facebook dan Instagram akan berbunyi tanpa henti dan akan membuatkan kita terasa anxious dan sukar untuk tidur. Jadi, tutuplah untuk sehari dua ketika anda betul-betul ingin berehat dan cukupkan tidur anda. Namun maklumkan dahulu kepada beberapa orang penting supaya mereka tidak tertunggu-tunggu respond Whatsapp dari anda.
- Patuh pada jadual tidur anda : Walaupun ini kelihatan seperti hal kecil, ianya mampu memberi impak yang besar. Kita kenal diri kita. Jadi bila mata sudah mengantuk, jangan dilawan. Bila anak sudah tidur, kita juga harus tidur. Pada zaman ini, hanya handphone yang menjadi sebab kita tidur lewat. Jadi, pastikan kita tegas dengan diri sendiri. Jangan ambil lewa dan melanggar jadual tidur yang kita tetapkan untuk diri.
Bantu anak anda untuk tidur dengan cepat dan selesa
Bila anak anda tidur cepat dan nyenyak, maka anda jugak akan tidur cepat dan nyenyak tanpa gangguan. Pastikan anak patung kegemaran ada di sebelah, ‘comfort toys’ orang panggil. Sediakan siap-siap muzik atau apa saja bunyi-bunyian yang mampu menenangkan dan mudah tidur anak anda sekiranya mereka terjaga. Jimat masa kan? Rancang siap-siap strategi untuk tidurkan anak. Bantu anak untuk bantu diri sendiri.
Kunci utama menjadi ibubapa yang baik adalah SABAR dan TENANG. Sabar fikirkan penyelesaian, sabar memahami, sabar mendidik, sabar menjaga dan sabar dari segala segi. Namun, sekiranya rehat dan tidur kita tidak cukup, mana mungkin kita jadi insan yang mampu bersabar?
Setuju?
Jadi, usaha ringkas untuk pastikan kita kekal sabar adalah REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP. Kerana ia akan memberikan kita kemampuan untuk berfikir dengan lebih tenang, waras dan pantas, serta mempunya fizikal yang cukup kuat untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai ibubapa.
Situasi seorang anak yang tantrum kerana tidak cukup tidur di dalam sebuah pusat membeli-belah sebenarnya sangat ringkas untuk diuruskan sekiranya ibubapa anak ini peka dan tahu bahawa sebelum keluar, anak ini perlu mendapat tidur yang cukup dan bila tantrum, ada beberapa alat atau perkara yang mereka tahu boleh menenangkan anak ini seperti ‘comfort toys’, ‘comfort food’, atau ‘comfort botol susu’. Untuk ibubapa yang tidak bersedia, satu-satunya cara adalah dengan memarahi anak itu.
Sasaran kita hari ini adalah untuk ELAK JADI IBUBAPA YANG URUSKAN SITUASI ANAK DENGAN AMARAH.
Bersama kami di 100comments.com, kami bantu anda jadi ibubapa yang lebih bijak, sabar dan tenang.
Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda mendapatkan tidur dan rehat yang cukup dan berkualiti!