Kek, biskut, aiskrim, puding dan pelbagai lagi jenis pencuci mulut sememangnya sedap untuk dinikmati setiap hari. Pemanis mulut yang sedap dan manis ibarat terapi dalam dunia makanan. Tidak sah rasanya jika anda tidak mengakhiri hidangan utama setiap kali makan tengah hari dan malam dengan pemanis mulut yang sedap. Sekurang-kurangnya sepotong buah epal sudah mencukupi sebagai hidangan pemanis mulut yang paling ringan setiap kali selepas makan. Namun bagaimana pula dengan kek, biskut, aiskrim dan puding? Kesemua jenis hidangan ini bukan sahaja sebagai pencuci mulut selepas hidangan utama. Malah ramai yang mengambil makanan ini tanpa mengira masa untuk setiap hari. Sesiapa pun tidak dapat menolak apabila dihidangkan kek coklat, ais krim vanila, puding karamel yang sejuk dan segar serta biskut kacang yang rangup. Kecuali jika anda bukan salah seorang yang menyukai pencuci mulut yang manis-manis dengan alasan ia memudaratkan kesihatan dan menjadi punca kegemukan apabila dimakan secara berlebihan.
Memang tidak dinafikan bahawa kita perlu mengawal kuantiti pengambilan pencuci mulut yang manis kerana kandungan gula, lemak dan kalorinya yang tinggi. Tiada salahnya jika anda menggemari makanan ini dan ingin menikmatinya setiap hari. Asalkan anda tahu memilih pencuci mulut mana yang paling rendah risikonya terhadap kesihatan. Selain itu kuantiti pengambilan makanan manis seperti kek dan aiskrim perlu dikawal supaya anda terhindar daripada penyakit kencing manis.
6 Resepi Pencuci Mulut Rendah Kalori & Menyelerakan
Bagi yang risau tentang peningkatan berat badan, anda boleh menghasilkan pencuci mulut rendah kalori yang menyelerakan di rumah. Dengan menghasilkan sendiri pemanis mulut di rumah, anda boleh mengawal kandungan kalori dalam resepi kek, biskut dan aiskrim. Resepi pencuci mulut rendah kalori ini pasti lebih sedap dan sihat berbanding yang anda beli sendiri di kedai dan pasaraya.
Keto Brownies Avokado
Brownies yang sihat dan rendah kalori ialah tanpa penggunaan gula tebu dan tepung gandum. Resepi ini mencampurkan bersama buah avokado untuk menambahkan kepekatan pemanis mulut yang enak ini.
Bahan-Bahan :
- 4 Biji telur
- 2 biji avokado masak
- ½ cawan mentega dicairkan
- 6 sudu teh mentega kacang (tanpa pemanis)
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 18 paket @ ⅔ cawan gula stevia (boleh digantikan dengan gula melaka)
- ⅔ cawan serbuk koko (tanpa pemanis)
- 2 sudu teh ekstrak vanila
- ½ sudu teh garam
Cara – Caranya :
- Panaskan oven 350°C. Sementara itu siapkan pan kek bersaiz empat segi. Lapisi pan ini dengan kertas minyak.
- Masukkan kesemua bahan-bahan dalam pengisar sehingga semua bahan hancur dan serata.
- Dengan menggunakan spatula pindahkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam pan yang telah disediakan tadi.
- Bakar selama antara 20 sehingga 25 minit. Setelah itu biarkan kek sejuk seketika sebelum ia dipotong kepada empat segi kecil.
- Sedia untuk dinikmati bersama minuman yang enak seperti susu rendah lemak
Kek Keju Tanpa Gula
Kek keju yang gebu sememangnya menjadi kegemaran semua. Tetapi anda mesti awasi kuantiti gula yang terkandung. Kek keju ini bertujuan untuk meburangkan kadar lemak dan gula berbanding kek keju biasa.
Bahan-Bahan :
- ½ cawan serbuk almond @ tepung badam
- ½ cawan tepung kelapa
- ¼ cawn kelapa parut
- ½ cawan mentega dicairkan
- 3 blok krim cheese @ cream cheese dilembutkan mengikut suhu bilik
- 470 ml krim masam pada suhu bilik
- 1 sudu teh gula stevia
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 3 biji telur
- Hirisan buah strawberi
Cara-caranya :
- Panaskan oven sehingga 300°C. Sediakan pan membakar. Lapisi dengan kertas kerajang atau foil
- Sediakan mangkuk yang sesuai bersaiz besar untuk mengadunkan bahan-bahan iaitu tepung, mentega dan kelapa parut. Gaulkan kesemua bahan ini
- Masukkan ke dalam pan membakar. Ratakan ia sebagai lapisan bawah kek dipanggil crust. Simpan dalam peti sejuk seketika
- Sementara itu sediakan filling. Sediakan mangkuk yang sesuai. Pukul krim keju dan krim masam bersama-sama. Campurkan gula stevia dan ekstrak vanila. Dalam masa yang sama pecahkan telur ke dalamnya satu demi satu. Pukul semua bahan ini sehingga ia lembut dan gebu.
