Salah satu kaedah efektif untuk menerapkan sikap fokus dalam diri anak-anak yang masih kecil ialah melalui aktiviti melukis dan mewarna. Melukis dan mewarna adalah anda pendedahan awal oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang sedang membesar sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Melukis dan mewarna mampu mengasah minda kanak-kanak supaya lebih kreatif. Pembentukan minda yang kreatif penting untuk perkembangan saraf-saraf otak supaya sentiasa berhubung untuk kemajuan pembelajaran mereka setelah memasuki alam persekolahan.

Lihat sahaja tokoh-tokoh agung dalam dunia lukisan seperti Vincent van Gogh, Leonardo da Vinci, Michelangelo dan Pablo Picasso. Semua ini merupakan tokoh genius dalam dunia lukisan yang popular di dunia barat. Bakat mereka bukan sahaja diakui dalam dunia lukisan. Malah mereka juga genius dalam pelbagai bidang termasuk sastera, sains dan kejuruteraan.

Ibu bapa yang mengenalpasti minat anak mereka dalam dunia lukisan seharusnya memberikan galakan yang sewajarnya bagi membolehkan mereka meneruskan minat mereka dalam dunia lukisan. Lebih lagi jika mereka ingin menjadikan lukisan sebagai lubuk rezeki dan kerjaya mereka. Melukis juga boleh dijadikan sebagai salah satu hobi yang baik bagi kanak-kanak di masa lapang. Untuk memastikan minat mereka sentiasa berterusan, ibu bapa bertanggungjawab memberi sokongan moral dan material termasuk menyediakan kelengkapan mewarna dan melukis dan menghantar anak-anak mereka ke kelas melukis bagi menajamkan lagi bakat mereka dalam dunia lukisan.

Ibu bapa yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor khususnya di Lembah Klang boleh mendaftarkan anak mereka ke kelas melukis seawal usia empat tahun ke atas. Semakin awal mereka didedahkan dengan dunia lukisan, semakin cerah peluang anda untuk membentuk si kecil menjadi ‘Master of Art’. Bagi ibu bapa yang tinggal di sekitar Lembah Klang yang tercari-cari kelas lukisan untuk kanak-kanak, ini antara beberapa pilihan yang ada untuk anda.


Da Vinci Creative Kids

Menyediakan tenaga pengajar berpengalaman dalam dunia lukisan dan seni khusus dalam pendidikan kanak-kanak. Pusat ini berada di bawah selenggaraan The One Group iaitu slah satu sekolah seni dan kraf untuk kanak-kanak yang telah lama bertapak di Malaysia sekitar 22 tahun. Da Vinci Creative Kids menyediakan program menarik yang menepati piawaian pembelajaran kreatif bagi kanak-kanak. Anak anda yang menyertai kelas mereka akan diberikan pendedahan yang meluas dalam dunia seni, lukisan dan kreativiti. Tenaga pengajar mereka juga bertanggungjawab membentuk dalam diri anak anda nilai dan sikap positif seperti semangat berpasukan, sifat keyakinan diri, kematangan, kemahiran penyelesaian masalah serta otak yang kreatif dan tangkas.

Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka seawal usia 4 tahun. Antara bentuk pembelajaran awal yang didedahkan bagi dua tahun pertama ialah pembangunan diri, disiplin, motivasi dan kemampuan bekerjasama. Dalam masa yang sama mereka akan didedahkan dengan dunia lukisan dan kreatif di peringkat asas. Apabila usia mereka memasuki 5 atau 6 tahun, silibus pembelajaran akan memasuki peringkat rangsangan minda yang lebih kreatif dan menjana minda. Kemahiran melukis kanak-kanak akan diasah secara drastik oleh guru lukisan yang berpengalaman. Kelas ini menawarkan pengajian lukisan dan seni peringkat tinggi sehingga usia kanak-kanak mencecah 17 tahun. Silibus pembelajaran dikategorikan mengikut usia kanak-kanak.

Laman web : http://davinci.com.my/index.html

Facebook : https://www.facebook.com/davincihq


MY Art Studio

Studio pembelajaran seni yang selesa untuk kanak-kanak berusia 3 sehingga 12 tahun. Kanak-kanak didedahkan dengan isnpirasi dunia seni meliputi pelbagai tema termasuk lukisan kreatif dan grafik. Menawarkan kursus seni yang menarik mengikut kesesuaian umur kanak-kanak supaya silibus yang diajar menepati platform tahap perkembangan otak masing-masing. Pada peringkat pertama iaitu usia 3 sehingga 7 tahun, mereka akan mempelajari pelbagai kursus seni untuk merangsang perkembangan kreativiti. Peringkat kedua diikuti oleh kursus grafik bagi kanak-kanak berusia 8 sehingga 12 tahun.

