Salah satu cara terbaik menikmati kesegaran buah-buahan adalah melalui hidangan jus dan smoothie. Kedua-dua jenis minuman buah-buahan ini mempunyai perbezaan ketara. Dari segi rasa pasti kedua-duanya sama enak untuk dinikmati. Namun jika dibandingkan dari segi kelebihan nutrisi, smoothie menyimpan lebih banyak khasiat untuk anda berbanding dalam bentuk jus. Dalam penghasilan smoothie, isi buah-buahan digunakan sepenuhnya untuk mengisarnya menjadi minuman dengan campuran sedikit air atau susu segar. Berbeza pula dengan jus di mana ia diekstrak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan airnya sahaja daripada isi buah-buahan. Oleh kerana itu, jus mengandungi lebih banyak air tetapi kurang dari segi penyimpanan nutrisi isi buah-buahan itu sendiri. Contohnya dalam jus oren. Anda hanya dapat menikmati sedikit sahaja sisa buah oren berbanding air yang dikeluarkan daripadanya.
Walau apa pun perbezaan di antara jus dan smoothie, ia terulang kepada citarasa individu. Ada yang lebih gemar menikmati kesegaran jus buah-buahan kerana kemampuannya menghilangkan dahaga. Ada yang memilih menikmatinya dalam bentuk smoothie kerana merasakan lebih enak dapat menikmati kesegaran buah-buahan yang dikisar halus dan dalam masa yang sama dapat menikmati kemanisan airnya.
Blender Terbaik Menghasilkan Jus & Smoothie Yang Segar
Untuk menghasilkan jus dan smoothie yang benar-benar ‘pure’, anda memerlukan peralatan khas iaitu blender. Walaupun kini terdapat peralatan juicer yang lebih mudah untuk menekstrak jus daripada buah-buahan, blender atau pengisar masih digunakan secara meluas untuk menghasilkan jus dan smoothie. Ia mungkin disebabkan harga pengisar yang jauh lebih murah berbanding peralatan juicer menjadikan ia salah satu peralatan dapur wajib yang mesti disimpan dalam setiap rumah.
Oleh itu sebelum anda belajar cara membuat jus dan smoothie yang asli menggunakan pengisar, ada baiknya anda lihat dulu beberapa pilihan pengisar di pasaran yang paling sesuai digunakan untuk menghasilkan jus dan smoothie.
1. Philips Blend & Go Blender
Membantu anda menyediakan resepi smoothies dan jus buah ataupun sayuran yang berbeza dengan langkah yang mudah. Ia menyediakan bersama sebiji botol minuman yang anda boleh gunakan untuk dibawa ke mana sahaja. Bersaiz 0.6 liter. Untuk hasilkan jus yang lebih asli, dibekalkan bersama alat penapis yang boleh mengasingkan jus dan hampasnya. Menggunakan kuasa 350 W untuk hasil kisaran yang lebih baik. Ia dicipta tahan lasak dan tidak mudah pecah yang pastinya mampu bertahan untuk tempoh penggunaan yang lebih lama.
2. Panasonic Blender MX-GM1011GSL
Dengan alat pengisar oleh Panasonic ini anda boleh menghasilkan sehingga 1 liter minuman jus dan smoothie sebagai simpanan. Material bilah pengisarnya dihasilkan daripada bahan anti karat yang mampu bertahan lebih lama. Ia dibekalkan bersama alat dry mill untuk anda mengisar bahan-bahan kering yang mentah. Kisaran smoothie dan jus buah-buahan anda pasti lebih halus, sedap dan asli.
Baca ulasan pengguna mengenai produk kisaran oleh Panasonic ini.
3. Shake N Take 3 Juice Smoothie Blender with 2 Sport Bottles
Peralatan ini mesti dimiliki bagi anda yang gemar minuman smoothie. Ia direka khas untuk kisaran segala jenis buah, sayuran dan ketulan ais dengan cara yang mudah. Rekabentuknya yang kecil boleh dimuatkan di dalam beg dan boleh dibawa ke mana sahaja tanpa membebankan. Pengisar mini ini mudah dibersihkan selepas setiap kali penggunaan walaupun dengan hanya menggunakan air biasa. Dengan pengisar mini ini, tidak sukar lagi untuk menghasilkan minuman smoothie yang segar dan enak.
