Malaysia dikenali di seluruh dunia dengan pulau-pulau eksotik beserta pantai yang indah, hutan hujan tropika dan kepelbagaian budaya. Malaysia mempunyai sejumlah 878 pulau, terdiri daripada daya tarikan kosmopolitan Pulau Pinang,sehinggalah ke destinasi hebat untuk selam skuba dan snorkeling di pantai timur, seperti Redang atau Lang Tengah. Memang terdapat pelbagai pulau yang menawarkan pilihan menarik untuk masyarakat tempatan.

Mujur, kebanyakan pulau-pulau tersebut amat mudah dikunjungi dan juga murah sekiranya ditempah pada masa yang tepat.

Bila sebut “Pulau Eksotik” atau “Excotic Island” sahaja mesti kita fikir pulau-pulau di luar negara kan? Dan kita hanya tahu pulau-pulau popular di Malaysia seperti Pulau Pangkor, Tioman, Langkawi dan Sipadan sahaja, namun masih banyak lagi yang lebih cantik persis Maldives! Nak tahu?

Kali ini, kami membawakan infografik untuk anda tentang 8 Pulau Paling eksotik di Malaysia. Memandangkan ramai ibu-bapa mencari tempat percutian semasa cuti sekolah, boleh ajak keluarga untuk ke pulau yang cantik ini untuk percutian eksotik. Tentu sekali ia pengalaman yang ‘best’ dan akan diingati sepanjang hayat.

Foto: Expedia Travel Blog

Bagi yang baru berkahwin, boleh ke pulau-pulau romantis ini untuk berbulan madu. ‘Honeymoon’ pasti diabadikan sebagai memori abadi yang paling indah!

Bayangkan bunyi deruan ombak yang mendamaikan. Bunyi kicau burung yang indah. Matahari yang tingi menyinar. Jauh dari bunyi hon kenderaan yang setiap hari kita pandu. Jauh dari kesesakan jalan raya semasa pergi dan balik kerja.

Jika tinggal di Kuala Lumpur, boleh naik kapal terbang ke Langkawi dan Sabah. Jika ada kenderaan, boleh pandu kereta ke Terengganu, Pahang dan Johor. Banyak pulau paling cantik di Malaysia yang ada di tiga negeri ini.

Pemilihan lokasi memainkan peranan dalam menjadikan bulan madu yang terindah buat mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Pulau adalah satu pilihan lokasi berbulan madu paling digemari kerana suasananya tenang, mendamaikan dan privasi.

1. Pulau Gemia (Gem Island), Terengganu

Foto: booking.com

Mungkin anda sudah biasa mendengar, melihat atau melawat Pulau Perhentian dan Pulau Kapas di Terengganu, namun pernahkah anda mendengar nama Pulau Gemia? Mungkin belum pernah bukan. Pulau ini merupakan pulau persendirian (private island) yang hanya berjarak 800 meter dari Pulau Kapas. Ia juga dikenali sebagai Gem Island dikalangan pelancong asing.

Kelebihan pulau ini ialah ia masih mengekalkan aspek-aspek semulajadi dengan hanya sedikit bangunan komersil. Pantai yang landai memutih, air laut yang tenang kebiruan, dan yang menariknya, anda boleh lihat anak-anak penyu (baby turtles) berenang bebas di Pulau Gemia ini!

Macam Mana Nak Ke Sana: Anda boleh sampai ke Pulau Gemia melalui jeti Marang dan mengambil masa dalam 30-45 minit untuk sampai ke destinasi.  Untuk ke pulau persendirian, anda perlu menaiki bot selama 15 minit untuk sampai.

2. Pulau Lankayan, Sabah

Foto: topsimages.com

Pulau kecil yang eksotik dan indah di utara Sandakan, Sabah ini mungkin kurang diiklankan atau dikomersialkan di media massa namun ia tidak lepas dari pemerhatian kami! Ibarat syurga dunia, pulau ini setanding dengan Pulau Gili Trawangan di Lombok, Indonesia. Namun yang pasti, kita tidak perlu ke luar negara untuk menikmati keindahan dan ketengan yang sama!

Beginilah pemandangan Pulau Lankayan dari udara. Nampak kecil sahaja kan?

