Kewujudan lantai kayu memberikan sentuhan kreatif terhadap senibina sesebuah rumah. Salah satu cara terbaik menggabungkan unsur-unsur tradisional dalam sebuah rumah moden ialah melalui penggunaan lantai kayu. Lantai kayu dapat membangkitkan suatu perasaan yang halus dalam jiwa penghuninya kerana ia seolah-olah mengingatkan kita kepada persekitaran rumah kampung yang unik dan penuh tradisi. Lantai kayu boleh diwujudkan pada keseluruhan ruang rumah secara sekata mengikut citarasa anda. Ada juga yang memilih penggunaan lantai kayu di ruangan tertentu sahaja seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik mandi, ruang balkoni dan ruangan santai di bahagian luar rumah.
Lantai kayu hadir dalam pelbagai pilihan gaya, warna, potongan, corak dan jenis kayu. Kebiasaannya lantai dari jenis kayu buluh sering menjadi pilihan dalam pembinaan kayu bagi rumah moden berbanding kayu biasa.
Penjagaan Lantai Kayu Rumah
Seperti lantai batu simen, lantai kayu memerlukan penjagaan yang jauh lebih teliti. Ini kerana material bahan kayu amat sensitif. Tanpa penjagaan dan pembersihan lantai kayu dengan cara yang betul, kemungkinan besar akan berlaku kerosakan kepada material kayu selepas beberapa tahun. Untuk membina lantai kayu tentunya memerlukan kos yang lebih tinggi. Jadi sebelum lantai kayu rumah anda rosak, amat penting bagi anda melaksanakan rutin pembersihan dan penjagaan material kayu ini dengan cara yang betul.
Oleh itu, bagi anda yang masih tertanya-tanya apakah cara sebenar membersihkan lantai kayu supaya tidak rosak, berikut merupakan langkah demi langkah yang anda boleh ikuti disertai dengan cadangan beberapa peralatan penting yang perlu ada untuk penjagaan lantai kayu di rumah anda.
Peralatan Untuk Pembersihan Lantai Kayu
Dua peralatan penting yang diperlukan untuk pembersihan lantai kayu ialah vakum, cecair pencuci dan mop.
Vakum
Terdapat beberapa pilihan vakum di pasaran yang disesuaikan mengikut kegunaan dan jenis lantai. Bagi lantai kayu, vakum jenis tegak atau dipanggil sebagai upright vacuum tidak sesuai digunakan. Sebaliknya sediakan vakum khas yang boleh membersihkan habuk pada lantai kayu dengan lebih baik iaitu vakum canister. Vakum yang dipilih seharusnya tidak menyebabkan kerosakan pada lantai kayu. Kebiasaanya vakum canister dilengkapi dengan alat sedutan khas yang lebih memenuhi piawaian sedutan permukaan lantai. Roda vakum juga dipastikan tidak meninggalkan kesan pada lantai.
Terdapat beberapa pilihan vakum canister di pasaran. Antaranya :
Faber Canister Vacuum FVC ECOGREEN140
Mempunyai dua lubang penyedut yang boleh menyedut habuk pada permukaan lantai dengan baik. Hos sedutannya juga lebih panjang memudahkan anda mencapai ke sudut yang sukar dicapai. Gantikan vakum sedutan biasa dengan berus bujur yang boleh menyedut habuk pada celahan kayu.
Samsung Canister with Cyclone Force and Anti-Tangle Turbine
Vakum ini mempunyai butang kawalan sedutan yang membenarkan sedutan kotoran secara lebih konsisten. Ia dilengkapi dengan turbin anti pintal membolehkan sedutan habuk berjalan lancar tanpa gangguan. Vakum ini mempunyai tangki penyimpanan habuk sehingga dua liter. Anda tidak perlu membersihkan tangki ini terlalu kerap sehinggalah ia penuh. Anda boleh membaca info lanjut tentang vakum ini di sini.
Mop
Pilih mop dari jenis pengelap mikrofiber. Kain mikrofiber mampu menangkap habuk dengan lebih baik berbanding kain biasa. Kini terdapat mop lantai yang menggunakan alas kain mikrofiber kerana kemampuannya memerangkap habuk. Kebiasaannya mop mikrofiber ini jenis pakai buang di mana anda boleh menggantikan kain lapisan mikrofiber secara berulang kali.
