Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. 

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Foto: Everyday Health

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya “meradang” atau “bersemarak”. Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Foto: ExpatWoman

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 

Punca Atau Faktor Penyakit Eczema

Kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh. Kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sekeliling. Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:

  •     penggunaan sabun dan detergen
  •     keadaan cuaca yang panas
  •     alergik kepada alam persekitaran
  •     alergik bila memakai barang kemas
  •     berada dalam keadaan stress
  •     kuat berpeluh
  •     barang kosmetik yang tidak sesuai
  •     alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  •     air berklorin tinggi
  •     Alergik pada sesetengah makanan laut atau sayuran 

Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.

Foto: wom.my

5 Makanan yang baik untuk Ekzema

Pengambilan makanan seimbang seiring dengan gaya hidup penghidap ekzema adalah lebih penting kerana setakat ini, tiada diet yang dicipta khas untuk pesakit ekzema.

Namun, anda boleh amalkan diet yang kaya dengan antioksidan untuk mengurangkan simptom ekzema. Berikut ialah pemakanan yang baik untuk ekzema dan boleh mengelakkan serangan ekzema secara teruk:

1. Ikan

Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi yang dapat mengurangkan keradangan. Anda boleh mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan.

Selain itu, untuk mengubati ekzema, pesakit perlu mengambil dos agak tinggi, iaitu kira-kira enam gram omega-3, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, sila berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

2. Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Pernah terfikir warna-warna cerah pada buah-buahan dan sayur-sayuran? Itu adalah daripada quercetin, iaitu sejenis bahan flavonoid yang mengandungi banyak antioksidan dan antihistamin.

Kedua-dua kandungan ini dapat mengurangkan simptom radang dan tahap histamin dalam badan.

Antara makanan yang kaya dengan quercetin ialah epal, ceri dan sayuran brokoli serta bayam.

Selain itu, pisang mampu melawan simptom ekzema kerana buah ini kaya dengan sumber kalium (potassium). Ubi kentang juga mempunyai banyak serat terdiri daripada kalium dan vitamin C.

Sayuran seperti bawang dan daun bawang turut mengandungi quercetin serta kaya dengan vitamin K, iaitu vitamin penting untuk penjagaan kulit sihat dan seimbang.

Foto: lionesse.net

3. Kunyit

Kunyit adalah sejenis rempah ratus lazim digunakan dalam masakan. Ia mengandungi bahan antioksidan dipanggil curcumin yang dapat melindungi dan memelihara kulit daripada radikal bebas sambil mempercepatkan penyembuhan luka.

Amalkan satu sudu kecil kunyit dalam pemakanan harian untuk lihat keberkesanannya.

4. Minyak Zaitun

Minyak zaitun juga sesuai untuk merawat ekzema, tetapi pastikan ia minyak zaitun asli yang tidak dicampur dengan minyak sayuran atau minyak kekacang.

Minyak zaitun adalah satu rawatan alternatif yang diakui dapat digunakan untuk menangani ekzema, termasuklah ekzema di kalangan kanak-kanak.

5. Kayu Manis dan Madu

Campuran kayu manis dan madu mempunyai khasiat tersendiri. Campuran dua bahan ini boleh diamalkan sebagai satu lagi rawatan alternatif bagi merawat ekzema.

Sapukan campuran kayu manis dan madu pada bahagian kulit yang menghidapi ekzema sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Foto: inlifehealthcare.com

Makanan lain

Ada banyak lagi makanan sesuai diamalkan untuk melawan ekzema seperti dinyatakan di atas, tetapi perlu diingat bahawa sesetengah makanan boleh mencetuskan kembali simptom pedih ekzema.

Satu daripada cara untuk mengetahui makanan mana yang sesuai bagi pesakit ekzema ialah membuat senarai diet untuk lihat tindak balas terhadap kulit.

Ingat, sesetengah makanan boleh mengambil masa sehingga dua hari atau tiga hari untuk menampakkan tindak balas pada kulit.

Jika anda was-was atau masih tidak pasti mana satu makanan yang boleh mencetuskan serangan alergi sehingga menyumbang kepada ekzema, sila rujuk doktor pakar untuk nasihat lanjut.