Jika anda kaki scuba diving, Pulau Lankayan tidak akan mengecewakan anda dengan hidupan laut yang eksotik dan unik! Malah, ikan paus jerung (whale sharks) juga pasti singgah menyapa belakang anda pada bulan April hingga Mei. Kejernihan air pulau ini memang dasyat. Anda boleh lihat pelbagai spesis ikan hanya dari jeti sahaja!

Macam Mana Nak Ke Sana:You Anda boleh sampai ke Sandakan melalui Kota Kinabalu atau terbang terus dari Kuala Lumpur. Perjalanan bot ke Pulau Lankayan mengambil masa hingga 75 minit (1 jam 15 minit).

3. Pulau Rebak, Langkawi

Foto: langkawi-info.com

Di kelilingi oleh salah satu daripada 99 biji pulau di Langkawi, di sinilah terletaknya syurga taman air yang dikenali sebagai Pulau Rebak atau Rebak Island. Pulau ini hanya bersaiz 330 ekar dan terkenal sebagai destinasi romantik untuk pasangan kekasih dan pasangan yang mahu berbulan madu.

Antara aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sini ialah aktiviti memberi makan burung helang atau eagle-feeding di sekitar Pulau Rebak.

Macam Mana Nak Ke Sana: Pulau Rebak ini terletak tidak jauh dari Pulau Langkawi dan boleh menaiki bot ke pulau ini.

 

4. Pulau Sibu, Johor

Foto: HolidayGoGoGo

Pulau Sibu ini bersaiz 6 kilometer panjang dan kurang dari 1 km lebar sahaja. Ia seakan berbentuk jam pasir (triangular hour glass) yang mempunyai tarikan pasir pantai keemasan yang amat sesuai untuk aktiviti mandi dan berenang. Anda tentu tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat fenomena “moonrise” pada bulan penuh di pulau ini.

Terdekat sebuah kampung bernama Kampung Duku yang memiliki populasi seramai 152 orang di bahagian selatan pulau ini yang menjadi lokasi untuk balai polis, sekolah, klinik, rumah-rumah kayu dan juga gerai makanan. Keseluruhan pulau ini dijanakan dengan kuasa solar!

Macam Mana Ke Sana: Naik di Jeti Tanjung Leman, lebih kurang 5 jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau 3 jam dari Singapure. Terdapat tempat letak kereta (carpark) pada harga RM4 untuk 2 hari pertama dan RM8 sehari untuk hari-hari seterusnya.

5. Pulau Rawa, Johor

Foto: topsimages.com

 

Anda ibarat tetamu diraja jika anda berkunjung ke Pulau Rawa di Johor ini. Pulau ini merupakan pulau persendirian yang menjadi milik keraajaan Kesultanan Johor. Apa yang menarik mengenai pulau ini ialah ia lengkap dengan gelongsor air (water slide) yang berketinggian 15 meter dari paras laut!

Dan tempat penginapan chalet di tepi laut yang memang mempesonakan!

Macam Mana Nak Ke Sana: Pulau Rawa terletak hampir setengah jam menggunakan bot atau satu jam menaiki feri di jeti Mersing.

6. Pulau Tiga

Foto: Malaysia.Travel

Siapa sangka pulau yang “humble” ini merupakan lokasi rancangan siri reality popular “Survivor” yang di tayangkan di pelbagai negara. Malah, ada yang memanggil pulau ini sebagai Survivor Island. Inilah kehebatan Pulau Tiga atau Tiga Island yang terletak 10 km dari perairan negeri Sabah.

Ia merupakan pulau perlindungan hidupan marin laut namun aktiviti seperti snorkelling dan diving masih boleh dilakukan di sini. Namun, tarikan utama pelancong ke sini ialah untuk mandi lumpur atau mud volcano dipping!

Macam Mana Nak Ke Sana: Anda boleh ke Pulau Tiga melalui bot selama 20 minit dari pekan Kuala Penyu, iaitu 2.5 jam dari Kota Kinabalu.

Jika masa tak mengizinkan anda untuk bercuti di luar negara, usah risau. Dalam Malaysia pun banyak lokasi menarik, malahan boleh berjimat juga sebab tak perlu bayar tiket flight bagi lokasi resort yang tidak jauh dari tempat tinggal anda.