Jerawat adalah musuh terbesar bagi kulit manusia. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina dan jenis kulit. Kemunculan jerawat paling awal boleh berlaku semasa seseorang masih berada di peringkat usia remaja. Pada usia sebegini, penjagaan kulit menjadi faktor kritikal yang perlu diberi perhatian seawal yang mungkin bagi mengelakkan mereka terpaksa menanggung masalah kulit wajah yang lebih serisu. Ini kerana wajah merupakan aset terpenting dalam penampilan seseorang. Remaja yang menghadapi masalah jerawat yang teruk di muka kemungkinan akan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun kini telah wujud rawatan moden yang mampu mengatasi masalah berkaitan jerawat, namun langkah pencegahan awal adalah lebih baik berbanding dengan beribu-ribu wang yang terpaksa dihabiskan untuk rawatan pakar.
Apa punca terjadinya jerawat di kalangan remaja ?
Jerawat muncul apabila folikel rambut pada kulit tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Tahap jerawat yang paling serius ialah apabila ia muncul dalam bentuk pembentukan sista yang menyebabkan pengumpulan nanah, darah dan nodul dalam bentuk yang menyakitkan. Lebih merisaukan apabila ia muncul dalam bilangan yang banyak terutamanya pada kedua-dua belah pipi dan dagu. Jerawat yang agak ringan muncul dalam dua bentuk iaitu jerawat hitam (blackhead) dan jerawat putih (whitehead). Kedua-dua jenis jerawat ini bentuknya lebih halus. Namun ia tetap mencacatkan penampilan seseorang remaja.
Jerawat bukan sahaja muncul di bahagian muka. Ia juga boleh tumbuh lebih banyak di bahagian leher, dada, belakang dan bahu iaitu kawasan yang menjalankan fungsi sebagai kelenjar minyak. Remaja berpotensi mengalami masalah jerawat seawal usia 9 tahun. Jika masalah kulit ini tidak diatasi dengan rawatan yang betul, jerawat yang tumbuh akan semakin teruk sebaik sahaja usia mereka meningkat ke 14 dan 15 tahun.
Perubahan hormon
Punca jerawat di kalangan remaja berlaku atas beberapa faktor. Empat faktor utama ialah perubahan hormon yang berlaku semasa peningkatan usia. Perubahan hormon ini menyebabkan kelenjar minyak membesarkan dan menghasilkan lebih banyak minyak atau sebum.
Sel kulit mati
Sebum atau minyak yang berlebihan ini apabila melapisi sel-sel kulit mati akan menyebabkan sekatan pada liang-liang folikel rambut. Ini menyebabkan munculnya jerawat putih dan jerawat hitam iaitu jenis jerawat yang paling awal muncul pada seseorang remaja.
Bakteria
Folikel rambut yang tersumbat dengan sebum dan kulit mati ini lama kelamaan menyebabkan kemunculan bakteria. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerawat sehingga munculnya nodul bernanah dan darah yang menyebabkan rasa tidak selesa seperti kegatalan dan rasa pedih yang menyakitkan.
8 Produk Menghilangkan Jerawat Untuk Remaja Secara Bajet
Masalah jerawat di kalangan remaja boleh diatasi melalui penggunaan produk pembersihan dan penghapus jerawat yang boleh dibeli dengan mudah di pasaran. Mungkin anda adalah ibu bapa kepada anak-anak remaja yang sedang berhadapan dengan masalah jerawat. Cuba bertenang dan bantu mereka mengatasi masalah kulit berjerawat ini seawal yang mungkin dengan bantuan 8 produk menghilangkan jerawat yang sesuai untuk remaja ini. Terdapat dua produk utama yang membantu mengatasi jerawat pada peringkat awal iaitu melalui pemakaian produk pembersihan muka dan gel pengecutan jerawat.
1. OXY Deep Cleansing Wash
Produk pencuci jerawat muka yang sesuai untuk usia remaja. Ia merupakan pencuci sabun yang lembut dengan kandungan bahan antioksida daripada sumber vitamin E dan C yang berfungsi melindungi kulit daripada unsur-unsur radikal yang merosakkan kulit. Hasil daripada cucian yang bersih menggunakan OXY Deep Cleansing Wash ini akan memberikan rasa keselesaan terutama pada kulit yang bermasalah dan mengelakkan jangkitan kulit menjadi lebih parah. Gunakan OXY Deep Cleansing Wash untuk pembersihan yang mendalam sehingga ke liang kulit yang tersumbat.