4. Cornell CPB E600G 250W Personal Blender
Alat pengisar peribadi yang ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja menjadikan ia pilihan ideal untuk dibawa bersama semasa di luar rumah. Beratnya hanya 1.6 kilogram yang sangat ringan untuk simpanan dalam beg. Anda akan mendapat dua saiz botol iaitu 300 ml dan 600 ml. Pengisar ini juga dicipta khas untuk mengisar smoothie dari campuran ketulan ais, buah-buahan atau sayuran pilihan anda dengan mudah.
5. Pensonic PB-4000 Blender
Pengisar pelbagai guna ini boleh digunakan untuk kedua-dua tugas sama ada menghasilkan jus atau smoothie. Ia dibekalkan dengan jag bersaiz 800 ml serta alatan penapis hampas apabila anda menghasilkan jus.
Cara Membuat Jus & Smoothie Yang Menggunakan Blender
Dengan beberapa pilihan pengisar di atas, anda kini boleh menghasilkan jus dan smoothie yang enak dan segar untuk seisi keluarga. Berikut ialah cara membuat jus dan smoothie menggunakan blender beserta cadangan resepi mudah untuk anda.
Jus
- Langkah pertama sebelum mengisar buah atau sayuran untuk menghasilkan jus adalah membasuh terlebih dahulu kesemua bahan dengan bersih. Jika perlu buang terlebih dahulu kulit terutama pada buah-buahan.
- Seterusnya potong buah-buahan kepada potongan dadu kecil. Anda boleh potong ia kepada empat atau enam potongan yang lebih kecil.
- Masukkan ke dalam pengisar. Tambah air sama ada air sejuk atau air biasa. Kuantiti air yang dicadangkan ialah ½ cawan bagi setiap empat biji epal yang digunakan.
- Sesetengah pengisar menyediakan tetapan khusus untuk menghasilkan jus. Jika pengisar anda mempunyai tetapan ini, anda hanya perlu gunakan tetapan ini dan proses mengisar akan lebih mudah di mana proses pengasingan hampas dan jus dilakukan secara auto.
- Tetapi jika tiada tetapan khas, anda perlu menggunakan penapis sendiri. Tuangkan hasil kisaran ke dalam gelas mengikut saiz yang sesuai. Pastikan anda menggunakan penapis untuk menapis hampas buah atau sayur yang dikisar.
- Jika terlalu tawar anda boleh tambahkan air gula ke dalam jus minuman anda. Simpan dalam peti sebelum diminum untuk lebih kesegaran atau tambahkan ketulan ais.
Smoothie
- Pertama sekali anda perlu menambahkan sekurang-kurangnya dua cawan air pilihan anda. Ia sama ada susu segar, susu almond, jus buah-buahan tersedia atau sebarang perisa tambahan. Anda juga boleh tambahkan yogurt untuk lebih kesedapan.
- Setelah itu barulah anda boleh memasukkan potongan buah yang telah dikupas atau sayur yang dipotong kepada bahagian kecil. Anda boleh guna sebarang jenis buah atau sayur pilihan mengikut citarasa anda. Tambahan potongan pisang biasanya digunakan dalam kebanyakan smoothie kerana ia memberikan tekstur kisaran yang lebih pekat dan rasanya yang berlemak dan manis.
- Jika perlu tambahkan pemanis sama ada air gula, madu atau sirap epal mengikut pilihan anda.
- Akhir sekali campurkan beberapa ketul ais bersaiz kecil. Kisar sehingga semua campuran benar-benar hancur dan sesuai diminum. Jika terlalu pekat anda boleh tambahkan susu segar atau lain-lain susu pilihan anda.
Anda boleh menghasilkan smoothie tanpa tambahan ais. Terutama bagi anda yang kurang menggemari ais ketu. Caranya, anda perlu potong dan buang terlebih dahulu kulit buah dan simpan di bahagian sejuk beku atau freezer peti sejuk anda selama beberapa jam. Dengan cara ini smoothie tidak perlu lagi dicampurkan dengan ketulan ais kerana buah yang dibekukan akan menyejukkan minuman anda secara semulajadi. Pastikan buah tersebut tidak dibekukan sehingga terlalu keras supaya ia mudah dikisar. Simpan antara empat sehingga enam jam di dalam peti sejuk sudah memadai sebelum dikisar untuk mengahsilkan smoothie yang lazat.