Orange ant Large Lazy Quick Spray Home Wooden Floor Cleaning Mop
Dengan mop mikrofiber ini anda boleh memerangkap habuk lantai dengan lebih berkesan. Ia boleh dicuci berulang kali dan digantikan dengan kain mikrofiber yang baru apabila diperlukan.
Cecair pencuci
Bagi cecair pencuci pula, pastikan ia dari jenis bahan bebas ammonia. Terdapat beberapa pilihan produk pencuci khas untuk lantai kayu. Anda juga boleh menggunakan campuran air dan sabun biasa jika cecair khas sukar untuk didapati di tempat anda.
Health Paradise Wood Vinegar Floor Cleaning Liquid
Cecair pencuci ini bebas dari paraben dan fosfat menjadikan ia bahan cucian mesra untuk lantai kayu. Ia mengandungi bahan anti-fungus dan anti-mikrob untuk melindungi permukaan lantai dari bakteria dan virus punca penyakit. Mengandungi bahan wangian semulajadi yang boleh mengharumkan keseleuruhan rumah anda selepas lantai dimop.
Baca komen pengguna mengenai cecair pencuci lantai kayu ini.
Cara Membersihkan Lantai Kayu
1.Pastikan Vakum Setiap Minggu
Vakum lantai sekerap yang boleh sekurang-kurangnya sekali semingguPenggunaan vakum adalah cara terbaik untuk menyedut segala debu dan habuk di permukaan lantai, sudut dan celahan lantai yang sempit. Akan tetapi penggunaan vakum pada lantai kayu perlu diberi perhatian terhadap beberapa perkara. Satu-satunya vakum paling sesuai untuk lantai kayu adalah vakum canister. Vakum ini akan menyedut dan membersihkan habuk dengan lebih baik berbanding lain-lain jenis vakum yang biasa digunakan untuk pembersihan permaidani. Kelebihan pada vakum ini pada lantai kayu ialah ia mempunyai berus bujur yang boleh menyedut habuk dengan mudah di celahan kayu dan sudut yang sempit. Penggunaan berus biasa yang boleh dipusingkan adalah tidak sesuai kerana ia berisiko merosakkan permukaan lantai.
2. Mop Dengan Pencair Cuci Sesuai
Untuk langkah mop lantai, pastikan anda memilih mop dari jenis mirofiber. Kebiasaannya mop jenis mikrofiber ini boleh ditukar lapisannya untuk gantian pembersihan berulang kali. Elakkan limpahan cecair yang berlebihan ke atas lantai. Cecair yang berlebihan akan menyebabkan ia meresap dengan cepat ke dalam struktur kayu melalui celahannya. Anda hanya perlu merenjiskan sedikit sahaja cecair pembersih pada permukaan yang hendak dimop. Seeloknya gunakan botol penyembur supaya semburan lebih terkawal dan serata.
3. Keringkan Lantai Selepas Mop
Membiarkan lantai kayu dalam keadaan basah boleh merosakkan struktur kayu. Keringkan lantai dengan segera menggunakan kain mikrofiber yang kering sebaik sahaja anda selesai mengemop lantai.
Aktiviti mop lantai perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali terutama di bahagian-bahagian utama seperti ruang tamu dan dapur yang mana anda sering berulang-alik secara kerap. Begitu juga lantai di bahagian dalam bilik tidur. Bagi kawasan lain, sebulan sekali telah memadai.
Perkara-Perkara Perlu Dielakkan Untuk Menjaga Lantai Kayu
Elakkan daripada penggunaan bahan berminyak, bahan berlilin atau cecair pencuci perabot. Penggunaan minyak akan meninggalkan kesan licin pada lantai. Ini amat berbahaya apabila kita berjalan di atasnya. Penggunaan bahan berlilin walaupun ia boleh mengilatkan namun ia amat sukar ditanggalkan semula.
Jangan gunakan pencuci yang mengandungi bahan ammonia dan produk beralkali atau sebarang bahan pencuci yang bersifat kasar. Ia boleh menyebabkan lantai kayu menjadi rosak serta boleh menyebabkan kesan calar.