Pada zaman yang moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesame ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

Selain itu,semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Foto: Holiday Lettings

Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.

Pastinya anda sering tertanya dimanakah perlu di bawa anak-anak anda tatkala di hari percutian pada hujung minggu? Tahukah anda bahawa banyak tempat yang khusus untuk kanak-kanak yang terdapat di dalam negeri. Selain masa yang singkat, di destinasi ini juga amat menarik untuk meluangkan masa bersama keluarga, dan khas untuk anak – anak anda bergembira. 

Tak perlu tunggu ketika cuti sekolah, waktu hujung minggu pun ibu bapa boleh bawa anak-anak melancong ke beberapa lokasi pelancongan menarik! Wah, bestnya!

Ini merupakan impian setiap anak-anak yang pasti bosan sekiranya ibu bapa tak bawa mereka keluar berjalan-jalan.

Jadi, ibu bapa semua harus ‘standby’ dengan poket penuh! Kami di theAsianparent yakin, ibu bapa pasti akan suka menghabiskan masa lapang dengan membawa keluarga ke lokasi pelancongan menarik yang kami senaraikan ini. Bahkan ia sangat disukai anak-anak!

Foto: Jantom Holidays

Memang seronok rasanya jika kita boleh mengambil beberapa hari cuti dan pergi ke pantai, hutan, atau ke bandar besar sekalipun.

Ia bukan sahaja membantu kita berehat daripada kesibukan rutin seharian, tetapi dapat membawa beberapa manfaat penting kepada perkembangan dan kesejahteraan anak anda. Disini, kami ada kongsikan beberapa sebab saintifik kenapa anda perlu bawa anak anda pergi bercuti!

Berikut adalah beberapa tempat yang menarik sesuai untuk anda bercuti bersama di hujung minggu.

1) Kidzania, Kuala Lumpur

The Curve Mutiara damansara ini mempunyai taman kota mini khas untuk kanak-kanak bermain. Sekiranya anda membawa anak-anak anda mengunjungi Kidzania ini pastinya akan meninggalkan seribu pengalaman untuk mereka, kidzania ini merupakan satu tempat pusat hiburan yang berbentuk pembelajaran interaktif dengan pengalaman ala-ala bekerja untuk anak-anak anda. Seperti contoh jika sebelum ini mereka hanya tahu jenis pekerjaan anda, kali ini mereka akan di beri peluang untuk merasainya sendiri. Dari situlah anda boleh mengetahui minat anak-anak anda.

2) Legoland Johor

Pada penghujung tahun 2015, sebuah taman permainan – taman tema Legoland telah dibuka pada orang ramai, ianya adalah bertemakan Lego. sebagai pengetahuan setakat hari ini terdapat sebanyak lima buah Legoland di dunia, iaitu Denmark, United Kingdom, Jerman dan dua lokasi di Amerika Syarikat. Namun apa yang menarik adalah Malaysia merupakan negara pertama di rantau asia mempunyai cawangan legoland.

7.jpg

Selain dari itu disini juga tersedia sebanyak 40 jenis permainan yang di sediakan untuk para pengunjung, jika anak anda amat meminati Lego, lokasi ini adalah sangat bersesuaian dengan anak anda, dan berkemungkinan anak anda sukar mahu pulang.

3) Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Lokasi terletak di bukit kiara, Pusat Sains negara adalah satu tempat pameran / muzium yang bertemakan sains dan teknologi. Beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis, kunjungan anda ke sini bukan sekadar melihat ilmu-ilmu sains tetapi membantu anak anda yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang sains dan teknologi. Selain terdapat galeri dan pameran, terdapat juga taman pendidikan sains untuk anda rasai. Antara aktiviti yang boleh anda terokai adalah Alam Mesin Pintar, Science Wonderland, Eureka, Theater 3D, Sudut Islam dan Sains serta banyak lagi.

4) Zoo Negara

Bawalah anak anda untuk mengenali haiwan-haiwan yang pelbagai di Zoo Negara sekiranya mahu, di sini terdapat pelbagai jenis spesies haiwan yang di pamerkan dari pelbagai habitat. Terdapat juga haiwan-haiwan yang amat jarang dan species yang hampir pupus. Dari haiwan darat, burung-burung dan juga haiwan air.

5) Taman Botani Shah Alam, Selangor

Bagi anda yang mempunyai anak yang lasak dan mahukan mereka meneruskan minat di dalam aktiviti lasak, jangan lupa bawa mereka ke Taman Botani Shah Alam. Selain dapat melihat taman haiwan, taman iklim empat musim, taman buah-buahan dan banyak lagi, anda boleh membawa anak anda merasai aktiviti perkhemahan. Tempat ini membolehkan anda berkumpul bersama dan terdapat ada kemudahan untuk bersolat. Selain berkhemah, terdapat aktiviti Skytrek, Flyfishing dan berbasikal.

10.jpg

Terdapat banyak lagi lokasi-lokasi menarik untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang. Daripada asyik membawa anak menonton wayang, lokasi-lokasi berbentuk pendidikan dan aktiviti sihat ini membantu anak-anak lebih bersosial dengan lebih sihat.

Kenapa anda perlu bawa anak anda pergi bercuti adalah kerana percutian bersama keluarga yang menyeronokkan akan mencetuskan pengeluaran bahan neurokimia yang bermanfaat daripada otak anak anda.

Oksitoksin, dopamin, dan opioid merupakan beberapa neurokimia yang akan dicetuskan ketika percutian dan ia dapat memberikan rasa gembira kepada anak anda.

Ia juga dapat mengurangkan rasa tekanan daripada minda mereka dan melahirkan perasaan tenang kepada jiwa mereka. Menurut Profesor Jaak, semakin banyak neurokimia ini dicetuskan, semakin ia menjadi sebahagian daripada personaliti dan karakter anak tersebut.

Percutian yang selalu berlaku saban tahun pasti akan lama-kelamaan menghasilkan seorang anak, yang bukan sahaja pintar dan sihat badannya, malah sentiasa berfikiran positif dan gembira. Menurut seorang neurosaintis, Bruce Perry, keadaan emosi seseorang akan menjadi personalitinya juga!

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda melaburkan sedikit wang dan bawa yang tersayang bercuti melihat tempat baru dan indah. Ia memberikan banyak kesan positif kepada anak anda.

Tidak perlu lagi gajet atau teknologi mahal untuk menarik perhatian dan meningkatkan kepintarannya – bawalah si manja pergi mengembara dan biarkan alam semulajadi menjalankan tugasnya!

Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan. Oleh itu ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.