- Masukkan adunan ini ke lapisan atas crust tadi. Ratakan filling sehingga habis memenuhi permukaan crust.
- Sediakan satu lagi pan bersaiz lebih besar. Masukkan pan kek tadi ke dalam pan kosong ini. Tuang air mendidih ke dalam pan kosong tadi sehingga setengah. Bakar selama kira-kira selama 1 jam 20 minit.
- Setelah kek masak keluarkan dan sejukkan seketika di dalam petika sejuk. Sediak untuk dinikmati bersama hiasan strawberi.
Ais Krim Vanila Diet
Aiskrim keto yang berkrim, kaya dengan keenakan aiskrim dan tidak terlalu manis.
Bahan-bahan :
- 2 kotak santan kelapa
- 2 cawan krim berat @ heavy cream
- ¼ cawan confectioners sweetener
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- Secubit garam
Cara-caranya :
- Sejukkan santan kelapa di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku semalaman.
- Sediakan mangkuk. Masukkan santan beku tadi ke dalam mangkuk dan pukul menggunakan mixer. Pukul sehingga teksturnya berkrim.
- Sediakan satu lagi mangkuk. Campurkan krim berat confectioners sweetener dan vanila. Pukul sehingga kembang.
- Kemudian campurkan kedua-dua bahan santan dan krim bersatu dalam mangkuk yang sama. Adunkan ke dalam bekas aiskrim yang sesuai untuk dibekukan.
- Sejukkan dalam peti ais selama kira-kira 5 jam
- Sedia untuk dinikmati.
4. Kek Coklat Cawan
Kek coklat cawan ini mudah dibuat untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja
Bahan-bahan :
- 2 sudu teh mentega
- ¼ cawan serbuk @ tepung badam
- 2 sudu teh serbuk koko
- 1 biji telur
- 2 sudu teh coklat chip
- 1 sudu teh confectioners sweetener
- ½ sudu teh serbuk penaik
- Secubit garam
- ¼ cawan whipping cream
Cara-caranya :
- Panaskan cawan kek ke dalam mikrowave selama 30 saat sahaja.
- Campurkan kesemua bahan kecuali whipping cream. Kacau campuran ini menjadi sebati
- Bakar dalam mikrowave selama 45 saat atau sehingga kek benar-benar masak.
- Sedia dihidangkan bersama whipping cream.
5. Coklat Mentega Kacang
Biskut mentega kacang yang tidak perlu dibakar.
Bahan-bahan :
- 1 ½ cawan mentega kacang tanpa pemanis
- 1 cawan tepung kelapa
- ¼ cawan gula kelapa
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- Secubit garam
- 2 cawan coklat chip hitam dicairkan
- 1 sudu teh minyak kelapa
Cara-caranya :
- Sediakan satu mangkuk. Campurkan mentega kacang, tepung kelapa, gula kelapa, ekstrak vanila dan garam. Kacau sebati sehingga lembut
- Sediakan tray yang dilapisi dengan kertas minyak. Guna sudu atau skop aiskrim bersaiz kecil untuk susun sebatian di atas secara membulat sehingga selesai
- Tekan sedikit setiap bulatan yang dibentuk supaya agak leper. Sejukkan dalam peti selama 1 jam
- Sediakan satu mangkuk. Pukul bersama coklat chip yang dicairkan dengan minyak kelapa.
- Masukkan setiap bulatan adunan tadi ke dalam coklat sehingga ia menutupi adunan biskut. Gunakan garfu untuk memudahkan kerja anda
- Anda boleh hiasi biskut dengan cairan mentega kacang yang dilalukan menggunakan kon kertas yang dibentukkan secara segi tiga dengan lubang muncung di bawahnya.
- Sejukkan dalam peti selama 10 minit. Biskut siap dihidangkan
6. Aiskrim Avokado
Aiskrim avokado pastinya menyegarkan tekak anda terutama semasa cuaca panas terik.
Bahan-Bahan :
- 3 biji buah avokado
- ⅓ cawan jus limau
- 3 sudu teh Stevia
- ¾ cawan santan kelapa
- 1 sudu teh minyak kelapa
- 2 cawan coklat chip yang dicairkan
Cara-caranya :
- Campurkan kesemua bahan-bahan untuk dikisar dalam bekas pengisar kecuali coklat chip cair dan minyak kelapa
- Tuangkan ke dalam bekas popsikel aiskrim. Letakkan batang aiskrim. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman
- Sediakan mangkuk campuran coklat chip cair dan minyak kelapa. Panaskan dalam mikrowave.
- Keluarkan aiskrim dari bekas popsikel. Celupkan separuh aiskrim dalam coklat cair tadi. Letakkan terlebih dahulu aiskrim dalam dulang. Simpan dalam peti sejuk supaya coklat dapat dibekukan.
- Siap untuk dinikmati pada hari panas.