Menyediakan studio seni yang sangat selesa dan luas. Kanak-kanak bukan sahaja didedahkan dengan dunia lukisan. Seni yang diajar lebih mendalam melibatkan kemahiran kreativiti dan rangsangan minda dalam dunia seni. Kanak-kanak boleh bergaul dengan rakan-rakan baru seusia mereka dan bertukar-tukar idea sesama mereka menjadikan kelas pembelajaran yang diikuti lebih menyeronokkan.

Sekolah ini mempunyai cawangan yang meluas sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ia turut membuka beberapa cawangan di sekitar Johor Bahru.

Laman web : https://www.myartstudio.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/myartstudio/


Global Art & Creative

Sekolah kanak-kanak seni ini membekalkan tenaga pengajar seni lukisan bertaraf profesional dan berkelayakan dalam bidang seni. Sekolah ini wujud sejak tahun 1999 di Cheras, Kuala Lumpur. Mereka menekankan metodologi pembelajaran berasaskan kreativiti untuk perkembangan minda kanak-kanak. Mereka akan diajar secara berperingkat mengikut disiplin pembelajaran, mengembangkan idea-idea kreatif, mengasah kemahiran artistik serta mengoptimumkan pengalaman pembelajaran mereka seiring dengan perkembangan usia.

Pelajar akan diajar mengekspresikan lukisan mereka di atas pelbagai objek bagi merangsang kreativiti mereka dalam dunia lukisan. Sekolah ini turut mengadakan pertandingan melukis secara bermusim bagi meningkatkan semangat kanak-kanak mendalami dunia lukisan dan seni menerusi ganjaran hadiah yang ditawarkan. Kanak-kanak berpeluang meluaskan pergaulan mereka dengan pelbagai kaum utama iaiatu Melayu. Cina dan India.

Facebook  : https://www.facebook.com/globalarttamanmidah/


The Art Cabin

The Art Cabin terdiri daripada tenaga pengajar dari kalangan mereka yang meminati dunia seni dan lukisan secara mendalam. Pembelajaran mengenai seni dan lukisan yang diterapkan dalam diri para pelajar bertujuan supaya kanak-kanak menerokai kemampuan otak mereka dalam dunia visual dan seni. Menerima pelajar cilik seawal usia tiga tahun dan ke atas. Dalam kelas lukisan pelajar akan didedahkan kemahiran untuk menghasilkan lukisan yang mengangumkan menggunakan pelbagai sumber peralatan lukisan seperti warna air, oil pastel dan lain-lain termasuk pembelajaran secara visual.

Selain pembelajaran secara tetap di dalam kelas, sekolah ini turut menganjurkan bengkel lukisan secara bermusim yang selalunya dianjurkan semasa cuti sekolah.

Facebook : https://www.facebook.com/theartcabin/


Pick N Paint Art Studio

Meyakini bahawa daya kreativiti kanak-kanak boleh diasah menerusi pendedahan dalam dunia seni khususnya lukisan. Sekolah ini menawarkan kursus lukisan melalui pendaftaran pelajar secara tetap. Pada musim sekolah pula mereka menganjurkan bengkel bagi membolehkan para pelajar khusunya kanak-kanak meluangkan masa sepanjang cuti persekolahan dengan mendalami kelas seni lukis secara jangka pendek. Mereka menerima pelajar seawal usia 3 tahun sehingga peringkat remaja berusia 15 tahun. Pada peringkat awal, pelajar cilik akan didedahkan pembelajaran seni menerusi rangsangan kemahiran motor dan kreativiti. Peringkat seterusnya pelajar yang lebih matang akan didedahkan dengan silibus pembelajaran seni yang dapat mempertajamkan skil seni lukisan mereka dalam bentuk persembahan 2D dan 3D.

Pelajar akan mendalami teknik pewarnaan menggunakan pelbagai elemen seni serta kemahiran menajamkan lukisan supaya lebih berseni. Di samping belajar melukis dan mewarna, pelajar boleh bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur. Mereka turut mengadakan majlis secara bermusim untuk merapatkan jalinan antara pelajar dan tenaga pengajar.

Laman web : http://www.pnp-artstudio.com

Facebook : https://www.facebook.com/PNPArtStudio/