Mungkin Anda sering mendengar ada orang yang tidur sambil berjalan atau mengigau. Ternyata bukan hanya berjalan atau bercakap sahaja yang boleh dilakukan ketika tidur, melakukan hubungan seks pun juga boleh dilakukan dalam keadaan sesesorang tidak sedar. Kondisi ini disebut sebagai seksomnia. 

Anda mungkin sering mendengar istilah berjalan sambil tidur, akan tetapi pernahkah anda mendengar ada orang yang berhubungan seks di saat ia tidur?

Seksomnia merupakan suatu keadaan di mana pelbagai aktiviti seksual boleh terjadi ketika seorang penhidap tidur nyenyak (sehingga tidak ada ingatan yang terbentuk). Kerana terjadi pada ketika seseorang tidur nyenyak, maka penghidap biasanya tidak mengingati kegiatan seksual apapun yang dia lakukan dan hanya merasa bahawa ia sedang tidur.

Keadaan ini dijangka hanya berlaku sekitar 1% penduduk dunia dan paling banyak dihidapi oleh golongan lelaki. Tempoh aktivitai seksual yang terjadi ketika penghidap tidur ini dapat bervariasi, mulai dari beberapa detik hingga 30 minit.

Aktiviti seksual yang terjadi pun cukup bervariasi mulai dari mendesah, melakukan masturbasi, menyentuh dan mencium pasangannya, atau bahkan berusaha untuk melakukan hubungan seksual. Penghidap biasanya tidak akan memberikan respon apapun terhadap pasangan kerana ia sebenarnya sedang tidur.

Apa itu seksomnia?

Seksomnia dianggap sebagai sejenis parasomnia (gangguan tidur), aktiviti abnormal, perilaku, atau pengalaman yang terjadi ketika sedangtidur nyenyak. Tetapi banyak fakta tentang seksomnia mengatakan punca penyebab pastinya dari faktor beragam gejala, dan prevalensinya (bahagian dari studi epidemiologi yang membawa maksud jumlah orang dalam populasi yang mengalami penyakit) tidak difahami.

Seksomnia adalah kondisi yang relatif baru, dengan kes rasmi pertama dilaporkan pada 1986, dan menurut sebuah kajian pada 2015, hanya 94 kes seks ketika tidur telah didokumentasikan di seluruh dunia.

Seksomnia juga sangat sukar dipelajari dalam jangka panjang kerana berlangsung secara spontan di malam hari.

Foto: Kaltim Pos

Gejala
Seksomnia sering menyebabkan gerakan seksual, tetapi juga boleh menyebabkan seseorang mencari keintiman seksual dengan orang lain tanpa sedar. Seksomnia juga boleh terjadi bersekali dengan aktiviti parasomnia lain seperti berjalan dalam tidur atau bercakap dan mengigau.

Pasangan adakalanya mungkin juga memerhatikan bahawa pasangan mereka memiliki gejala agresi seksual yang tidak normal dan berbeza dari aktiviti seksual ketika sedar.

Gejala umum seksomnia meliputi:

  • Menggoda atau menggosok
  • Mengerang
  • Pernafasan berat dan denyutan jantung yang laju
  • Berpeluh
  • Masturbasi
  • Menggoyang dan menggesel pinggul
  • Memulakan foreplay dengan orang lain
  • Hubungan seksual
  • Orgasme spontan
  • Tidak ada ingatan akan kejadian seksual yang berlaku
  • Tidak responsif terhadap lingkungan luar
  • Ketidakmampuan atau sukar terjaga
  • Penolakan aktiviti seksual di siang hari ketika sedar sepenuhnya
  • Berjalan dalam tidur atau bercakap

Walaupun kedua-dua jantina boleh dipengaruhi oleh keadaan ini, menurut kajian daripada Hospital Barat Toronto, lelaki lebih cenderung mempunyai seksomnia berbanding wanita.

Bagaimana Nak Bantu?


1) Ubat

Sehingga kini tiada ubat-ubatan diluluskan oleh FDA principle boleh digunakan untuk merawat seksomnia. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti antidepresan biasa dan sedatif, tingkah laku ini dapat dikurangkan.

2) Suasana Tidur

Penghidap seksomnia perlu mempertimbangkan tidur di bilik berasingan, mengunci pintu, atau juga menetapkan penggera automatik di pintu untuk memberi amaran kepada orang lain bahawa mereka sedang mengalami seksomnia.