Baca pengalaman pengguna mengenai produk ini
2. T3 Pimple Gel+ 15g
Sejenis prouduk gel jernih yang berfungsi bertindak menentang dan menghapuskan jerawat dengan lebih pantas. Ia mengecutkan jerawat dalam masa satu malam selepas pemakaian pertama kali. Untuk hasil yang lebih berkesan anda perlu menyapu gel ini ke bahagian jerawat yang tumbuh sehingga ia benar-benar kering. Gel akan meresap dengan baik ke dalam kulit anda. Ia mengandungi asid Salisilat yang berfungsi membuka liang-liang dan Triclosan yang bertindak sebagai agen anti jerawat menjadikan ia berkesan dalam rawatan jerawat bagi remaja. Gunakan ia dua kali sehari iaitu siang dan malam.
Baca pengalaman pengguna mengenai produk gel jerawat ini
3. Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser
Minyak pokok teh atau lebih dikenali sebagai Melaleuca alternifolia adalah sumber alam semulajadi yang berkesan melindungi kulit remaja daripada masalah jerawat secara semuljadi. Gunakan ia sebagai pembersih muka pilihan untuk pembersihan liang pori pada wajah dari sumbatan minyak tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit. Ia dirumus khas bagi remaja yang menghadapi pelbagai peringkat masalah jerawat. Buihnya cukup lembut untuk penggunaan setiap hari.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
4. Miacare Acne Patch Night
Produk rawatan jerawat dalam bentuk tampalan. Lekatkan ia pada bahagian jerawat yang bermasalah termasuk jerawat yang mengeluarkan nanah. Lekatan pada bahagian tersebut akan menyerap nanah jerawat, membantu ia kering dan sembuh dengan lebih cepat. Tampalan ini akan melindungi jerawat anda daripada terus merebak akibat daripada unsur-unsur radikal daripada udara yang dibiarkan terdedah mengenai jerawat. Oleh itu, dengan mengenakan tampalan ini pada bahagian bermasalah, jerawat anda bukan sahaja dapat dirawat semula. Malah melindunginya daripada menjadi lebih teruk yang menyebabkan kegatalan akibat pengumpulan bakteria.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
5. Meditree Tea Tree Acne Gel
Mengandungi bahan pokok teh atau lebih dikenali sebagai Melaleuca alternifolia. Ia berupaya merawat jangkitan bakteria pada jerawat dengan lebih berkesan. Kandungan lain dari sumber alam dalam formula gel jerawat ini ialah lidah buaya dan bunga kamomil yang bertindak melegakan rasa tidak selesa yang dialami pada bahagian jerawat.
Baca komen pengguna mengenai gel penghapus jerawat ini
6. Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press
Gel efektif yang membantu pengecutan jerawat dalam semalaman. Selepas 3 sehingga 4 hari pemakaian, jerawat dapat dihilangkan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan parut. Bintik jerawat hitan dan putih juga dapat dikeluarkan dengan mudah iaitu selepas gel ini mengeringkan bahagian jerawat tersebut. Gunakan dua kali sehari dengan menyapu pada bahagian bermasalah untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
7. Nu Teen Acne & Pimples Away Cleanser
Ia diformulasi khusus untuk kulit remaja yang menghadapi masalah jerawat. Mengandungi bahan asid Salicylic, ia bertindah sebagai agen anti bakteria yang menyembuhkan jerawat dengan lebih berkesan dari dalam. Ia turut diperkaya dengan dua bahan ekstrak semulajadi tumbuhan iaitu cuka dan Thanakha. Kedua-dua bahan ini akan menyingkirkan rasa tidak selesa seperti kegatalan daripada kulit muka yang bermasalah. Pembersih wajah ini juga tidak akan meninggalkan kesan keringan pada wajah anda.
Baca komen pengguna mengenai produk ini
8. Ginvera Marvel Gel® Zero Blackhead Gel
Bagi remaja yang menghadapi masalah jerawat hitam yang tidak kering, anda boleh menggunakan gel ini. Ia akan menghapuskan bintik hitam dari lapisan dalaman kulit sekaligus menghapuskan jerawat hitam dengan lebih efektif. Ia mengandungi bahan penyejuk seumpama mentol yang akan membuatkan sapuan pada jerawat terasa lebih selesa dan sejuk