Dalam pembuatan roti, biskut, penyediaan lauk pauk juga sayur, mentega adalah satu bahan asas. Malah bagi sesetengah penggemar mentega, ia turut ditambah dalam minuman kopi mereka. Kehadiran mentega dalam hidangan melazatkan dan menambah aroma.

Di Malaysia, salah satu mentega popular adalah SCS yang telah berada di pasaran sejak beberapa generasi.  Mentega yang dibuat di Australia ini sudah serasi dengan selera tempatan.

Proses pembuatan mentega SCS

Pada asasnya mentega diperbuat daripada satu bahan sahaja iaitu susu haiwan tenusu. Tetapi rasa dan tekstur mentega adalah berbeza berdasarkan beberapa faktor, iaitu jenis haiwan tenusu yang membekalkan susu dan sumber makanan haiwan tenusu itu sendiri, serta proses penghasilan mentega.

SCS dalam laman sesawang rasmi jenama itu telah menulis bahawa produk mereka adalah 100% mentega asli, dan mendakwa bahawa SCS adalah satu-satunya mentega yang melalui proses khas Double Churn.

“SCS Butter is 100% pure creamery butter. SCS Butter is the ONLY butter that goes through a special Double Churn process” -www.scsdairy.com/products

Mentega SCS dihasilkan sepenuhnya daripada susu yang diperah dari lembu tenusu Australia yang mengambil rumput sebagai sumber makanan. Mentega yang dihasilkan dengan susu daripada ternakan yang memakan rumput adalah lebih beraroma dan mempunyai rasa yang berbeza berbanding mentega dari susu ternakan yang memakan bijirin. Mentega SCS tidak mengandungi penambahan pewarna tiruan, bahan tambahan dan bahan pengawet dalam ramuannya.

Apa pula maksud proses Double Churned? Churn dalam Istilah Bahasa Melayu ialah pengadukan, merujuk kepada sebuah mesin yang diguna dalam pembuatan mentega. Double Churn adalah proses di mana susu lembu diputar di dalam mesin ini untuk memecahkan menjadi dua komponen iaitu pepejal (butterfat) dan cecair (buttermilk). Seterusnya komponen pepejal yang terpisah ini akan melalui proses pengadukan sekali lagi untuk dijadikan mentega. Teknik pengadukan khas kali kedua ini menjadikan mentega SCS lebih berkrim, memiliki tekstur yang lunak dan bau lebih beraroma.

Dua jenis mentega SCS

Produk utama mentega SCS boleh didapati dalam bentuk mentega bergaram (Salted Butter) dan mentega tanpa garam(Unsalted Butter). Mentega bergaram (Salted Butter), adalah mentega pelbagai guna yang kaya rasa, lazat  baik digunakan dalam masakan atau hidangan bakar malah enak walaupun dimakan sebagai sapuan begitu sahaja.

SCS Unsalted Butter pula adalah mentega yang mempunyai rasa asli dan semula jadi, ia memberi pengguna kelebihan untuk mengawal rasa dalam setiap hidangan yang disediakan.

Beberapa tips menggunakan mentega SCS

Perlu diingat, takat suhu berasap (Smoke Point) bagi mentega adalah pada 350 darjah Fahrenheit. Lemak yang tinggi terbakar lebih cepat. Jadi mentega SCS sesuai digunakan untuk memasak hidangan yang menggunakan api sederhana atau rendah; atau satu cara lain apabila memasak hidangan contohnya daging bakar dan makanan laut pada suhu tinggi, adalah dengan memasukkan mentega ketika hidangan hampir masak. Mentega SCS akan menjadikan hidangan tersebut harum, enak dan warna yang menarik.

Bagi hidangan yang memerlukan mentega SCS dicampur dengan gula, contohnya dalam penyediaan biskut, mentega SCS ini harus dibiarkan lembut pada suhu bilik supaya kedua-dua bahan tersebut mudah sebati. Adunan bersama mentega lembut akan menghasilkan biskut yang gebu.

Dalam pelbagai lagi hidangan yang menggunakan mentega tulen ini, ia tidak hanya memperkayakan rasa tetapi turut memberi tekstur tertentu dan membangkitkan aroma yang harum.  Mentega SCS mempunyai pengikhtirafan halal, jadi pengguna Muslim terutamanya boleh menggunakannya dalam hidangan harian tanpa was-was.

SCS Butter baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan Pembaca MamaPapa untuk kategori Mentega Untuk Seisi Keluarga

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, layari www.scsdairy.com.