3) Rawatan Pakar

Seksomnia juga boleh disebabkan oleh gangguan tidur principle lain atau penyalahgunaan dadah dan alkohol. Oleh itu, lebih baik berjumpa doktor atau penjaga kesihatan untuk diagnosis, nasihat dan rawatan lanjut.

Foto: hellosehat.com

Bahaya seksomnia

Seksomnia berbahaya untuk diri sendiri dan juga orang lain. Penghidap boleha melukai alat vitalnya sendiri ketika tidak sedar melakukan masturbasi. Ketika sedang tidur, mereka tidak sedar telah melakukan kekerasan pada dirinya sendiri seperti memasukkan sesuatu ke organ kewanitaan atau mematahkan penis.

Risiko seksomnia pada orang lain adalah tindakan kekerasan seksual. Kerana tidak sedar dengan apa yang dilakukan, seks akan dilakukan dengan kasar tanpa memperdulikan apa yang berlaku kepada pasangannya. Lelaki atau wanita boleh melakukan apa pun dan berisiko kepada pada tindakan pemerkosaan.

Jika aktiviti ini muncul dan mengakibatkan orang lain yang bukan pasangan, misalnya teman sekatil terluka baik secara fizikal atau seksual, masalah lebih besar boleh berlaku. Pelaku kekerasan boleh saja dikenakan hukuman walaupun mereka melakukannya tanpa sedar.

Mengatasi seksomnia

Hingga saat ini belum ada ubat yang boleh digunakan untuk mengubati kondisi yang cukup buruk ini. Namun, beberapa orang menggunakan antidepresan yang diberikan oleh dokter untuk menghindari  kondisi abnormal pada otak yang berlaku pada gangguan pergerakan tubuh saat tidur.

Jika penghidap memiliki pasangan, hendaklah kedua belah pihak menyedari apa yang terjadi dan mengamati pola gangguan. Jika kondisi mendadak tidak terkawal, pasangan disarankan untuk mengejutkan si penghidap apa cara sekalipun. Setelah bangun, kondisi akan kembali normal seperti sediakala.

Sebaiknya anda tidak menyimpan benda berbahaya seperti peralatan terlalu tajam keranana ianya boleh saja digunakan oleh mereka yang mengalami seksomnia. Pasangan kepada orang yang mengalami seksomnia ini juga harus melakukan pengawasan dengan baik setiap hari.

Jika penghidap seksomnia tinggal sendirian dan tidak memiliki pasangan, sebelum tidur disarankan untuk mengunci pintu. Dengan mengunci pintu, mereka tidak akan melakukan perkara berbahaya seperti menyakiti atau melakukan kekerasan seksual meski dilakukan dengan tidak sedar dan esok harinya akan lupa.

Foto: Onedio

Kaunseling

Bagi anda yang mempunyai pasangan penghidap atau menunjukkan gejala seksomnia, disarankan agar anda memujuk pasangan dan membawanya mendapatkan khidmat kaunseling. Sesi kaunseling juga merupakan salah satu langkah paling berkesan bagi merawat minda dan menggalakkan si penghidap melawan kelainan pada bentuk tidur.

Ianya juga dilihat satu langkah yang bagus bagi penghidap melawan masalah dengan teknik kawalan minda dalam sedar dan diluar sedar.

Komplikasi

Beberapa orang merasa malu mengetahui bahawa mereka telah melakukan hal-hal yang tidak mereka ingat, terutama tindakan seksual ketika sedang tidur.

Seksomnia juga boleh mengakibatkan soal sulit, mengingat individu yang memulai atau terlibat dalam tindakan seksual secara teknik tidak sadar. Beberapa kes pengadilan telah melibatkan tuduhan melakukan kesalahan seksual berkaitan dengan hubungan seks dengan pelbagai hasil.

Walaupun dari segi medik, seseorang dan bukti lainnya akan diperiksa dengan hati-hati di muka pengadilan, menentukan tanggungjawab tetap rumit dan kontroversial.

Foto: Wartatangerang.com

Semoga kita terhindar dari gejala masalah seksomnia ini. Jikalau ada seseorang yang mengalaminya, lebih baik segera sarankan untuk melakukan pemeriksaan diri agar masalah ini dapat diatasi dari menjadi bertambah buruk. 

Bagi umat islam, dekatkan diri kepada Allah. Anda juga boleh menggunakan teknik kekerapan bacaan Al-quran bagi mengawal minda dan nafsu dari dalam hati dan jiwa. Setiap masalah ada jalan rawatan. Yang penting, berbalik kepada diri sendiri untuk melawannya. 

Jangan malu bertemu kaunselor atau pakar psikatri demi kesihatan diri yang terbaik.